Benjy Ceraikan Safiya Buat Kali Kedua Dengan Talak Satu

on Wednesday 31 July 2013

Pelakon drama Benjy yang ditahan akibat kesalahan penyalahgunaan dadah baru-baru kini telah sah menceraikan isterinya buat kali kedua iaitu Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pagi tadi.

Benjy menjatuhkan talak dihadapan Hakim Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 selepas pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka secara baik. Benjy dan Safiya kelihatan tenang disaat lafaz cerai termerai, malah mereka berdua sempat bersalaman dan Bengy juga dilihat mengucup dahi bekas isterinya buat kali terakhir.

Setelah ianya selesai, Benjy melahirkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupannya yang baru. Dia juga mengakui tiada kesefahaman adalah punca mereka memilih untuk berpisah namun masih lagi berkawan baik.


“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai. Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.
Pemilik nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34 ini berkahwin dengan Safiya yang merupakan seorang mualaf pada 9 February 2004 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 7 Julai 2008 namun mengambil keputusan untuk rujuk kembali pada hari yang sama.

Gambar Terkini Haliza Misbun

Gambar Terkini Haliza Misbun | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca, disini kami ingin kongsikan pelakon yang biasa membawa watak ibu dalam lakonannya.

Lama sudah tidak melihat pelakon Haliza Misbun kan. Dia jarang sudah berlakon atau menerbitkan filem/drama selepas filem Andart Terlampau 21 Hari Mencari Cinta.

Dikorek ceritanya, Dia kini sibuk untuk menerbitkan novel hasil tulisannya sendiri. Dengar khabar lain dia juga sudah bersedia untuk membina rumahtangga dengan usianya kini mencecah 40 tahun.

Tambahan lagi, Haliza memberi ruang kepada lelaki yang sudi untuk berkahwin dengannya, dan dia akan bersedia untuk menerima seadanya. Wah baguslah macam itu kan, wanita ni tak usah memilih sangat la kan, zaman sekarang ramai juga wanita yang dah berumur tapi masih bujang. Dimana silapnya, yang itu tepuk dada tanya selera ok.

Antara lainnya, Haliza sempat mengomen mengenai artis zaman sekarang yang lebih mementingkan populariti daripada kualiti.

"Saya tak nampak lagi yang boleh lawan pelakon masa batch saya dulu. Contohnya macam Sofea Jane, Umie Aida. Yang sekarang, they don’t even know about acting. Dorang ni popular tapi tak lasting” -Haliza
Sumber Asal : Disini

Nora Danish Kecewa Kerana Produk Tanakanya di Haramkan di Malaysia

Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini..ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa..apa kata Dora Danish pulak??
Laporan ini dipetik dari Malaysian Digest

Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.

Jelas aktres ini, selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.

"Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.

"Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.

"Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.

"Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik," ujarnya. (MalaysianDigest)

P/s: Kalau sah was-was untuk menggunakan sesuatu produk..tak payah lah guna..nanti lain pulak jadinya.. sekian..

Manohara di Kritik Kerana Bersikap Tidak Malu Dengan Wartawan [4 Foto]

Manohara yang namanya melonjak naik seperti roket ini nampaknya tidak segan silu untuk menunjukkan buah dadanya kepada umum.

Dari gambar yang kita boleh lihat dibawah, jelas sekali Manohara seakan-akan sengaja menunduk supaya para wartawan boleh mengambil gambar manohara seksi dengan menampakan separuh daripada buah dadanya.

adakah ini salah satu taktik Manora untuk meraih glamour. bukan ke dia dah glamour di Indonesia dan Malaysia. adakah ini caranya Manohara untuk mengekalkan keglamouranya?

Ngeri : Gambar Kemalangan Maut Melibatkan Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat

Melalui komen yang diperolehi laman facebook yang mengongsikan berita sedih ini, Analisis Politik Terkini (KLIK SINI), mangsa dikatakan terlibat dalam kemalangan jalanraya sekitar jam 3 pagi tadi.

Mengikut maklumat twitter dari harian metro, chua boon huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat kelana jaya.

Di bawah ini, admin sertakan screenshot dari halaman yang dimaksudkan;

Wajah Terkini Fauziah Latif! [6 Foto]

Lama tak tengok wajah Fauziah Latiff ya. Untuk lepaskan rindu kat dia, nah ambil ni…
Fauziah latif Tua Mengejar Kita
ENJOY! (Wajah terkini FAUZIAH LATIFF).

Apa agaknya rahsia Jee kekal muda jelita macam ni yek. Untung betul sape yang dapat ni. :)

Foto Keluarga Sharifah Shahirah Dan Zulkifli

Foto Keluarga Sharifah Shahirah Dan Zulkifli | Lama kita tidak mendengar kisah rumahtangga mereka nie kan kan. Mungkin mereka terlalu bahagia =). Disini kami selitkan beberapa gambar untuk tatapan pembaca.

Pelakon Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bersama suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 38 yang mendirikan rumahtangga 10 tahun yang lalu, 28 Februari 2003 kini sudah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Iaitu Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3. Dan difahamkan Sharifah ingin mahu menambahkan anak sebelum usia 40 tahun.

Selain itu helmet Sharifah Shahirah juga memang unik, siap ada nama dengan suami lagi, kena hantar ke pejabat dengan menunggang motorsikal berkuasa besar. Memang masyuk zapp2. -gambar Instagram ShieraIjoy
P/S : Comelnya =)

Gambar Comel Misha Omar Dan HEROnya

Gambar Comel Misha Omar Dan HEROnya | Nampaknya Misha Omar dah pun bertunang dengan seorang pilot (MAS) bernama Firos Ezzwa Rossly. Tahniah diucapkan. Moga bahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.

Menurut sumber majlis pertunangan tersebut diadakan secara tertutup dimana Misha Omar menerima lima dulang hantaran dan berbalas lima juga dari pihak tunang lelaki.

Dan difahamkan majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun ini juga. Lagi gambar sempena pertunangan mereka di bawah!

Gambar Lisa Surihani Hampir Dimakan Oleh Seorang Pemuda

Gambar Lisa Surihani Hampir Dimakan Oleh Seorang Pemuda |Opsssss...Disini kami share bersama anda gambar epik dimana lisa surihani hampir dimakan oleh seorang pemuda yang kami tidak kenal siapakah orangnya. Jom lihat =)Mungkin saudara mara beliau kowt..HEHEHE..Slumberrr jew >.< Nampak kat si yusry mati lah orang tu

SEGERA: Inilah Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi

Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.

Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu membawa suspek.

Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan.

Gambar FB Polis KL

KERANA TUALA WANITA – PELAJAR MENGANDUNG 20 EKOR ANAK TIKUS

on Tuesday 30 July 2013

Ellen ambil cerita ni dari email lama ellen…..takutnya apabila membacanya, so ellen nak simpan sini sebagai panduan bagi Ellen sendiri, kaum keluarga dan kawan2….

Ellen terkejut sekejap tau saat membaca cerita ni….aduii…macam tak percaya sampai sekarang….

Peringatan yang teramat penting untuk kaum hawa semua…cerita ini dishare oleh seorang sahabat di Fb….
Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini…

Kesahihan cerita tak dapat di pastikan namun mungkin boleh di jadikan iktibar dan panduan kepada kita kaum hawa ni…..

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa Cina so di translate cerita nie dalam bahasa melayu….
Hati-hati bila pakai Tuala wanita..check dulu expired date…Kualiti…
dan paling penting kebersihannya…
takut2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu…

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ….

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual tuala wanita…disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi…so anak2 dgn bini dia pon pakaila tuala wanita tu…..

lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu…

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah mengandung….

maka hairanlah si anak..

Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 ekor anak tikus yang dikandungkan oleh pelajar terbabit…

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KE DALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINNN…..

Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut….

kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu….
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu…


P/S : Walau tidak sahih sekalipun….kaum hawa perlu berhati2 dalam soal ini…dan paling penting jagalah kebersihan….

Nda tau lah betul ka tidak story ni sebab ianya dikatakan disebarkan melalui FB..apa pun kita jadikan sebagai pengajaran buat kita semua agar lebih mengutamakan kebersihan…kuikui
(Hmm..rasanya macam tak betul la kan…tak per saja2 dikongsikan untuk kita lebih berhati2…fikir2kan…!!tikus pandai bertelurka?Pad ada xpiry date ka..wakakakakak…kes lawak yang bawa erti ni..so jangan marah kalo sumber ni salah)

Terkini : Pelajar IPTA Dicekup Selepas Selesai Mandi Wajib

Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai selesai membersihkan diri selepas 'bersama' teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu, kelmarin.

Gadis tempatan yang juga penuntut IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah dan mengambil kesempatan berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum mendapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.

Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum dibuka seseorang.


sumber: Harian Metro

(Video Panas) Waris Rembau Most Wanted Bergaduh Dengan Artis Dari Utara!!!?

Semakin kreatif dunia seni Malaysia sekarang.

Jika dahulu, kebanyakan video berbentuk parodi dikuasai oleh golongan rakyat biasa, kini ruangan itu turut diisi dengan penglibatan artis- artis tertentu.

Tahniah admin ucapkan kepada unit produksi homegrown yang berjaya menerbitkan video berkualiti seperti di bawah ini.

Panas!!! Gambar Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar!!!

Baru saja Murai Batu hendak menarik lafaz lega mengenai pengakuan ibu Irma Hasmie terhadap menantunya, Redza Syah yang dikatakan berstatus duda, tiba-tiba Murai Batu didatangi pula informasi terkini mengenai isu tersebut.

Menerusi informasi yang dipetik dari sebuah blog butik pengantin, Redza yang segak orangnya pernah melangsungkan majlis persandingan bersama wanita yang bernama Farah Diana di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Ampang .

Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas. Gambar inilah yang MUrai Batu terima dan ingin kongsikan bersama pembaca semua.

Bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan, Murai Batu hanya mahu mencari jawapan benar mengenai isu status Irma yang dipersoalkan ramai pihak. Jadi, Murai Batu berharap sangat kepada Irma Hasmie agar dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan mengenai cerita yang mengheret dia bersama suaminya sebaik saja dia pulang dari berbulan madu di Australia.

Lagipun, seorang teman memberitahu dia kenal dengan seseorang keluarga di sebelah pihak Redza. Dia sendiri mengesahkan bahawa Redza memang pernah berkahwin sebelum ini. Dia juga turut kelihatan di majlis kahwin Redza dengan Irma.

Setakat ini pun, Murai Batu masih belum membaca sebarang artikel mengenai pengesahan status suami Irma itu.

Yang pasti, sewaktu pernikahan Ning Baizura dulu pun, pihak media baru saja mendapat tahu suaminya itu seorang duda selepas mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Sebagai insan biasa, Murai Batu doakan Irma Hasmie bahagia dengan Redza dan anggaplah ini sebagai resam kehidupan sebagai seorang yang dikenali.- Murai.com.my

VIDEO: Budak Kemalangan Takut Naik Ambulan

Apabila terlibat dengan kemalangan, mangsa yang terbaring di jalanraya seharusnya tidak dibiarkan bergerak atau diangkat sebelum kehadiran ambulan. Maklumlah, dibimbangi ada tulang yang patah atau kecederaan dalaman yang kita tak tahu.

Dalam sebuah video dipercayai dirakamkan di Perlis, seorang budak yang terlantar di jalan setelah terlibat dengan kemalangan bukan sahaja terpaksa dipegang supaya dia dapat mengawal diri, malah dipujuk oleh orang ramai agar tidak takut untuk menaiki ambulan.

Dengan loghat Perlis pekat, budak itu yang kelihatan terlalu takut bukan saja meracau menyuarakan ketakutannya malah sempat mengajak orang kat situ menemaninya naik ambulan.

Akibatnya, insiden yang sepatutnya sedih menjadi situasi lawak! – REM RAMZI
 

SERIUS SELEB - SELEB WANITA MALAYSIA SEMASA KECIL VS SEKARANG (11 GAMBAR)

Comel

Alahai comelnya masa kecik!

Lakukan Hubungan Seks Setiap Kali Melawat Banduan di Penjara!

Kisah panas di sebalik penjara Indonesia tercetus lagi apabila seorang model, Vanny Rossyanne mendedahkan dia sering bertemu kekasihnya di penjara untuk mengadakan hubungan seks.

Vanny memberitahu, setiap kali berkunjung ke penjara Cipinang, Jakarta Timur, dia dan kekasihnya, Freddy Budiman yang dipenjara atas kesalahan mengedar dadah, akan melampiaskan nafsu di sebuah bilik 'persendirian' di penjara itu.

Selain itu, Vanny, 22, turut mengambil dadah apabila berkunjung ke penjara itu tiga kali seminggu.

"Biasanya saya ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah.

"Terdapat dua buah bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah bilik warden penjara," kata Vanny mendedahkan kisah benar itu kepada wartawan tempatan baru-baru ini.
Dalam pendedahan itu juga, dia merujuk kepada Thurman Hutapea iaitu warden penjara yang biliknya digunakan oleh Vanny dan kekasihnya untuk menjalin hubungan asmara.
Pendedahan Vanny juga membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki 'kuasa' sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu.

Tindakan wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.

Vanny berkata, sehingga kini, sudah lebih daripada 10 kali dia berkunjung ke Penjara Cipinang untuk bertemu buah hatinya dan mengambil dadah di bilik ketua penjara atau ruang yang ada di sebelahnya.

"Saya yakin itu ruang Ketua Penjara kerana Freddy sendiri yang memberitahu. Freddy tidak pernah berbohong dengan saya. Kalau ada orang datang, saya pura-pura bermain telefon bimbit," katanya.

Vanny juga menegaskan, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong pendedahannya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh Vanny mengenai kawalan keselamatan yang lemah di Penjara Cipinang dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

sumber : Utusan

Kila Fairy kata bibir asli, tapi kenapa tahun 2008, bibir atasnya nipis?


Ha amik ko tajuk panjang lebor dan gambo Kila Fairy yang pernah kami tepek bulan Febuari lepas. Yang belah kiri tu, gambar diambil sekitar tahun 2008, hok belah kanan lak tahun 2011 di mana bibir atasnye sudah menebal dan bibir bawahnye semakin tipis.
Kami boleh terima kata-kata-nya yang mengatakan pencampuran darah Melayu dan Pakitan membuatkan wajahnya jadi sebegitu, tapi selepas uols lihat gambar ini apa yang akan uols katakan? Bibir tu bibir perubahan ketare yewww.
Sudah! Sudahhhh! Uols jangan nak bising lagi pertikaikan bibir “ori” Kila Fairy ni. Die dulik pe, katenye uols bising cemane pun, rezeki datang bergolek ittew datangnye dari bibirnye jugek. Bibir bertuah katenye. Terlajak perahu boleh undur tau Kilaaa. Petikan Utusan Malaysia di bawah.
BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli.
Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni.
Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur.
“Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.
“Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki.
“Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan.
“Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini,” kata Kilafairy yang mesra membahasakan dirinya sebagai Kila ketika ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Kilafairy lagi, selain bibir semula jadi yang dimilikinya, dia juga tidak pernah melakukan sebarang suntikan pada mana-mana bahagian tubuhnya.
Itu semua tidak diperlukan kerana usianya masih muda, baru 19 tahun.
“Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya.
“Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli,” ujarnya bersungguh-sungguh.
Kilafairy yang bijak melontarkan jawapan bagaimanapun terdiam sejenak apabila ditebak dengan soalan dirinya sering dilanda kontroversi. Beliau menegaskan, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang artis yang kontroversi.
“Impian saya adalah mahu menjadi seorang artis tanah air yang dihormati peminat dan saya tidak mengabaikan akademik. Itu yang membuatkan saya masih kekal berada di pusat pengajian tinggi.
“Selain daripada dikenali sebagai pelakon, saya juga mahu melangkah dalam bidang nyanyian seperti ibu saya. Saya mahu menjadi seorang penghibur yang disegani ramai suatu hari nanti.
“Walaupun saya sedar bidang hiburan adalah sesuatu yang penuh dengan glamor, tetapi glamor itu tidak kekal lama.
“Sebab itu saya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang usahawan wanita berjaya suatu hari nanti,” katanya.
Katanya lagi, dia sedih apabila memikirkan dirinya sering dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan hasratnya menjadi artis, bukannya mahu dipalit dengan pelbagai kontroversi.
“Saya mahu menjadi artis yang berada dalam kelasnya tersendiri. Saya bukannya menyesali langkah yang telah diambil. Tetapi saya mohon kerjasama semua pihak agar menilai saya melalui bakat yang ada.
“Saya juga tidak menyesal dilahirkan sebagai anak berdarah campuran yang memiliki fizikal dan rupa sebegini. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki.
“Jika orang sibuk mempersoalkan tentang bibir saya ini, alhamdulillah. Bibir inilah yang membuka rezeki dan sebenarnya, ini bibir bertuah,” katanya dalam nada lembut.

Datuk Jadi Sensasi Internet Kerana Pakai Pakaian Cucu Perempuan (4 Gambar)

Seorang datuk yang berusia 72 tahun, Liu Xianping telah tolong cucu perempuannyauntuk menjadi model pakaian. Semua pakaian yang Liu pakai adalah dari kedai cucunya sendiri. Setiap gambar modelling Liu yang diambil telah disebarkan luas dalam Weibo dan kini telah menjadi sensasi di internet. Selain itu, sambutan di kedai pakaian cucunya bertambah baik dan diakaun diberikan untuk mereka yang membeli pakaian pilihan Liu.





KEMALANGAN: Akhirnya Bertemu ‘Kekasih Abadi’….[Kisah Benar SEDIH!]


AYER KEROH – Persoalan mengenai jodoh di dalam laman sosial Facebook seorang pemuda akhirnya terjawab apabila dia akhirnya menemui ‘kekasih’ abadi selepas maut dalam kemalangan di sini, malam kelmarin.

‘Siapalah jodoh aku agaknya ya…’ adalah status terakhir yang sempat ditulis dalam laman sosial tersebut oleh Mohd Khairil Zulkifli, 27, pekerja Pusat Pendidikan Pelajaran di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebelum menemui ajal apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di persimpangan masuk ke Taman Tasek Utama di sini.

Menurut ibunya, Jamaliah Ali, 50, dia sering meminta anak sulung daripada lima beradik itu berkahwin namun hanya dibalas dengan gelak ketawa.

“Dari dulu saya selalu cakap dengan dia supaya cepat cari jodoh, namun dia hanya gelak besar. Tapi pagi semalam (kelmarin) rupanya-rupanya dia ada tulis tentang persoalan jodoh dalam Facebook, dan tak sangka juga itu petanda dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Menurut Jamaliah, dia yang terkejut mendapat berita mengenai anaknya itu bergegas ke Hospital Melaka dari rumahnya di Selandar, Jasin.

“Dia keluar rumah kira-kira jam 7 pagi dan kebiasaannya akan balik ke rumah antara jam enam petang dan sebelum lapan malam. Namun semalam (kelmarin) sehingga 8.30 malam dia masih balik sebelum saya diberitahu polis dan kawan kepada anak saya.

“Sebelum keluar rumah memang tiada perubahan ketara pada dirinya namun dia yang pendiam dilihat banyak bergurau dengan adik-adiknya kebelakangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammmad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa terbabit kemalangan jam 8 malam.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ berlanggar dengan Proton Satria yang dipandu wanita ketika sampai di Jalan Mitc berhampiran Balai Polis Ayer Keroh.

“Mangsa datang dari arah bulatan MITC menghala persimpangan Seri Negeri, berlanggar dengan kereta yang dinaiki tiga penumpang berkenaan yang mahu masuk ke arah Taman Tasek Utama,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Tiga penumpang kereta yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - SINAR HARIAN

Van Penjual Susu Segar Yang Kreatif Bergerak Di China (3 Gambar)

Van Penjual Susu Segar Yang Kreatif Bergerak Di China. Ini adalah salah satu cara orang China menjual susu segar..



Bertelekung Tapi Berperangai Biadap!

Pada mulanya Keris tak mahu letak entri ini sebab nampak macam lucah sangat. Tapi bila fikir balik, supaya tak ada orang ulang tindakan bodoh macam ini Keris tulis juga. Kenapalah bodoh sangat macam ini?

Tangkap gambar dalam keadaan bertelekung tapi perlukan berkasi tak senonoh dan upload kat Facebook? Nak buat aksi bodoh pun janganlah dalam pakaian yang kita gunakan untuk solat. Subhanalllah!

Apa nak jadi dengan dia ni? Harap pihak SKMM alert juga dengan perkara sebegini. Keris dapat daripada [SINI]. Apapun tindakan yang upload gambar ini seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan martabat orang Islam.

Semoga si pemnunya gamabr dibukakan hati oleh Allah untuk muhasabah diri dan bertaubat.

K7L : Sorry sebab gambar tu rasa macam tak sesuai..apapun ambil iktibar..
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved