APA KES NORA DANISH KENA LEMPANG NI?!!

on Tuesday 31 July 2012


Hah? Ni apa kes pulak ni? Apa yang Hot Mama Si Nora Danish ni dah buat sampai dia kena lempang dengan makcik tu? Dia ada buat salah ke?

Tidak. Makcik tu cuma geram dengan Nora Danish ni je sebenarnya. Ye la, sapa tak geram brader. Muka comel sangat. Tu pasal la makcik tu pun geram semacam.

Jangan kata makcik tu je. Ramai lagi jejaka kat luar dari dunia siber ni pun geram jugak dengan Nora Danish ni. Tapi, apa kan daya. Hajat hati nak capai awan, tangan je yang tak sampai.

Gambar ni semua diambil sekitar program Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Metrowealth picture. Jadi, korang layan a gambar comel Si Nora Danish ni ye. Layan tau, jangan tak layan!!! Yang penting kita Enjoy!!!



Kelas Latihan Jadi Pelacur Di China

on Monday 30 July 2012

Pelacur di China turut ada kelas tuisyen yang perlu mereka hadiri bagi meningkatkan kualiti dan prestasi servis mereka. Sila teruskan bacaan untuk melihat suasana kelas tuisyen tersebut. 



 


Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada model, lepasan universiti dan pelbagai latar belakang. Akibat peluang peluang pekerjaan yang terhad dan mahu hidup senang di China, mereka sanggup gadai maruah. Namun, itu bukan alasan untuk buat kerja terkutuk ini. Seorang pelanggan tetap turut memberi komen yang berbunyi, “Patutlah servis yang mereka tawarkan amat bermutu dan berprestasi tinggi macam RON97. Mereka telah dilatih secara profesional dan ketat.”

(12 Gambar) Artis Wanita Berseronok Di Parti Liar!!


Hari ini, satu set gambar yang di’dakwa memaparkan gelagat seorang artis wanita Malaysia mula tersebar dan menimbulkan spekulasi tentang identiti sebenar beliau.

Beberapa keping gambar yang ada jelas menunjukkan perilaku yang kurang sihat terjadi di parti liar ini termasuklah hubungan seks dan aktiviti menghisap ganja.

Ikhlasnya, kami tidak mahu bikin panas atau menambah dosa di bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Anggaplah kemungkinan gambar-gambar ini sekadar gambar 'super impose'.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buta akibat letupan mercun bola!!

on Sunday 29 July 2012



ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.
Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.
Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.



Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.
Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.
“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.

WALAUPUN berbahaya, mercun bola tetap digemari kerana bunyi serta kuasa letupan yang kuat. - Gambar hiasan


“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.
Sebaik letupan berlaku, Mohd. Sohibollah berasa sakit pada mata kiri dan penglihatannya menjadi kabur.
“Saya nampak anak jiran itu tercampak beberapa meter dan pengsan. Saya meminta pertolongan jiran untuk menghantar kami ke klinik,” ujarnya.
Katanya, doktor yang merawatnya sudah membayangkan dia mungkin hilang penglihatan mata kiri.
Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, Mohd. Sohibollah dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mata kiri serta perlu menjalani rawatan lanjut di wad mata HSB.
“Tuah pula cedera pada mata, muka dan paha kanan dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

sumber:kosmo!

Ular Ini Masih Mengganas Walaupun Kepalanya Telah Putus (Foto+Video)

Jika kepala sudah terpisah dari badan, maka secara logiknya, ia tidak mampu melakukan sebarang tindakbalas baik manusia mahupun haiwan. Tetapi sebuah video yang dirakam di mana seekor ular yang telah putus kepala dan badannya tetapi masih lagi boleh mendatangkan maut pada seseorang di mana ular yang hanya tinggal kepala tersebut masih mampu untuk memberikan patukan berbisa. Boleh tonton video di atas ini.
Gambar di atas, ular yang putus – gambar hiasan.

PUSAT TUISYEN EDAR GAMBAR HINA SAHABAT NABI SAW





Tangkak:Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama!Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen disini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek  sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Kadi Dearah Ledang,Sulaiman Maidin berkata,dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan yang tidak baik.

Katanya,nota tingkatan empat,bab lima,kerajaan Islam di  Madinah  memaparkan karikatur 16 sahabat Nabi dan paling menyedihkan,watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir.
Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iatu Syaidina Uthman Affan dihina dengan karikatur dan digambar sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkhawinan umat Islam.

Gambaran dilakukan  guru sejarah pusat tuisyen itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana rasa terhina atas perbuatan yang dianggap melampau batas itu.
Zubir Al-Awwam antara 10 sahabat nabi yang dijamin  masuk syurga dan pengiktirafan itu menggambarkan kedudukan tinggi Zubir Al-Awwam di sisi Allah

Jadi adalah tidak wajar sahabat nabi itu digambarkan dengan karikatur haiwan haram berkenaan,”katanya ketika ditemui dipejabat agama Dearah,disini semalam.

Menurutnya,pejabat menerima aduan berbentuk nota yang diserahkan oleh seorang lelaki pada 4 julai lalu.
Katanya,nota itu ditemui di tepi longkang sebuah sekolah menengah Tangkak oleh pelajar sekolah itu.

Ia kemudian diserah kepada guru agama sekolah berkenaan sebelum diserahkan kepada anggota kami.

Berikutan penemuan itu kami mambuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya,”katanya.

Selain itu katanya,kementerian dalam negeri(KDN) perlu menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas.

Katanya sebagai pusat tuisyen yang bertanggungjawab,pengurusan premis  itu perlu meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan itu menyinggung umat Islam Negara ini.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Ledang,Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

-Harian Metro

Budak mempunyai tahi lalat gergasi!!!


KEADAAN belakang Montalvo sebelum pakar bedah membuang tahi lalat gergasi.

MONTALVO selepas dibedah.

BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan..

Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan.

Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.

Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.

Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.

Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.

Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.

Disebabkan tahi lalat itu terlalu besar, doktor terpaksa menjalankan siri pembedahan yang merangkumi beberapa tahap.

Kata Bulstrode, kejadian menimpa Montalvo adalah kes paling serius pernah dihadapinya.

“Kira-kira tiga per empat badan budak itu terjejas akibat tanda lahir berkenaan,” katanya. Untuk membolehkan Montalvo membesar seperti kanak-kanak biasa, kata Bulstrode, budak itu perlu melalui sejumlah pembedahan menyakitkan.

“Tapi kami berpendapat, ia memang berbaloi,” katanya. Setakat ini, pakar perubatan belum mengetahui dengan jelas bagaimana tanda lahir seumpama itu boleh berlaku, tetapi ia mungkin membabitkan perubahan sel kulit pada janin akibat mutasi gen. - DM

Mulia Sungguh Hati Perempuan Ini


Bukan senang nak cari seseorang yang berhati mulia macam ni. Kita pun belum tentu dapat mengikuti apa yang amoi ni buat. Membantu seorang pengemis tua kurang upaya yang terperangkap ditengah hujan lebat. Beliau sanggup memayungkan lelaki tua ini biarpun seluruh tubuhnya dibasahi hujan.

Perhatikan pula gambar ketiga, mamat ni rakam dan siap gelak pulak tu…namun nak menolong jauh sekali.




Kasihan, Budak Digari Dan Ditelanjang Bersama Anjing Untuk Dua Tahun

Memang GILA bapa saudara budak ini yang menggari dan biarkan dia telanjang untuk 2 tahun bersama anjing. Dia lakukan anak saudaranya sebagai seorang hamba. Semasa dijumpai, bapa saudara Cai Changqing menyatakan dia digari untuk keselamatan dia kerana dia abnormal. Dia mamberitahu dua tahun lepas budak ini lari ke atas jalan raya dan dilanggar oleh sebuah van. Bapa saudara ini terpaksa menjaganya selepas ibanya meninggal dan bapanya dalam koma selepas sebuah kemalangan. Jadi selepas insiden kemalangan van tersebut, Cai akan menggari budak ini setiap hari untuk 2 tahun dengan gari sepanjang 16 kaki pada pinggangnya. Apa dah jadi dengan dunia ini? Patutkah budak ini dilayan begini walaupun OKU sekalipun? Mereka walaupun tidak normal perlu dilayan seperti seorang manusia juga.Ini berlaku di Erlongshan village di Harbin, Heilongjiang Province, China.







Tahukah anda Malaysia pernah kalahkan Filipina 15 - 1



Menewaskan Filipina 15-1 - margin kemenangan terbesar yang pernah pasukan kita kecapi. tidak dapat dipastikan ini adalah dalam kejohanan apa.

Pada bulan Ogos 1962, skuad bola sepak negara kita menarik perhatian dunia dengan kemenangan yang menakjubkan, yang terukir dalam buku rekod iaitu menewaskan Filipina dengan jaringan 15-1 di Jakarta.

15 gol telah menjadi rekod kemenangan terbesar Malaysia di peringkat antarabangsa sehingga kini,dan ianya berlaku dalam masa beberapa bulan selepas skuad mendapat pingat gangsa pada tahun 1962 Sukan Asia.

Ini Polis Atau Orang Gila..?? LOL

Ini Polis Atau Orang Gila..??..Polis...Orang Gila...Jom saksikan...HAHAHAHAHA..






Jadi Menurut Anda Bagaimana..Polis Ka Orang Gila...Sila Komen Di bawah..

Inilah Doktor Yang Paling Berani Membedah Dirinya Sendiri



Tarikh 29 April 1961, seorang doktor dari ekspedisi Antartika Rusia (Kutub Selatan Bumi) di stesen ekspedisi "Novolazarevskaya", Leonid Rogozof (27 tahun), merasa demam dan bahagian bawah perutnya terasa sakit sekali. Keesokan harinya keadaannya semakin parah. Tak mungkin di daerah kutub yang terpencil itu ia menyewa pesawat untuk membawanya ke rumah sakit.





Tak mungkin pula ia minta pertolongan kepada doktor yang lain, kerana ia adalah satu-satunya doktor yang ada di tempat ekspedisi tersebut. Akhirnya pada malam 30 April 1961 itu, dr Leonid terpaksa melakukan operasi terhadap dirinya sendiri, untuk memotong dan mengeluarkan organnya berupa usus buntu (appendix) yang telah meradang. Dalam operasi itu ia menggunakan bius tempatan (local anesthesia), dibantu oleh seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang ada dalam ekspedisi tersebut. Sambil berbaring setengah membongkok ke arah sisi kiri, ia menyuntik ke dirinya cecair ubat bius tempatan "novocaine", kemudian melakukan torehan sepanjang 12 cm di bahagian perut kanannya (iliac) dengan pisau bedah. Dengan melihat melalui cermin kecil dan meraba-raba, Leonid melakukan pembedahan, mengeluarkan usus buntunya, dan menyuntik antibiotik di bahagian perut, menjahit lukanya. Kedua-dua orang "pembantu" (mekanik dan metrologist) membantu memegang cermin kecil ke dekat perut dan memberi peralatan perubatan kepada Leonid. Operasi ini berjalan selama 1 jam 45 minit untuk selesai.



Lima hari selepas pembedahan, keaadaan badan Leonid normal kembali, dan 2 hari berikutnya jahitan lukanya dibuang. Seluruh peralatan yang digunakan untuk melakukan Pembedahan yang hebat itu, kini berada dan dipamerkan di muzium "Artik dan Antartika" di St. Petersburg, Rusia.

Suka merompak dalam keadaan bogel


TACOMA, Amerika Syarikat - Seorang pembunuh didakwa melakukan beberapa siri pecah rumah dalam keadaan bogel pada awal minggu ini dan dia dikenakan ikat jamin sebanyak AS$2 juta (RM5.98 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Penjenayah itu, Tom D. Hedlund, 42, berdepan tiga dakwaan pecah rumah darjah pertama, satu percubaan merogol, tiga tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan satu tuduhan pemilikan bahan terkawal yang menyalahi undang-undang.

Pendakwa raya juga memberitahu Hedlund berada dalam pengaruh dadah methamphetamine ketika dia ditahan polis.

Dia yang dibebaskan pada 2008 selepas disabitkan membunuh seorang lelaki telah memecah masuk tiga buah rumah di kawasan Tacoma sebelum subuh.

Polis berjaya menangkapnya selepas dia melarikan diri dari rumah yang ketiga dicerobohinya.

Kes Hedlund akan dibicarakan di mahkamah semula pada 12 Ogos depan. - Agensi

Panas!!! Kondom Perisa Zam Zam


"Keep the Satan away during Intercourse"... Bermaksud, "Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan". Bagi pandangan penulis, ada 'double-meaning' mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka???

Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal??? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga??? Apa pandangan para pembaca sekalian???

Tibanya 4 malaikat apa bila seseorang jatuh sakit

on Saturday 28 July 2012




Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit , Allah akan utuskan 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA .

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA .

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat ) .

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA . 

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat , Allah akan menyuruh Malaikat Pertama , Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka . 

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut . Jadi , janganlah kita membenci kesakitan , sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa .. Subhanallah ^_^
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved