Wanita Pakai Tali Pinggang Keledar Maut (9 Foto)

on Thursday 27 June 2013

Wanita berusia 26 tahun dan suaminya memandu untuk membeli barang harian di sebuah kedai runcit. Tidak sampai 1 kilometer, kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan akibat jalan basah dan melanggar sebatang tiang.

Ajaibnya, suaminya yang tidak memakai tali pinggang keledar hanya cedera dan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di badan dan kepala. Berbeza dengan isterinya yang memakai tali pinggang keledar, yang mati di tempat kejadian akibat kepalanya yang terhentak pada cermin depan kereta.

Saksikan gambar ngeri di bawah.








Perut Berlubang Ditusuk Besi

Pelajar yang sedang menahan kesakitan akibat perut ditusuk besi.

KUCHING - Nyawa seorang pelajar berusia 18 tahun ternyata masih panjang apabila dia masih mampu bercakap dalam keadaan perutnya berlubang akibat tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Sejingkat di sini semalam.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangnya gagal dikawal sebelum terperosok di bawah besi penghadang jalan berkenaan.

Menurut sumber, pelajar kolej komuniti yang berasal dari Kelantan itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah sewanya di Kampung Bako ke Jalan Matang.

GADIS PALING GANGSTER VERSI SINGAPURA (5 Gambar)

Eawww... Is she drunk or what? 

Panas! Tawaran Kahwini Gadis Syria Dengan Modal All In Hanya RM 4420!

Panas! Benarkah Ada Tawaran Kahwin Dengan Gadis Syria? | Baru-baru ini kecoh dengan sebaran tentang tawaran berkahwin dengan gadis Syria. Tawaran ini mula viral di Facebook dua hari lepas apabila ramai mendakwa inilah peluang untuk menyelamatkan gadis Syria dari dibunuh. Rentetan daripada itu, ada yang bersetuju malah ada yang sebaliknya. Ada yang menganggap berkahwin dengan orang sana, adalah semata-mata kerana paras rupa sahaja. Namun begitu, sebaran yang berlaku di Facebook adalah ternyatapalsu dan direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Boleh lihat screen shot di bawah ini.

Penjelasan sebenar :
Berita yang tersebar bahawa Ikhwan Muslimin Mesir menawarkan perkahwinan dengan wanita Syria adalah tidak benar. Apa yang kami musykilkan, mengapa apabila isu perkahwinan, ramai pula yang sanggup dan sebarkan walaupun berita belum sahih. Sehingga perbincangannya terpesong jauh dan lari dari niat yang asal. Tetapi kenapa apabila diajak bersama-sama solidariti bersama rakyat Syria, kurang mendapat sambutan. Moga kita tidak lari dari niat yang asal dan moga Allah memberi hidayah kepada kita semua

Kata-kata gadis Syria yang pasti membuatkan gadis di Malaysia rasa cemburu [Video]

Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti. Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya.
Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mempelajari Al-Qur’an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’ di situ. Sekolah yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak penduduk Damaskus, ahlu Syam.

Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, para pemuda bergegas-gegas menuju ke lokasi untuk melihat adakah terdapatnya nyawa penduduk yang mesti dibantu
dengan segera. Mereka bergegas-gegas menuju ke bangunan-bangunan yang telah hancur rata sekali dengan tanah untuk melihat sama ada terdapatnya penduduk-penduduk yang tertimbun di dalam runtuhan bangunan-bangunan tersebut. Setakat ini, alhamdulillah seorang ayah berjaya diselamatkan.

Ayah berteriak menangis dengan berkata, “Anak perempuan saya, selamatkan anak perempuan saya.”

Dan apabila orang ramai membantunya menarik keluar dari runtuhan tersebut, hati seorang ayah itu masih lagi tertinggal di bawah runtuhan itu.

Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan orang ramai mengalihkan pandangan mereka ke bawah runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang yang berada di bawah runtuhan tersebut.

Ternyata seorang gadis muda masih terperangkap di bawah runtuhan rumahnya itu selepas rumah mereka terkena bedilan serangan udara daripada tentera Assad.

Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan dari mulut gadis muda itu ketika orang ramai turun berkerumun untuk menyelamatkan beliau?

Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia melihat cahaya, “Ayah, saudaraku, tolong hentikan (alihkan) kamera itu, saya tidak memakai tudung!”

Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.

Jadi, itulah kata-kata seorang gadis muda sebaik sahaja beliau berjaya dibawa keluar daripada bedilan serangan udara tentera Assad sebentar tadi.

Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda itu dan perkara yang beliau lebih pentingkan? Adakah gadis melayu yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syria tadi?

Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau
belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam dan terpelihara maruahnya.

Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak penduduk Syria yang lain. Dan seandainya muslim sedunia tahu, bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam) ini, sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup bersaudara dalam satu komuniti.
Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan yang menyinari di tanah Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang menyinari negara itu.

Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan Syiah mahu membunuh seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka takut sinar yang terpancar dari akhlak dan ketaatan penduduk Syria [Sunni] ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua’lam.

Berikut adalah URL link klip video bagi rakaman situasi di atas:

sumber

Serius : Lagi Gambar Gadis Melayu Malaysia Mirip SNSD Girls' Generation, Yoona (8 Gambar)

Gadis Melayu, RaBi'atul Afifah kini begitu terkenal di internet. Namun apa yang paling penting adalah sikap terpujinya kerana langsung tak sombong. Di bawah ini adalah koleksi gambar RaBi'atul Afifah . Paling penting ini adalah kecantikkan aslinya. Langsung tak ada kena mengena dengan pembedahan plastik.

Kejam! Bayi Kembar 12 Terpaksa Dibunuh

Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''
- See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/bayi-kembar-12-terpaksa-dibunuh.html#_

Serius Kejam! Tahukah Anda Apakah Benda Ini??

Surabaya : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dibunuh dan mayatnya disimen di sebuah lorong kecil di daerah Tanjung Perak di bandar raya ini Mangsa yang dikenali sebagai Fahri dipercayai menjadi mangsa pembunuhan keluarganya sendiri.

Mayat Fahri ditemui seorang penduduk yang melintas lorong kecil dekat dengan kediaman mangsa dan sebuah rumah tinggal di kawasan penempatan Jalan Endorosono.

Penduduk terbabit ternampak satu benda mencurigakan kelihatan seperti patung kanak-kanak, tetapi apabila mendekatinya dia mendapati ia mayat kanak-kanak yang sudah disimen. Penduduk itu yang terkejut kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Ketua Balai Polis Tanjung Perak, Lily Djafar mengesahkan penemuan mayat mangsa cilik yang disimen itu ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, pada awalnya mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya Sabtu lalu. “Anggota kami sudah melakukan operasi mencari, tetapi mangsa gagal ditemui,” katanya. - Agensi
Ya Allah, kesiannya, tak sangka keluarga budak ini sendiri sanggup melakukan pembunuhan kejam ke atas dirinya.. Admin tak tahu kenapa mereka sanggup bebruat demikian pada budak yang tidak berdosa ini.. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada pelakunya... Amin..

Gadis Bertudung Memanggil Ayahnya Anjing dan Mengaku Anak Yatim!

-
-
-
-
-
-
-
-

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.” -Hadis Riwayat Muslim

Nora Danish 'goda' ANAK MENTERI

on Wednesday 26 June 2013

Sekitar April lalu, timbul gosip pelakon Nora Danish bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi ekoran beliau dikatakan membeli barangan persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.

Dalam sebuah blog hiburan Nora mengakui memang dia ada membeli kain di sana tetapi bukan untuk persiapan perkahwinan sebaliknya sempena persiapan hari raya Aidilfitri, yang akan menjelang tidak lama lagi. Terbaru ada khabar pula mengatakan ibu anak satu ini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang anak Menteri.

Jejaka itu dikenali sebagai Nadeem. Betul ker Nora?

"Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu.

"Saya dengan dia (Nadeem) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi", jelas Nora Danish kepada Malaysian Digest.com.

Nora yang ditemui di majlis Seindah Ramadan TV3 bertempat di restoran AL-Rawsha, Kuala Lumpur petang semalam diminta mengulas mengenai gosip hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu.

Manakala mengenai gambarnya bersama jejaka tersebut yang dimuatkan di dalam instagramnya, Nora berkata, dia sudah bersedia dengan apa juga tanggapan dan spekulasi yang bakal timbul. Malah bintang filem Mencari Cinta ni telah menjangkakan gambar itu pasti akan jadi bahan bualan hangat ramai.

"Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian", ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu luah Nora, selama 10 tahun bergelar anak seni, membuatkan dia lali dengan gosip cinta yang sering menghimpit dirinya. Namun dia tidak mudah melatah sebaliknya menganggap itu adalah asam garam sebagai seorang selebriti. Beritahu Nora, dia sebenarnya sudah lama bersedia bercinta dan berkahwin semula.

"Masa mula-mula dalam industri dulu saya frust jugalah bila selalu timbul gosip saya bercinta degan orang itu, orang ini. Paling kelakar sekali, gosip saya dengan Noh Hujan. Timbul juga gosip dengan Zizan lah. Tapi saya anggap itu sebagai asam garam bergelar artis. Saya tahu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kerana itu saya tak mudah melatah.

"Sebenarnya saya dah lama bersedia bercinta dan nak berkahwin semula. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua", katanya.

Sementara menyentuh pula tentang perkembangan seni, Nora bersama Adi Putra serta pengacara Fiza Sabjahan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3. Istimewa, ketiga-tiga duta ini bersama ramai lagi artis popular tanah air akan mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu dan mereka akan memasak dan kemudian menjual juadah berbuka puasa.

"Nora akan sertai 'Baazar Seindah Ramadan' bersama ramai lagi artis. Kami akan memasak dan menjual juadah buka puasa. Kami akan ke Johor pada 13 Julai dan Terengganu pada 27 Julai. Hasil jualan juadah itu nanti kita akan salurkan ke rumah anak yatim terpilih", katanya.

Nora, Adi Putra dan Fiza Sabjahan dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3.

Selain itu difahamkan Nora akan menghangatkan malam sampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal serta akan muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul, bergandingan dengan hero yang tidak asing lagi, Adi Putra pada hari raya nanti. – Malaysian Digest.

Lelaki Bulu Yang Paling Bertuah Di Dunia [5 Gambar]

on Monday 24 June 2013

Yu Zhenhuan adalah lelaki China yang memiliki bulu di seluruh tubuhnya. Dia digelar sebagai manusia yang paling banyak memiliki bulu di dunia. Secara logik dengan keadaannya itu, mungkin dia akan sulit mendapatkan seorang isteri tetapi sebaliknya, dia memiliki isteri yang cantik.Gambar-gambar ini menunjukkan betapa mesranya Yu Zhenhuan bersama isteri tercintanya itu.

Seram! Misteri Tragedi Pesawat Boeing 737 MH635

Seram! Misteri Tragedi Pesawat Boeing 737 MH635 | Jika kita menonton rancangan Air Crash Investigation, sudah pasti kita akan didedahkan dengan kajian dan siasatan tentang punca berlakunya sesuatu kemalangan yang melibatkan nahas kapal terbang. Di Malaysia sendiri, nahas kapal terbang terhempas amat jarang didengari terutama melibatkan kapal terbang penumpang. Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu tentang tentang tragedi ngeri iaitu pesawat Boeing 737 MH645 yang pernah terhempas suatu ketika dahulu. Kisah terhempas ini telah membawa pelbagai cerita misteri di sebaliknya.
Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab. Antara faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
“Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini.Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
“Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, ‘bang, saya nak cari tangan saya yang putus’. Gugur jantung saya,” cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
“Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar,” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.
NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.
Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.
“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.
Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.
Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.
“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.
MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.
“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.
“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.
Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.
“Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.
“Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad ‘menceroboh’ masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.
SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.
Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
“Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
“Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.
Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.
Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.

WTF - CARA UNIK UNTUK BERNAFAS DI DALAM JEREBU

Ini lagi satu jalan penyelesaian baDass orang Malaysia
Laporan asal Twitter @9W2MUC

WTF : Kontroversi Gadis Gambar Bogel Depan Semua Landmark Di Singapura (10 Gambar NSFW)

on Sunday 23 June 2013

Di negara kita, Sofea Putih telah mengejutkan orang ramai dengan gambarnya yang kurang kain. Di negara jiran pula, seorang gadis telah muat naik gambarnya berbogel di depan semua tempat tumpuan pelancong atau mercu utama Singapura tanpa rasa malu. Pihak berkuasa masih mencari siapa gadis tersebut kerana rupa gadis tersebut telah dikaburkan dalam setiap gambar yang dimuat naik. Namun, bahagian kelamin gadis tersebut langsung tidak dikaburkan. 

3Do you know who is Sofea Putih?
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved