Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Beginilah Pakaian Seragam Sekolah Di Thailand Yang Hot Lagi Seksi!!!!

on Saturday, 20 October 2012

Di Jepun, seragam sekolah baru dilaksanakan apabila para pelajar memasuki jenjang Sekolah menengah. Seragam sekolah di Jepun, khususnya para pelajar perempuan amat sexy.

Dan gilanya, walau mereka berpenampilan amat sexy, pihak sekolah tidak melarang dan bahkan malah menyokong kerana merupakan kebebasan berekspresi. Alasan pihak sekolah, asalkan masih dalam batas-batas kesopanan dan tidak kasar maka tidak dilarang. Demikianlah yang diceritakan seorang rakan yang menetap di Jepun.

Nampaknya, polisi tersebut juga diterima oleh salah satu negara ASEAN, iaitu Thailand. Pakaian para pelajar perempuan di Bangkok tidak kalah sexy-nya dengan yang biasa dilihat di Jepun.







Gambar!! Sekitar 1400 kereta honda dimusnahkan di Thailand

on Sunday, 30 September 2012


Kilang membuat kereta Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan menghancurkan sekitar 1.400 unit kereta yang rosak akibat banjir di Thailand. Honda juga memiliki dua kilang di Ayutthaya yang terendam banjir dalam waktu lama sehingga menyebabkan kerosakan serius.

Pengumuman ini disiarkan oleh Honda Motors untuk menepis adanya spekulasi bahawa Honda akan memperbaiki kereta-kereta yang rosak akibat banjir dan menjualnya di pasaran setempat atau luar negara sebagai kendaraan baru.
Spekulasi ini menimbulkan kekuatiran di kalangan pengguna dan untuk itu Honda Automobile (Thailand) meyakinkan pelanggangnya bahawa kendaraan yang rosak terendam banjir akan dihancurkan.










Gila!!Lelaki Pelihara Enam Harimau Di Bumbung Apartmen Ditahan

on Wednesday, 12 September 2012


BANGKOK: Seorang lelaki ditahan dan didakwa memelihara enam ekor harimau secara haram di atas bumbung sebuah bangunan apartmen di pinggir bandar raya ini, semalam.

Penahanan itu dibuat selepas polis melakukan serbuan terhadap rangkaian sindiket penyeludupan harimau terbesar di negara itu. Polis Perhilitan mendapati empat harimau dewasa dan dua harimau anak harimau dikurung dalam kurungan berkarat di bumbung bangunan apartmen empat tingkat di kawasan penempatan di Pathum Thani.

Polis berkata, penjaga bangunan apartmen itu memberitahu dia memiliki haiwan berkenaan, tetapi hanya dibenarkan untuk memelihara dua daripadanya.

Surasak Bunthienthong, 28, sebelum ini pernah didakwa kerana memiliki haiwan spesies terancam secara haram.

Pegawai polis bertugas, Leftenan Kolonel Adtapon Sudsai berkata, siasatan mendapati apartmen itu adalah lokasi transit untuk jual beli harimau di negara itu di mana harimau dijual secara haram untuk kulit, organ dan taringnya.

Cucu Pengasas Red Bull Pandu Ferrari Langgar Polis!!

on Tuesday, 4 September 2012


BANGKOK - Seorang cucu pencipta minuman bertenaga Red Bull disyaki memandu sebuah kereta Ferrari yang melanggar dan membunuh seorang anggota polis di sini sebelum dia melarikan diri.
Polis menahan cucu pencipta Red Bull itu, Vorayuth Yoovidhya untuk disoal siasat semalam.
Dia ditahan selepas terdapat titisan minyak kereta tersebut yang bocor dilihat berada di atas jalan menuju ke kediaman datuknya, Chaleo Yoovidhaya di kawasan perumahan mewah.
Seorang pegawai kanan polis, Leftenan Jeneral Comronwit Toopgrajank menyatakan dia mengambil alih siasatan selepas seorang pegawai polis berpangkat rendah cuba untuk menyembunyikan jenayah tersebut dengan menampilkan seorang suspek palsu.
Comronwit sendiri mengetuai satu pasukan pegawai polis untuk mencari kereta tersebut di pekarangan rumah datuknya itu.
Pasukan pegawai polis itu kemudian merampas sebuah kereta Ferrari berwarna kelabu gelap dengan bampar depan kenderaan tersebut kemik.

Anggota polis yang terbunuh itu ialah Sarjan Mejar Wichean Glanprasert, 47.
Wichean terbunuh semasa dia melakukan rondaan bermotosikal menjelang subuh.
Media Thailand melaporkan kereta tersebut mengheret Wichean sejauh beberapa meter ketika Ferrari tersebut bergerak laju ke kawasan perumahan itu.

Comronwit berkata, dia menggantung pegawai polis yang cuba untuk menyembunyikan identiti pelanggar Wichean dengan melakukan penipuan dalam siasatan.
"Seorang anggota polis telah mati. Saya tidak boleh membiarkan ia terjadi. Jika saya membiarkan kes itu diteruskan (kes menampilkan suspek palsu), saya lebih rela berhenti (kerja).
"Saya tidak kisah betapa berpengaruhnya mereka (keluarga pencipta Red Bull).
"Jika saya tidak dapat lelaki yang sebenar (pelaku jenayah itu), saya akan meletakkan jawatan," kata Comronwit.
Vorayuth berdepan dakwaan menyebabkan kematian kerana memandu secara cuai dan melarikan diri daripada ditangkap polis.
Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$15,900 (RM78,511).
Vorayuth mengaku dia memandu kereta sport berwarna kelabu itu tetapi menyatakan anggota polis tersebut mencelah di hadapan kenderaannya dengan tiba-tiba, kata seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Anuchai Lekbamroong.
Keluarga Chaleo disenaraikan sebagai yang keempat terkaya di Thailand pada tahun ini oleh majalah Forbes dengan kekayaan bernilai AS$4.5 bilion (RM22.22 bilion).
Chaleo meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 80-an.
Dia meninggalkan pewarisnya saham dalam syarikat minuman Red Bull, perniagaan, hospital dan hartanah.
Keluarga itu turut memiliki secara bersama sebuah syarikat yang menjadi pengimport tunggal kereta Ferrari di Thailand. - AP

kelab malam di Thailand terbakar 4 mati!!

on Saturday, 18 August 2012


BANGKOK: Sebuah kelab malam yang popular dalam kalangan pelancong di Thailand terbakar awal semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang mati manakala 20 orang lagi cedera, kata beberapa pegawai.
Beberapa pekerja hospital dan warga asing merupakan antara mangsa dalam kebakaran kelab malam itu, Tiger di Phuket.
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang rentung dari dalam timbunan kelab malam tersebut selepas api berjaya dipadamkan.
"Empat orang disahkan mati. Kami percaya mereka merupakan pelancong asing tetapi ia masih belum dapat dipastikan," kata Timbalan Gabenor Phuket, Chamroen Tipayapongtada menerusi telefon.

SEORANG lelaki melintasi kelab malam Tiger selepas kebakaran dipadamkan.



"Kebakaran berlaku selepas sebuah transformer di kelab malam berkenaan dipanah kilat dengan api merebak ke seluruh premis itu," tambahnya.
Beberapa petugas hospital di resort tepi pantai Patong memberitahu, mereka yang cedera termasuk warga tempatan dan pelancong asing.
"Kami menerima lebih 20 orang yang cedera dalam kebakaran di pub Tiger. Kebanyakan mereka mengalami sesak nafas," kata seorang pekerja hospital itu.
"Dua lagi berada dalam keadaan kritikal akibat tubuh mereka yang teruk melecur," tambahnya.
Menurut petugas berkenaan, mayat empat orang yang terkorban rentung sehingga sukar untuk pihak berkuasa mengecam identiti mangsa. - AF

Warga Britain Rogol Gadis Bawah Umur di Thailand

on Thursday, 29 March 2012

BANGKOK 29 Feb. - Sebuah mahkamah di Thailand, semalam menjatuhi hukuman penjara selama 21 tahun ke atas seorang warga Britain atas kesalahan merogol tiga gadis di bawah umur.

Ketiga-tiga mangsa dipaksa mengadakan hubungan seks oleh salah seorang daripada ibu mangsa tersebut.

Menurut pegawai mahkamah, Stuart Hargreaves Lloyd, 45, didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan tiga gadis terbabit antara 2004 dan Ogos 2010 di beberapa hotel di Bangkok dan di Pattaya.
Katanya, seorang wanita berumur 50 tahun turut dihukum penjara selama 42 tahun kerana memaksa tiga gadis itu termasuk anak perempuannya melacur.sumber
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved