Gambar Sekitar Taufan Sandy Di Amerika Syarikat

on Wednesday 31 October 2012


Semua pengangkutan di New York dan bandar sekitarnya lumpuh apabila menerima badai Taufan Sandy awal hari ini (30 Oktober 2012). Bandar di sekitar New York seperti Boston, Washington, Baltimore, Philadelphia dan lain-lain turut menerimanya. Taufan Sandy menjadi taufan terbesar yang diterima oleh Amerika Syarikat. Beberapa bandar di sekitar New York seperti Manhattan dan Marryland kini bergelap ekoran taufan Sandy.



Taufan Sandy memaksa beratus ribu penduduk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Ramalan cuaca pula mengatakan angin taufan Sandy mencecah kelajuan 120 km sejam dengan purata ketinggian ombak setinggi 3.4 meter. Taufan Sandy ini dijangkakan berlarutan sehingga hari rabu ini.


Kupu-Kupu Ini Berwajah Manusia??




Di Indonesia, terdapat seorang penduduk menemui kupu-kupu pelik yang terbang masuk ke dalam rumahnya. Apa yang peliknya, kupu-kupu tersebut mempunyai wajah seperti manusia. Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam. Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik.

Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai mirip manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun. Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.

Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar. Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitamyang membentuk semacam kumis. Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.

Subhanallah! Ombak Besar Tiba-Tiba Membeku Di Antartika!


Subhanallah! Ombak Besar Tiba-Tiba Membeku Di Antartika ( 6 Foto) | Masih ingat lagi dengan kejadian di Pakistan yang mana air lautnya menjadi membeku di sana. Kali ini ia berlaku pula di antartika. Namun bukan air lautnya sahaja yang membeku, malah ombaknya pula membeku keras. Inilah fenomena menakjubkan ia kelihatan unik dan menakutkan apabila ombak yang tinggi tiba-tiba membeku di sebabkan cuaca yang sangat sejuk. Jom lihat gambar di bawah ini.




Otak Penuh Cacing Pita Kerana Daging Babi




Seorang wanita Britain, Suki-Jane Taylor, 42, mengalami derita dalam hidupnya kerana gara-gara cacing pita.

Taylor terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otaknya kerana organnya itu dipenuhi telur cacing pita dan beribu-ribu ekor cacing itu!

Lebih menyedihkan, dia menderita penyakit Neurosysticercosis di mana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian otak dan merosakkan sistem saraf.

Pada mulanya, Taylor sering mengalami gangguan penglihatan dan gangguan keseimbangan dalam badan juga penyakit epilespi.

Kerana apa? Semuanya kerana dia kerap makan daging babi.

Secara tidak sengaja, dia telah menelan larva yang terdapat di dalam daging babi.

Akibatnya, Taylor mengalami pembengkakan pada salur darah di bahagian otaknya.

“Mereka telah mengeluarkan cacing pita dari otak saya. Sarang itu terbentuk di atas tulang belakang dan di bahagian belakang otak,” kata Taylor.

Ketika ini, Taylor telah pun kehilangan deria rasa dan bau. Malah, dia juga sering mengalami tekanan.

Jadi, waspadalah untuk kita semua dalam mengambil sebarang bentuk makanan.

Bencana Besar Melanda New York


NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan.

Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.

Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam.

Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.

Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS.

Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam.

Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.

Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.

Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut.

Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.

Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.

Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi

Kubur Yasser Arafat Digali Semula???


RAMALLAH, Tebing Barat - Seorang pegawai Perancis menyatakan, para penyiasat jenayah akan menggali kubur bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat (gambar) pada bulan depan.

Menurutnya, kubur itu akan digali dengan tujuan untuk mengkaji punca yang menyebabkan kematian Arafat.

Pihak berkuasa Palestin mengesahkan tentang penggalian itu.

Menurut pihak berkuasa itu, satu pasukan penyiasatan dari Switzerland akan tiba di sini berhubung penggalian kubur Arafat.

Arafat meninggal dunia pada 2004 di sebuah hospital tentera di Paris, Perancis.

Punca kematian bekas pemimpin itu mencetuskan kontroversi selepas sebuah makmal Switzerland menemui bahan radioaktif polonium-210 pada beberapa helai pakaiannya.

Penemuan itu turut menyebabkan timbul dakwaan bahawa dia diracun.

Sebelum ini punca kematian Arafat ialah dia diserang strok. - Agensi

Azhar Idrus TERKEDU ditanya pasal Ubat Kuatkn "Anu".



Kalau korang tengok video kat bawah ni, Azhar Idrus pun pening kepala bila ada sorang pendengar ceramah dia tanya pasal ubat nak bagi kuat Anu..

Dan yang lawaknya, si penyoal tu tak malu pulak mengaku dia cepat tewas ketika 'bertempur' dengan 'musuh' ketika di 'medan perang'.. 2 minit je dah TKO ..


Keranda Berset Karaoke


MANILA - Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.

Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.

Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.

Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu. - Agensi

APEX-LEUNIEY AKAN BERKAHWIN BULAN DISEMBER 2012??

on Tuesday 30 October 2012


PENJAGA GOL popular negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Apex, dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Disember ini dengan gadis pilihan hati, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey, 21.

Apex baru-baru ini mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius, dikatakan tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus. 

Menurut sumber itu lagi, persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut kini sedang rancak dibuat. 

Dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu. 

Tahniah diucapkan kepada Apex dan Leuniey!

Ribuan Biri-Biri Lalu Bandar Madrid


MADRID, Sepanyol - Lebih 2,000 ekor biri-biri melalui kawasan di tengah bandar raya ini kelmarin sehingga menjadi tumpuan para pelancong.

Sejumlah pengembala mengawasi biri-biri milik mereka yang menggunakan beberapa laluan di bandar raya ini untuk pergi ke kawasan padang dan hutan.

Biri-biri itu sebelum ini ditempatkan di kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Laluan itu telah digunakan untuk laluan haiwan tersebut sejak 1273. - AP

Artis WanitaHot!!!! Guna Dress Transparent Di Malam Anugerah China!!!

on Monday 29 October 2012


Sumber menyatakan artis ini cuba mengambil perhatian orang ramai dan mungkin juga ingin mendapat publisiti.








Gambar SEKSI&LIAR Nabila Huda di Parti Halloween??..

Belum lagi reda rasanya kontroversi mengenai penampilan seksinya baru-baru ni, anak kepada penyanyi rock nombor satu negara ni kembali memanaskan dunia hiburan dengan aksi liar terbaru dalam satu Parti Halloween..

jom kita zoommm!!




Bagaimana Kentang Goreng McDonald’s Dihasilkan

on Sunday 28 October 2012



Baru-baru ini McDonald’s telah mendedahkan bagaimana ubi kentang dari ladang mereka diproses untuk dijadikan kentang goreng seperti yang terdapat di rangkaian restoran makanan segera mereka.

Rakaman video yang menunjukkan proses penghasilan kentang goreng yang enak itu bertujuan untuk menangkis tohmahan negatif tentang penghasilannya yang didakwa kotor dan tidak mengikut piawai makanan segera antarabangsa.

Biar gambar berbicara : )

















Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?





Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

10 Terbaik Bakal Saksi Majlis Recepsi Lee Chong Wei

on Saturday 27 October 2012


PUCHONG - Mulai 28 Okt ini, para peminat pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei boleh menyertai peraduan melalui laman sosial Facebook bagi merebut peluang menghadiri majlis perkahwinan pemain nombor satu dunia itu.

Pengarah Pemasaran Jenama Chong Wei Bina Jaya Sdn Bhd Sachi Choo berkata para peminat hanya perlu klik 'Like' kepada 'Lee Chong Wei Official Fans Club' dan mengemukakan komen mereka dengan 'I wish to participate Lee Chong Wei and Wong Mew Choo's wedding because...' , untuk dipilih sebagai pemenang.

"Peminat boleh mengemukakan komen mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Nov.

"Bagaimanapun, 10 komen terbaik akan dipilih oleh Datuk Lee dan (bakal pengantin) Wong Mew Choo berdasarkan kreativiti bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka," katanya kepada pemberita pada persidangan media bagi mengumumkan perkembangan perkahwinan itu, di Bandar Puteri di Puchong, hari ini.

Katanya, keputusan peraduan akan diumumkan sehari selepas tarikh tutup penyertaan iaitu pada 6 Nov melalui laman web kelab peminat itu.- BERNAMA

Gambar Sebelum & Selepas Pembedahan Lelaki Yang Tertembak Muka Sendiri


Nama lelaki ini Richard Lee Norris, 37, injured in 1997 in gun accident, was treated by 100-strong team of doctors at University of Maryland..Sebelum pembedahan richard hanya keluar pada waktu malam sebab malu dgn keadaan mukanya..






Rupa asal Richard

Rupa sejurus selepas pembedahan
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved