Siapa Lee Min Hu, Pengadil Malaysia vs Thailand #HarimauMalaya #AFFSuzuki

on Thursday 13 December 2012



Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.

Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.



Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?


Ini database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008.

Tidak menghairankan bila pengadil yang sama diberikan peranan, dia memberikan kad kepada Fadhli Shas. Memang dia suka beri kad.

Bagaimana Persatuan Bolasepak Asia boleh membenarkan pengadil sebegini dihantar untuk mengadili pertandingan bolasepak di Asia Tenggara? Terlepas pandang? Sama juga kesnya bila terlepas pandang memberikan padang latihan yang tidak baik kepada Malaysia.

Sumber: http://anginperubahan.blogspot.com

Datuk K Kemalangan!!! Di New Zealand, Siti Batal Konsert

KUALA LUMPUR 13 Dis - Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia apabila perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu kiri, cedera pada tangan kanan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.


Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert yang sepatutnya berlangsung pada malam Khamis itu.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

Siti akan berlepas ke New Zealand bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa pada Jumaat ini untuk melihat keadaan suaminya.

Sumber: http://www.klpos.com/hiburan/30782-datuk-k-kemalangan-di-new-zealand-siti-batal-konsert

ATM Sound Farid Kamil??

on Wednesday 12 December 2012

AKTOR popular Farid Kamil bakal diberi surat teguran daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila dia memakai uniform pasukan keselamatan tanpa kebenaran serta pakaian yang dipakainya pula cacamarba pada majlis resepsi perkahwinannya dengan Diana Danielle.

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, menurut Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampur-adukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar."

Oleh yang demikian, pihaknya akan menghantar surat teguran kepada aktor tersebut supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak melambangkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

"Seluar dan topi yang dipakai Farid adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah pangkat mejar jeneral Tentera Darat. Lencana penerbangan di bahu kanan pula melambangkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya lagi.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Farid mungkin bakal berdepan tindakan undang-undang kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsinya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya baru-baru ini.

[Gambar] Shishi-Maru: Kucing Yang Terkenal Dalam Instagram

on Monday 3 December 2012

Siapa sangka, dengan penggunaan aplikasi Instagram yang semakin luas sekarang ni, seekor kucing juga boleh menjadi terkenal melaluinya..Kucing ni juga dikatakan berasal dari baka yang baik..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha gambar-gambar kat bawah ni..





Shishi-Maru merupakan seekor kucing yang berasal daripada jenis baka Scottish fold, di mana ia mempunyai mutasi genetik yang membolehkan telinganya membengkok ke atas dan ke bawah. Kucing yang comel ini telah menjadi sensasi dalam dunia Instagram.






Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur..

Haa..Bagi korang yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan" korang tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni..


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.


3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.


4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.


5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.


6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.


7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.


8. Wajah tidak berseri.


9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.


10. Menimbulkan kebencian.



Sumber: GilerKentang

Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya..


p/s: nak pahala ke nak dosa? Pilihan terletak di tangan korang..

Thailand lancar perang psikologi??



JURULATIH Thailand, Winfried Schafer melancarkan perang psikologi menjelang aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.


Schafer berkata, kejayaan Thailand menjadi juara Kumpulan A selepas mengutip sembilan mata maksimum mampu memberikan kelebihan kepada pasukannya untuk menempah slot ke final.


Selain itu, beliau juga tanpa berselindung mengakui jentera serangan Harimau Malaya hanya bergantung kepada Mohd. Safee Sali semata-mata.


Meskipun mengakui Malaysia selaku juara bertahan cukup garang ketika beraksi di depan penyokong sendiri, Schafer kekal optimis untuk memburu kemenangan selesa pada pertemuan tersebut sebelum kembali membuat perhitungan di Stadium Supachalasai, Bangkok empat hari kemudian.


“Saya tahu Malaysia cukup kuat bila beraksi di depan penyokong sendiri.


“Mereka telah membuktikannya selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan B. Jadi, sudah tentu ia bukan tugas mudah buat kami untuk mengatasi mereka Ahad ini,” katanya yang dipetik daripada laman rasmi Piala Suzuki AFF 2012 semalam.



Ezad (Exist) Kempunan Ke Jinjang Pelamin

on Saturday 1 December 2012


MASIHKAH anda ingat dengan Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim (Ezad exist) atau kini lebih dikenali sebagai Ezad Lazim? Berita terkini tentang penyanyi solo yang popular dengan lagu 'Renyai di Hati' tidaklah begitu menyenangkan apabila beliau sendiri mengesahkan sudah putus tunang.

Malah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu dengan pembantu peribadi, Asliza Abdullah, tidak kesampaian. Perkenalan selama empat tahun dengan bekas tunangnya itu gagal bertahan lantaran dakwanya pihak perempuan tidak bersungguh mahu ke jinjang pelamin.

Untuk imbasan, pada 1 Jun 2012, Ezad telah mengikat tali pertunangan dengan Asliza yang juga merupakan pengurus beliau sendiri. Majlis pertunangan tersebut telah di adakan di rumah pihak perempuan dalam majlis yang serba ringkas di mana hanya keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja yang hadir.

"Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

"Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

"Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu," ujar Ezad kepada media.

"Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

"Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini," katanya.

"Saya sebenarnya susah untuk menyukai seseorang dan apabila perkara begini berlaku, sukar untuk saya jelaskan apa yang terasa di hati.

"Sampaikan keluarga memberikan cadangan untuk membiarkan mereka mencarikan bakal isteri yang sesuai, tetapi saya tak nak. Serik rasanya. Biarlah, saya serahkan jodoh ini kepada Allah S.W.T.

"Dan saya ingin memberi fokus kembali terhadap karier saya selepas ini," tambah Ezad dengan nada sedih.

Gara-Gara Dedah Dada Farah Quinn Ditegur

on Wednesday 28 November 2012




Gara-gara berpakaian kurang sesuai untuk satu rancangan memasak, Chef Farah Quinn secara tidak sengaja menayangkan dadanya kepada para penonton. Insiden itu berlaku dalam rancangan Ala Chef pada 5 Februari 2012. Chef berusia 31 tahun itu menggayakan busana yang mempunyai belahan dada yang agak luas lalu menampakkan dadanya secara jelas sepanjang rancangan selama 30 minit itu.




Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) sebuah badan bertanggunjawab terhadap penyiaran di Indonesia akhirnya tampil membuat teguran kepada Farah Quinn dan juga Trans TV yang menyiarkan rancangan itu. Surat teguran rasmi dari KPI itu dikeluarkan pada 14 Februari 2012. Untuk rekod, Julia Perez dan Nikita Mirzani juga pernah ditegur gara-gara berpakaian terlalu seksi.


Dalam surat tersebut, KPI menegur agar Farah tidak lagi memakai baju yang terbuka ketika tampil di televisyen. Selain itu KPI juga meminta Trans TV untuk tidak menayangkan program yang menampilkan host dengan pakaian terbuka.

Fashion Tudung Yang Sangat Teruk

#Aurat wanita hanya di kepala@rambut? Apa kebangangan remaja wanita sekarang.. Dan pesanan terakhir kepada semua underweight girl, please eat more. Kesian aku tengok, sampai tulang rangka terkeluar.

Harimau Malaya "Bersembunyi" Dari Media???

on Tuesday 27 November 2012


KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya memilih untuk 'menyembunyikan diri' selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang Isnin.

Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian.

Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad kendalian Datuk K.Rajagobal tersebut.

Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri. - BERNAMA

Baby Diana, Remaja Mengaku Dirinya Tiada Dara Lagi Di Twitter

Agak ‘jujur’ juga seorang remaja ini mengaku daranya telah tiada dan mendakwa telah ‘dihilangkan’ oleh teman lelakinya bernama Haziq.

Remaja perempuan nie dikenali sebagai Baby Diana @NurDianaaAli mengakui dan meroyan di laman Twitter lewat tengah semalam dan mengatakan dirinya telah ditinggalkan kekasih hatinya selepas mendapat daranya.

Followers si Baby Diana nie pun boleh tahan ramainya dan semasa screenshot ini diambil lewat tengah semalam, followers‘nya mencecah 3,588 orang dan mempunyai ramai ragam di mana ada yang mengutuk, memberi nasihat dan lebih ramai yang mengambil kesempatan menyebabkan trending #AkuTiadaDara memenuhi timeline Twitter semalam.

Sama ada akaun Twitter ini benar-benar milik Baby Diana @NurDianaaAli atau akaun ini adalah parody? Atau akaun ini telah digodam oleh seseorang?

Ultras Malaya mengamuk , desak Rajagopal letak jawatan??

on Sunday 25 November 2012


GPB dimaklumkan selepas perlawanan semalam , penyokong Harimau Malaya paling setia , Ultras Malaya membuat demontrasi aman di depan bas FAM yang membawa pemain negara & Rajagopal .

Mereka yang majoriti nya mahasiswa melahirkan rasa kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya dan menuntut agar segeri bangkit di 2 baki perlawanan selepas ini .

Malah ada juga yang emosi dan menjerit agar Rajagopal segeral letak jawatan ekoran prestas hambar pasukan .



Kalau penyokong setia Ultras Malaya pun kecewa ..apatah lagi Jutaan Rakyat Malaysia .

Segera bangkit Harimau Malaya !!


Sumber: Generasi Perjuang bangsa

Perisik Israel Dibunuh & Diseret (4 Gambar)

on Friday 23 November 2012

               Gazans dragging the body of a man accused of spying for Israel. Photo: EFE


Gaza: Hamas loyalists drag the street the corpse of an alleged collaborator of Israel, just been shot along with 6 other people (Weiken \ EPA)





Teringatkan kisah Saidina Ali ra yang membatalkan hasrat untuk membunuh seorang musuh yang meludahnya kerana bimbang musuh itu akan dibunuhnya bukanlah kerana Allah tetapi kerana nafsunya. Islam tidak menuntut agar kita meniru dan melakukan kezaliman yang sama seperti musuh/kafir. Apatah lagi terhadap jasad yang sudah tidak bernyawa.

Geli!!! Dinding Chewing Gum Di California


Jika anda cepat muak dan jijik ,jalan di sepanjang Bubblegum Alley dan jangan menyentuh dinding kerana lapisan dinding di lorong ini adalah lapisan chewing gum yang gelembung melekit. Ini mercu tanda pelancongan tempatan yang terletak di pusat bandar San Luis Obispo, California. Dinding ini 15 kaki tinggi dan membentang 70 kaki di sepanjang lorong.

Menurut Dewan San Luis Obispo Perdagangan dan Downtown Persatuan Peningkatan Perniagaan, sejarah yang sebenarnya bermula (pesta gusi) ini adalah sedikit lengkap. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa tradisi Alley bermula selepas Perang Dunia II . Lain percaya ia telah bermula pada 1950-an sebagai persaingan antara San Luis High School Obispo dan Cal pelajar Poli. pelajar kolej melangkah permainan mereka dan dengan serta-merta menjadi lebih kreatif, sekali gus melancarkan Bubblegum Alley. Dalam mana-mana kes, tahun 1970-an Bubblegum Alley adalah di bawah cara baik. Apabila pemilik kedai mengadu bahawa ia adalah "kotor dan menjijikkan",








 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved