Showing posts with label Hantu. Show all posts
Showing posts with label Hantu. Show all posts

Seram!!!Gambar hantu Jepun berjaya dirakam..

on Tuesday, 16 October 2012





















Bekas tentera Perang Dunia Ke 2,Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan. 


Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.
Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March. 

Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia. 

Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri.

Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina. 

Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.

Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, Major John Tulloch merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD. Pada asalnya, beliau menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di atas dashboard. – Dailymail

Gambar Hantu Kanak-Kanak Di Kuburan Tanpa Sengaja Dirakam

on Sunday, 5 August 2012


Kejadian gambar hantu kanak-kanak yang telah dirakam di perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia telah menggemparkan penduduk. Gambar tersebut telah diambil oleh Renee English dan dia yakin tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.

Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon. Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.

Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut. Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.

Gambar Penampakkan Hantu Di Hentian Rehat RNR Butterworth Pulau Pinang

on Friday, 15 June 2012

Mesti korang ingat gambar nie edit dari photoshop kan? Gambar nie memang betul-betul diambil dari kamera handphone. Gambar nie dikirim oleh rakan saya sendiri dan beliau berada di situ bersama mereka yang berada di dalam gambar nie. 

Gambar nie telah diambil pada minggu lepas jam lebih kurang 1 pagi di kawasan Hentian Rehat RNR Butterworth, Pulau Pinang. Mereka hanya berehat sebentar di situ dan perempuan di dalam gambar nie mengambil gambar rakan yang seorang lagi, manakala seorang lagi mengambil gambar dia nie pulak. Kira main tangkap-tangkap gambarlah…

Sebaik sahaja mereka berdedar dari kawasan nie, perempuan nie tiba-tiba meracau dan rakan-rakan yang lain menjadi hairan. Apabila mereka memerhatikan semula gambar yang mereka ambil di situ dan dapati ada “Penampakkan Wajah Seperti Hantu Perempuan” yang berambut panjang.

Inilah yang diceritakan oleh rakan saya mengenai cerita nie. Terpulanglah kepada korang nak percaya atau tak, tapi yang nyata gambar nie memang tiada sebarang edit menggunakan Photoshop mahupun Paint. Cuma saya letakkan wording & blurkan wajah lelaki di bawah imej hantu tu sahaja. WaAllahualam…

Menangis teresak-esak di sisi mayat isteri

on Friday, 18 May 2012

IPOH: Seorang suami tergamam sejurus melihat isterinya maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret sebuah treler berhampiran persimpangan Jalan Raja Musa Aziz, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa yang juga jururawat, Liew Suet Foong, 50, membonceng motosikal bersama suaminya ke tempat kerja.
Kejadian ngeri itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, manakala suaminya, Cheow Seng Yee, 62, cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kemalangan berlaku apabila pemandu treler terbabit tidak menyedari kehadiran motosikal pasangan itu sebaik membelok masuk di tempat kejadian.
“Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Silibin ke tempat kerja di sebuah klinik swasta di Jalan Raja Ekram bergesel dengan tayar lori treler terbabit.
“Akibatnya kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh. Ketika itu mangsa yang tidak sempat bangun dirempuh bahagian belakang treler itu menyebabkan dia diseret,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang parah di beberapa bahagian anggota tubuh termasuk kepala maut di tempat kejadian.
“Suami mangsa bagaimanapun terselamat dan hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, pemandu treler berusia 46 tahun ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Polis meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Fenomena dan Fakta Sumpah Pocong

on Wednesday, 4 April 2012

Sumpah pocong yang konon merupakan tradisi masyarakat pedesaan adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan kondisi terbalut kain kafan layaknya orang yang telah meninggal.

Sumpah ini diamalkan dengan tata cara yang berbeza, misalnya pelaku sumpah tidak dipocongi tapi hanya diselubungi kain kafan dengan posisi duduk.
Sumpah pocong biasanya dilakukan oleh pemeluk agama Islam dan dilengkapi dengan saksi dan dilakukan di rumah ibadah (masjid). Di dalam hukum Islam sebenarnya tidak ada sumpah dengan mengenakan kain kafan seperti ini. Sumpah ini merupakan tradisi tempatanyang masih kental menerapkan norma-norma adat. Sumpah ini dilakukan untuk membuktikan suatu tuduhan atau kes yang sedikit atau bahkan tidak memiliki bukti sama sekali.

Smpah ini dikenal sebagai sumpah mimbar dan merupakan salah satu pembuktian yang dijalankan oleh pengadilan dalam memeriksa perkara-perkara perdata, walaupun bentuk sumpah pocong sendiri tidak diatur dalam peraturan Hukum Perdata dan Hukum Acara Perdata. Sumpah mimbar lahir kerana adanya perselisihan antara seseorang sebagai penggugat melawan orang lain sebagai tergugat, biasanya berupa perebutan harta warisan, hak-hak tanah, hutang-piutang, dan sebagainya.

Dalam suatu kes perdata ada beberapa tingkatan bukti yang layak diajukan, pertama adalah bukti surat dan kedua bukti saksi. Ada kalanya kedua belah pihak sulit menyediakan bukti-bukti tersebut, misalnya soal warisan, turun-temurunnya harta, atau hutang-piutang yang dilakukan antara almarhum orang tua kedua belah pihak beberapa puluh tahun yang lalu.

Bila hal ini terjadi maka bukti ketiga yang diajukan adalah bukti persangkaan iaitu dengan meneliti rentetan kejadian di masa lalu. Bukti ini agak rawan dilakukan. Bila ketiga macam bukti tersebut masih belum cukup bagi hakim untuk memutuskan suatu perkara maka dimintakan bukti keempat iaitu pengakuan. Mengingat letaknya yang paling akhir, sumpah pun menjadi alat satu-satunya untuk memutuskan sengketa tersebut. Jadi sumpah tersebut memberikan kesan langsung kepada pemutusan yang dilakukan hakim.
Sumpah ada dua macam iaitu Sumpah Suppletoir dan Sumpah Decisoir. Sumpah Supletoir atau sumpah tambahan dilakukan apabila sudah ada bukti permulaan tapi belum boleh meyakinkan kebenaran fakta, kerananya perlu ditambah sumpah. Dalam keadaan tanpa bukti sama sekali, hakim akan memberikan sumpah decisoir atau sumpah pemutus yang sifatnya, menyelesaikan perkara. Dengan menggunakan alat sumpah decisoir, putusan hakim akan semata-mata tergantung kepada bunyi sumpah dan keberanian pengucap sumpah.

Agar memperoleh kebenaran yang hakiki, kerana keputusan berdasarkan semata-mata pada bunyi sumpah, maka sumpah itu dikaitkan dengan sumpah pocong. Sumpah pocong dilakukan untuk memberikan dorongan psikologis pada pengucap sumpah untuk tidak berdusta.
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved