Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Bandar Yang Bakal Tenggelam Di Malaysia Pada Tahun 2020!!

on Monday, 17 September 2012





Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

TUKAR BENDERA !!! MEDIA INDONESIA MEMBELASAH DAN PERLEKEH JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???

on Wednesday, 5 September 2012



Penulis agak terganggu setelah menerima kiriman sms dari rakan media di Indonesia yang secara sinikal menggambarkan rakyat negara ini lebih mendambakan negara jiran Indonesia berbanding dengan tanah tumpah darah.Dalam sms tersebut,rakan penulis ini mencuit dengan suatu sindiran berbaur nakal "ngapain ada krisis jiwa nasionalisme dikalangan kamu".Lantas turut memberikan dua pautan agar penulis membaca dengan kesabaran sindiran secara tidak langsung dari media di Indonesia terhadap jati diri rakyat Malaysia.



Penulis faham dengan mesej yang hendak disampaikan oleh rakan media dari Indonesia ini.Mesej yang sangat mudah difahami dengan akal yang cukup waras patriotisme dan kenegaraan yang telah pudar dikalangan jiwa golongan muda di negara ini.Rakyat perlu memahami mengapa banyak pihak di luar amat mencemburui kemakmuran Malaysia.Mustahil jutaan rakyat Indonesia sanggup meredah lautan untuk mencari makan dan rezeki disini jika tidak kerana kemakmuran negara.Ironinya,rakyat Indonesia yang sememangnya tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap Malaysia ini turut dikongsi semangat 'Malingsia' oleh golongan muda di negara ini yang hilang pertimbangan akal yang waras.Penulis faham dengan berita yang disensasikan oleh pengamal media di Indonesia.Persaingan disana cukup sengit dalam melariskan berita agar mampu menarik minat pembaca.Namun begitu komen para pembaca dari dua pautan ini,merdeka.com dan lensaindonesia.com nyata mengguris hati penulis sebagai rakyat yang cintakan tanah airnya.

trxata... krisis jiwa nasionalisme d kalangan generasi muda,bkn hx trjadi di indonesia......piiiis! ada temanx...

Itu kan Bendera Singapura? Cuma diganti bulan bintang nya jadi bulan matahari. Weleh weleh, maling lagi nih. Sebelumnya pake bendera Amerika Serikat diganti bintang-bintang nya jadi Bulan matahari

Yach Wajar lah kalau mrk jiplak2 bendera negara tetangga, Krn Malaysia bebas dr Inggris juga tdk melalui tetesan keringat dan darah.., mrk merdeka atas pemberian Inggris.

kasihan ya ga punya ide buat design bendera negaranya sendiri, akhirnya jiplak 90% dari bendera negara lain.

waduhh... lagi lagi malaysia berulah lg... sepintas niru punya negara singapura, hanya dirubah aja jd bulan matahari....

Malaysia,,,, MALing Asli Yang selalu SIAl.

klo begitu siap2, aja nanti banyak yg protes bendera kita dibajak malingshit..


Cukup jika penulis hanya memaparkan sebahagian dari komen dan reaksi rakyat Indonesia memperlekehkan jati diri rakyat Malaysia yang tidak berbangga dengan bendera kebangsaan Jalur Gemilang.Namun apa yang paling memeranjatkan penulis adalah komen yang datangnya dari rakyat Malaysia, ini yang dicatatkan dalam ruangan komen di laman merdeka.com.

sumber: Badut Rakyat

Menepati Janji - Satu Perlambangan Patriotisme

on Friday, 17 August 2012



RAKYAT yang mindanya telah Merdeka mempunyai tekad untuk maju ke hadapan dan pasti mempunyai ciri kesucian hati yang mahu sentiasa menepati janji untuk negara.

"Jika janji tidak ditunaikan, kita adalah pembohong," inilah teguran pedas tokoh budayawan dan veteran politik negara Tan Sri Abdul Aziz Tapa ketika merungkai pendapatnya mengenai nilai murni itu.

Baginya setiap manusia terikat dengan tanggungjawab menepati janji, daripada peringkat pemimpin hinggalah pengemis.

Lagipun, jelas beliau, sikap menepati janji itu sendiri bukan perkara baru, ia merupakan nilai murni yang lama sinonim dengan budaya masyarakat kita.

Justeru, apabila pemimpin melakukan perkara bersesuaian dengan janji yang pernah dilaungkan seketika dahulu, janganlah ia dikaitkan semata-mata untuk memancing kuasa sebaliknya perlu dilihat daripada perspektif nilai kemasyarakatan yang luas.

Parameswara, putera dari Sumatera, misalnya menabur pelbagai janji dan harapan kepada pengikutnya sehingga mereka sanggup meredah hutan belantara, mengadai nyawa bertempur dengan lanun dan haiwan buas untuk bertakhta di Melaka.

Kepercayaan pengikut terhadap pemimpin itulah yang memangkin kejayaan dan perkembangan Kesultanan Melayu Melaka sehingga menjadi empayar yang kaya dan digeruni selama beberapa generasi.

DEDIKASI MERDEKA

Seperti ramai pejuang anak bangsa lain yang kini warga emas, pejuang kemerdekaan dari Jasin ini telah melalui ribuan perit getir demi masa depan anak bangsanya.

Kedutan di wajah berusia 89 tahun itu antara lain menjadi saksi perjalanan hidup sebagai askar sukarela di zaman perang dunia kedua sehingga berdiri sebagai pejuang kemerdekaan sejak tahun 1946 bersama Dato' Onn Jaafar dan pemimpin yang lain.

Dedikasi perjuangan beliau dalam menjulang anak bangsa dan budaya Melayu, kesetiaan terhadap parti pembela nasib orang Melayu iaitu UMNO, dan kesucian hati menongkah arus mempertahankan budaya sama sekali tidak boleh dipertikai atau dijual beli.

Menegur generasi selepas Merdeka supaya lebih bertanggungjawab dalam mempertahankan kemerdekaan negara, beliau lancar mengucapkan dua rangkap pantun yang dinukilnya,

'Dari Melaka pergi ke Deli,
Ayam berlaga di pasar seberang,
Merdeka tidak boleh dijual beli,
Ia bukan barang sebarang.'

'Ayam berlaga di pasar seberang,
Kepak terkapar patah tajinya,
Merdeka bukan barang sebarang,
Kalau dicabar nyawa padahnya.'

Jelasnya, kemerdekaan negara bukan barang yang boleh dipajak gadai, sebaliknya maruah yang mesti ada dalam diri semua rakyat yang berlindung di bawah panji Jalur Gemilang.

"Jika maruah ini dicabar, seperti perang, maka padahlah pada nyawa kerana semua orang tak kira apa bangsa dan usia wajib bangkit berjuang mempertahankan maruah negara dalam erti kata 1Malaysia yang sebenar," terang beliau bersungguh-sungguh.

TUNAI JANJI

Menyentuh tentang slogan 'Janji Ditepati', Abdul Aziz berpendapat tema pilihan itu amat sesuai dan relevan dinyatakan sebagai tanda kejayaan Merdeka tahun ini.

Ini kerana, kerajaan telah melaungkan pelbagai janji dalam pelbagai kempen sejak sebelum Merdeka lagi, tetapi mereka tidak pernah menghampakan rakyat dalam menepati janji selepas setiap pilihan raya.

"Antara janji kerajaan yang paling penting adalah memastikan aspek keselamatan rakyat, bukan sahaja dalam tempoh setiap lima tahun pemerintahan tetapi untuk puluhan malah ratusan tahun panjang jangka masanya," kata beliau.

Aspek keselamatan diusahakan kerajaan dengan tegas melalui usaha gigih pemimpin negara yang sama sekali tidak dapat ditandingi negara lain terutama banyak negara Arab dan Afrika yang sering dilanda wabak perang saudara.

Mengimbau kenangan kempen sebelum Merdeka 55 tahun lalu, beliau masih ingat Tuanku Abdul Rahman Putra berjanji akan membina jalan raya sempurna merentangi Johor hingga ke Kedah.

Walaupun secara berseloroh beliau menyebut 'saya pun senang mau balik Kedah', janji itu segera beliau tunaikan bersama janji-janji lain selepas Parti Perikatan menang pilihan raya.

CERMIN AKHLAK DAN ETIKA

Selain itu, 'Janji Ditepati' boleh dikira sebagai satu slogan yang cukup patriotik dijadikan tema negara lantaran nilai murni itu mencerminkan akhlak dan etika dalam kehidupan manusia.

Kupasan konsep menepati janji antara negara dan rakyat serta sebaliknya boleh juga ditafsirkan daripada sudut peluang pendidikan sejak awal kemerdekaan ketika rata-rata rakyat dibelenggu kemiskinan hingga ke zaman ini.

Ketulusan pemimpin membangunkan negara cukup terserlah apabila majoriti rakyat berjaya mengecapi kehidupan mewah dalam pelbagai bentuk, tetapi kerajaan masih tidak berhenti memastikan kita berpeluang mendapat pendidikan sempurna.

Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh menunjukkan bahawa kerajaan masih membiayai lebih 80 peratus daripada kos pendidikan di negara ini walaupun kita jauh lebih kehadapan berbanding banyak negara lain.

"Ini adalah prinsip menepati janji yang amat menarik memandangkan ia dilakukan secara berterusan selama lebih 55 tahun tanpa gagal," kata pemegang ijazah falsafah kedoktoran Perancangan Pembangunan daripada Universiti of Bath di United Kingdom.

NIKMAT PENDIDIKAN PERCUMA

Tidak banyak kerajaan di dunia yang menyediakan platform pendidikan percuma, manakala yang ada pun kebanyakannya sehingga tempoh pendidikan asas sahaja.

Beliau sendiri tidak segan mengakui pernah bergantung sepenuhnya kepada bantuan biasiswa kerajaan yang diterima sejak dibangku sekolah hingga ke peringkat ijazah di Monash University dan sarjana di University of Wales sebelum menerima PhD.

Hakikatnya bantuan itu banyak membantu kehidupan rakyat jelata ketika itu, termasuk keluarga beliau sendiri apatah lagi ibunya adalah ibu tunggal yang membesarkan anak-anak secara sendirian selepas kematian bapanya.

"Dulu ramai pelajar cemerlang tetapi yang kurang berkemampuan termasuk saya menerima pembiayaan penuh melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dan jasa itu dihargai melalui sumbangan perkhidmatan dalam kerajaan," jelasnya yang telah berkhidmat sebagai pegawai tinggi kerajaan sejak 1973.

Kalau mengikut umur beliau telahpun bersara tujuh tahun lalu, tetapi beliau masih lagi bersedia menabur jasa dengan ikhlas hati selagi negara memerlukan ilmu dan pengalaman beliau.

"Untungnya, generasi selepas merdeka tidak perlu banyak bersusah payah kerana nikmat kemerdekaan dan peluang yang luas telah dibentangkan oleh generasi terdahulu," kata Mohd Tap.

Untuk generasi zaman ini, tambahnya, kerajaan telah melantik pelbagai agensi untuk menyediakan bantuan pendidikan dalam usaha memastikan anak muda mendapat peluang pendidikan terbaik.

Beliau menyifatkan semua bentuk bantuan yang dicetus kerajaan merupakan satu bentuk kesaksamaan pendidikan sama rata yang membolehkan pelajar miskin berpeluang mendapat pendidikan setinggi yang boleh, sama seperti golongan kaya.

Bantuan ini termasuk Yayasan Pendidikan Mara, dan agensi lain yang menyediakan laluan pendidikan luar negara dalam pelbagai bidang selain pelbagai tabung pendidikan khas seperti PTPTN.

JANJI BAYAR BALIK PTPTN

"Menggunakan dana tabung itu sendiri telah mengikat pelajar dengan janji dan menjadi tanggungjawab peminjam untuk menepati janji melalui pembayaran semula dengan segera apabila mula bekerja," kata Mohd Tap.

Baginya, membayar pinjaman bukan sahaja merupakan sifat menepati janji yang murni tetapi satu tindakan patriotik mulia yang boleh dilakukan generasi kini.

"Wang pembayaran balik itu akan diguna semula membantu generasi seterusnya mendapat pendidikan terbaik dan ini secara tidak langsung menjana pembangunan sosio-ekonomi anggota masyarakat," jelas beliau.

Hakikatnya kebanyakan peluang pendidikan negara masih lagi percuma, malah peminjam PTPTN yang cemerlang dalam akademik berpeluang pula menukar pinjaman menjadi biasiswa.

Lantas, beliau berharap agar semua lapisan masyarakat yang pernah menerima bantuan pendidikan menunjukkan rasa syukur dan penghargaan dengan kembali berjasa menabur bakti kepada masyarakat dan negara.

"Sumbangan balik kepada negara dalam sebarang bentuk mengikut bakat dan kebolehan adalah bentuk patriotisme paling tepat untuk generasi selepas merdeka.

"Pendek kata, patriotisme hari ini bukan lagi bermakna berperang malah ia tidak ada kaitan dengan politik, sebaliknya ia merupakan satu semangat kebangkitan dalam diri untuk majukan bangsa dan negara," hurai beliau secara mendalam. -BERNAMA

Malaysia juga boleh tenggelam

on Wednesday, 25 July 2012

 
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya.
Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.
“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.
“Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau mengulas kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.
Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.
Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.
Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.
Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, langkah terbaik untuk memperlahankan pencairan ais di Greenland ialah dengan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan pemanasan global.
Sementara itu, Pakar Oseanografi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus pula memberitahu, peningkatan paras air laut akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah di negara ini dinaiki air dan banjir kilat berlaku lebih kerap.
“Kawasan rendah yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini berkemungkinan berlaku banjir dan proses untuk air surut akan mengambil masa lebih lama,” jelasnya.
Menurut Kamaruzaman, kecairan ais yang berlaku dan kesannya kepada negara ini adalah berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh pembuangan sisa industri yang tidak dikawal, pembebasan karbon dioksida (CO2) dan pertambahan penduduk manusia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Yap Kok Seng pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang memantau perkembangan di Greenland serta akan mengkaji kesan fenomena itu terhadap Malaysia.

Senarai Blogger Wanita Tercantik Di Malaysia

on Tuesday, 10 April 2012

Senarai Blogger Wanita Tercantik Di Malaysia
Jangan salah sangka, segmen ni cuma sekadar memperkenalkan mereka kepada dunia blogging di Malaysia. Bukannya segmen cari jodoh, lagipun bukan semuanya masih single & kalau single pun belum tentu lagi diorang boleh sangkut ngan korang! Muahahaha.







Lyssa Secret – www.lyssasecret.com












Nathrah/CaMca Dan Garfu - http://camcagarfu.blogspot.com

























Liyana Mardiana - http://www.dangobunny.com



Mandi Bunga Ais Semakin Popular Di Malaysia

on Friday, 6 April 2012

BANYAK mitos di sebalik amalan mandi bunga untuk bakal pengantin. Selain pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti penyediaan tujuh jenis bunga, ia juga mesti dilakukan pada waktu malam khususnya semasa bulan mengambang.

Namun, amalan mandi bunga kini sudah berubah. Ia boleh dibuat pada bila-bila masa malah kaum Adam juga ramai yang menyukainya. Apa yang lebih menarik, mandi bunga sambil tubuh dilitupi kedinginan ais mula popular di Malaysia.



Kaedah mandi bunga ais itu turut dipopularkan oleh syarikat Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd. yang berpejabat di Shah Alam, Selangor, sejak tahun 1999 lagi.

Menurut pengamal perubatan alternatif yang juga antara pengendali perkhidmatan itu, Rahim Zainal Abidin, 44, kaedah itu menggunakan pati tujuh jenis bunga yang digabungkan dalam satu produk dikenali Full Moon Aromaterapi Seri Wajah.
“Mandi bunga ini tidak melibatkan penggunaan kelopak bunga segar seperti zaman dahulu. Apa yang diperlukan ialah pati tujuh jenis bunga termasuk bunga ros putih dan merah serta campuran madu,” kata Rahim.

Tambah beliau, penggunaan ais pula adalah untuk menyegarkan tubuh.



“Ais memang sejuk tetapi apabila sudah biasa, seseorang tidak akan menghadapi masalah,” ujarnya kepada Jurnal.

Tambah beliau, mandi bunga cara moden itu tidak bergantung pada bulan mengambang bagi memperoleh kebaikannya.

Mandi bunga ais dimulakan dengan mengisi penuh tab mandi dengan air. Kemudian bahan seperti kapur, sulfur, belerang dan garam dimasukkan dalam kuantiti tertentu.

Kiub ais


Selepas itu pelanggan yang sekadar memakai pakaian dalam akan masuk ke dalam tab mandi berkenaan.

“Keadaan di dalam bilik mandi ini selamat dan privasi bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita,” tegas Rahim.

Selepas pelanggan berendam di dalam tab mandi barulah ketulan ais dimasukkan sedikit demi sedikit.

“Kebiasaannya sebanyak 15 kilogram kiub ais disediakan untuk sekali mandi tetapi secara purata di antara lima hingga tujuh kilogram sahaja yang digunakan.

“Dengan ais sebanyak itu, pelanggan selalunya menggigil kesejukan terutamanya bagi yang pertama kali mencuba,” beritahu Rahim.

Proses mandian itu mengambil masa selama 20 minit dan beberapa titik pati bunga diperlukan.


“Ramai pelanggan mengatakan badan mereka menjadi lebih segar manakala wajah mereka lebih berseri selepas mandi,” katanya.

Menurut Rahim lagi, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau ialah ada pasangan bakal pengantin yang bergurau mengatakan mandi bunga itu membuatkan mereka lebih yakin untuk berhadapan dengan tok kadi semasa majlis akad nikah nanti.
“Bagi lelaki pula mereka menjadi lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk berkahwin,” cerita Rahim sambil ketawa.

Realitinya, bukan sekadar wanita yang gemar mandi bunga tetapi kaum Adam juga menunjukkan minat yang sama.


Bau badan


“Kira-kira 30 peratus pelanggan yang memilih pakej mandian bunga kami terdiri daripada golongan lelaki. Malah, ada yang datang dari negara sejauh Lebanon, Singapura dan Indonesia,” katanya.

Bagi seorang pelanggan, Nur Farhana Mohd. Fuzi, 26, beliau mengamalkan mandi bunga di pusat terapi alternatif itu sejak berkahwin pada umur 19 tahun.

Beliau yang sudah dikurniakan seorang cahaya mata masih kelihatan seperti seorang anak dara. Penampilan Farhana tidak menggambarkan usia sebenarnya.


“Badan saya juga berasa segar dan kurang penat walaupun saya sering bekerja sehingga lewat malam. Malah, suami juga mengatakan bentuk badan saya tidak banyak berubah, sama seperti mula-mula berpacaran dahulu,” katanya.

Farizah Suhaimi, 24, yang akan berkahwin tidak lama lagi percaya mandi bunga mampu menambah seri pada wajahnya.

“Perkahwinan seboleh-bolehnya dijalani sekali sahaja dalam seumur hidup, jadi kita inginkan yang terbaik semasa majlis perkahwinan,” komen beliau.

Kru Jurnal sendiri sempat merasai pengalaman mandi bunga ais itu. Baru beberapa minit merehatkan badan di dalam tab mandi yang penuh ais itu, badan sudah menggigil kesejukan.

Bagaimanapun, selepas 20 minit tubuh menjadi lebih selesa dan bau busuk badan tiada lagi.
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved