Showing posts with label Europe. Show all posts
Showing posts with label Europe. Show all posts

Maya Karin Turun Stadium Untuk Sokong German Di Euro 2012

on Sunday, 17 June 2012

Rasanya ini kali pertama Abang Nara tengok ada selebriti yang sanggup terbang jauh untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Maya Karin telah berkongsi dengan pengikutnya di Twitter gambarnya sedang berada di dalam stadium untuk menyatakan sokongan terhadap negara German sempena Euro 2012. Untuk makluman, ayah Maya Karin berasal daripada negara tersebut.
maya karinAbang Nara tak jeles dengan Maya Karin sebab dapat tengok match Euro 2012 secara live tapi Abang Nara jeles dengan mereka yang dapat duduk di sebelah Maya Karin ketika perlawanan tersebut berlangsung. Sayangnya mungkin Maya Karin duduk terlalu jauh dengan kamera untuk difokuskan wajahnya seperti yang sering dilakukan oleh jurukamera Euro 2012 ketika perlawanan langsung.
maya karin
Ternyata semangat kenegeraan sangat tinggi di dalam diri Maya Karin sehingga sanggup melukis bendera German di wajah mulusnya. Nasib baik still maintain cute.
maya karinSemoga selepas ini Maya Karin akan turut turun padang ketika Harimau Malaya beraksi.

Awek-Aweks EURO 2012 (14 Gambar)

on Friday, 15 June 2012

Euro 2012 sudah berlangsung lebih dari 4 hari dan so far team aku England not doing that bad. Tahukah anda apa benda paling syok tentang Euro? Ianya bila cameraman pergi zoom ke penonton dan awek hot melompat-lompat riang di dalam stadium. Kalau korang ada Astro Beyond siap ada super slow mo. Winning. Di bawah ialah koleksi awek-awek Euros 2012 Polkraine. Siapakah juara Eropah dalam kategori awek hot? Aku rasa Sweden. Paling fail England. #LULZ







Laporan asal Euro2012Girls

Sepanyol idam hatrik

on Friday, 1 June 2012


JUARA bertahan, Sepanyol bertekad menjadi pasukan pertama menjulang kejuaraan tiga kejohanan utama berturut-turut ketika mereka berkunjung ke Poland dan Ukraine berbekalkan kempen kelayakan yang sempurna.

Selaku juara bertahan Piala Dunia dan Eropah, Sepanyol pasti menjadi pilihan utama di Poland dan Ukraine.

Selepas menamatkan penantian 44 tahun untuk menjulang trofi utama iaitu gelaran Kejuaraan Eropah 2008 di bawah kendalian Luis Aragones, Sepanyol meneruskan rentak kemenangan mereka bersama Vicente del Bosque. 

Mereka merekodkan sepuluh kemenangan berturut-turut dalam kelayakan Piala Dunia 2010 dan kemudiannya bangkit daripada permulaan hambar di Afrika Selatan untuk mara ke final apabila Andres Iniesta menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ke atas Belanda.

Mereka mengekalkan rekod lapan kemenangan berturut-turut untuk mara ke Euro 2012.

Impian Sepanyol untuk meraih kejuaraan akhirnya menjadi kenyataan di Vienna pada 2008 apabila pasukan kendalian Aragones menewaskan Jerman 1-0 untuk menjuarai kejohanan itu.

Fernando Torres memastikan kemenangan berpihak Sepanyol apabila rembatannya gagal dihalang Jens Lehmann pada minit ke-33.

Sebelum kejohanan itu, Sepanyol yang tewas kepada Perancis pada final 1984, gagal meraih sebarang kejayaan selepas menjulang kejuaraan di Madrid pada 1964.

Pada tahun itu, mereka menewaskan Soviet Union 2-1 di Santiago Bernabeu. 

Marcelino Martinez menanduk masuk gol kemenangan enam minit sebelum tamat perlawanan selepas Galimzian Khusainov menyamakan kedudukan Jesus Pereda yang menjaringkan gol pada minit keenam.

Sepanyol terbabit dalam banyak perlawanan membabitkan satu negara iaitu 135 perlawanan sejak mereka menang 4-2 ke atas Poland pada pusingan pertama Kejuaraan Eropah 1960 pada 28 Jun 1959.

SKUAD

Penjaga gol: Iker Casillas (Real Madrid), Jose Reina (Liverpool/ENG), Victor Valdes (Barcelona).

Pertahanan: Juanfran (Atletico Madrid), Alvaro Arbeloa, Raul Albiol, Sergio Ramos (all Real Madrid), Jordi Alba (Valencia), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao).

Tengah: Xabi Alonso (Real Madrid), Santi Cazorla (Malaga), Xavi Hernandez, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Busquets (all Barcelona).

Penyerang: David Silva (Manchester City/ENG), Jesus Navas, Alvaro Negredo (both Sevilla), Fernando Torres, Juan Mata (both Chelsea/ENG), Pedro (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao) 


PROFIL PASUKAN

Pencapaian terbaik Euro: Juara 1964, 2008
Jurulatih: Vicente del Bosque

Penjaring terbanyak: 
Sepanjang zaman - David Villa (51)
Terkini - David Villa (51)

Penampilan terbanyak: 
Sepanjang zaman - Iker Casillas (127)
Terkini - Iker Casillas (127)

Penubuhan persatuan: 1909
Gelaran: La Roja (The Reds)

JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN C EURO 2012

Isnin 11 Jun:
Sepanyol mln Itali, Gdansk, 12 mlm (Astro 825,845)

Jumaat 15 Jun:
Sepanyol mln Republik Ireland, Gdansk, 2.45 pg (TV3, Astro 801,825,845)

Selasa 19 Jun:
Croatia mln Sepanyol, Gdansk, 2.45 pg (Astro 825/826,845/846)


BINTANG TUMPUAN 

Xavi Hernandez

Tarikh lahir: 25 Januari 1980 (32)
Negara: Sepanyol
Tinggi: 170sm
Posisi: Tengah
Kelab: Barcelona (Sepanyol)
Penampilan antarabangsa: 108
Jaringan antarabangsa: 10
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved