Cara Untuk Menambah Ketinggian Secara Semula Jadi!

on Monday, 24 September 2012



Tubuh yang tinggi lampai tentu menjadi dambaan setiap orang. Kadar pertambahan ketinggian sesorang adalah berbeza dan kita perlu tahu beberapa perkara iaitu faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang kita perlu lakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.

Faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan atau ketinggian seseorang

1. Cukup Gizi.
Pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.
2. Faktor Keturunan
Ini juga dapat menentukan tinggi seseorang. Orang tua yang memiliki ketinggian badan yang ideal memberikan potensi untuk memiliki anak yang juga mempunyai tinggi yang ideal.

3. Hormon
Hormon pertumbuhan berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisma tubuh. Hormon seks, yang terdiri dari hormon estrogen, progesteron dan androgen, bertugas dalam proses pematangan seksual.
Masalah kurang ketinggian yang kadang kadang boleh menjadikan kita kurang keyakinan dan tidak selesa berada di khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak kisah dengan tinggi mereka, ada yang merasakan mereka lebih comel kalau tidak cukup tinggi. Dan untuk yang ingin mengatasi masalah tidak cukup tinggi mereka sebenarnya boleh mencuba senaman yang betul yang mampu meransang pertumbuhan badan kita.
Senaman yang boleh dilakukan untuk meransang kadar pertumbuhan:
1. Stretching
Gerakan meregangkan badan. Sehingga otot dan tulang-tulang punggung tertarik. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan ketinggian.
2. Standing Forward Bend
Gerakan yang mudah tetapi sebenarnya sangat efektif dan ini juga merupakan salah satu cara yang bagus untuk berehat dan merangsang tulang belakang.
3. Downward Facing Dog
Juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana, ini merupakan salah satu gerakan dari senaman yoga dan ianya adalah satu cara yang bagus untuk menambah tinggi melalui peregangan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda.
4. Head to Knee
Kedudukan seperti ini dipanggil Janu Shirshasana dalam istilah yoga ianya cara merupakan cara yang bagus untuk tulang punggung dan meregangkan otot paha belakang (hamstring) anda.
Pastikan tulang belakang anda tetap lurus untuk mendapatkan kesan yang bagus daripada latihan.
5. Swimming
Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
6. Hanging
Salah satu halangan terbesar untuk menjadi lebih tinggi adalah graviti. Kita menghabiskan sebahagian besar hari anda dalam tegak atau kedudukan menegak. Semua graviti sepanjang hari telah memampatkan tulang punggung dan sendi, serta menipiskan tulang rawan dan menjadikan kita lebih pendek.
Semasa bersenam, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita Ini adalah hormon yang kompleks yang meransang tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.
Jadi sesiapa yang rasa nak sangat meninggi boleh lah cuba senaman senaman ini. Mungkin cara ini tidak berkesan kepada semua sebab badan manusia sangat berbeza tapi tak salah kalau nak cuba.

Pertandingan Misai, Janggut Unik Di Perancis



MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin.

Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama.

Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi

Pelajar UKM Bangi, Kekasih Baru Khairul Fahmi 'Apek'?

on Sunday, 23 September 2012


APEK dikhabarkan sering mengunjungi sebuah universiti terkemuka negara iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bertemu dengan seorang gadis yang tidak didedahkan identitinya.

Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan sebelum ini kerap dilanda gossip itu dilaporkan menulis dan bertukar-tukar tulisan manja bersama pasangannya melalui khidmat pesanan Twitter selain bijak menyembunyikan rahsia perhubungan mereka.

Sebelum ini 'Apek' dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang model Leuniey selepas Apek kelihatan tampil sedondon bersama keluarga Liuniey.

Namun kedua-duanya menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa sebaliknya menyifatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa.

Syamsul Yusof Tidak Kekok Berlakon Bawah Arahan Adik


SITUASI berlakon di bawah arahan adik sendiri kadangkala boleh menimbulkan perasaan kekok bagi seseorang pelakon, tapi perkara itu tidak terjadi kepada pelakon dan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

Dia terlibat memegang watak utama sebagai Zek dalam drama bersiri terbaru terbitan Skop Productions, Evolusi KL Drift: The Series, arahan adiknya, Syafiq serta seorang lagi pengarah muda berbakat, Rizal Ashreff.

“Saya tiada sebarang masalah untuk berlakon di bawah arahan adik sendiri, malah saya sebagai abangnya berasa yakin akan kebolehannya untuk mengarahkan drama bersiri walaupun Syafiq tiada pengalaman mengarahkan drama bersiri sebelum ini.

“Selain itu, Syafiq juga merupakan seorang pengarah yang teliti dan rajin dengan kerja yang dihasilkan sementara Rizal juga mempunyai pengalaman serta tahu konsep serta tempo untuk pengarahan drama Evolusi KL Drift ini,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri itu di Perbadanan Filem Malaysia (Finas), semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penerbit, Datuk Yusof Haslam, Pengarah Program RTM, Suhaimi Jamelin dan barisan pelakon drama itu seperti Puteri Sarah Liyana, Norman Hakim, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zach (X-Factor) dan Ridzuan Hashim.

Drama terbabit merupakan adaptasi daripada filem Evolusi KL Drift 1 dan 2 yang pernah diarahkan Syamsul sebelum ini bakal menemui penonton pada setiap hari Khamis bermula 4 Oktober ini di TV2.

Drama 26 episod ini turut diserikan dengan penampilan khas pelakon Aaron Aziz yang membawakan watak antagonis bersama Norman Hakim.

Ia berkisarkan perjalanan hidup Zek yang lahir dalam sebuah keluarga berada dan jiwanya memberontak apabila disuruhnya ayahnya untuk menyambung perniagaan keluarganya kerana minatnya lebih terarah kepada untuk membuka bengkel sendiri dan menjadi seorang mekanik walaupun dia mempunyai kelulusan yang tinggi.

Pelbagai konflik muncul apabila Zek bertemu dengan seorang gadis bernama Tasha (Puteri Sarah Liyana) yang turut berminat dengan sukan permotoran 'drift' selain kemunculan satu kumpulan haram yang diketuai Dino yang sering membuat kacau dalam hidup Zek dan rakan-rakannya.

OTAK KITA MUNGKIN ROSAK SEBAB.....

on Friday, 21 September 2012







1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

Rasulullah SAW & Sebiji Limau





“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Fasha Sandha di China menemani Jejai (4 gambar)





Jejai atau nama penuhnye Rizal Ramli, suami kepada Fasha Sandha telah memenangi perlumbaan kereta
Lamborghini yang berlangsung pada 16 September di GuanDong International Circuit di China

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved