Seorang Gadis di China Jual Pelukan Demi iPhone 5 (Video)

on Monday, 7 January 2013



Kaum muda di China termasuk penggila produk Apple, mereka bersedia melakukan apa saja untuk memilikinya. Jika sebelum ini seorang pemuda di China rela menjual ginjal demi mendapatkan iPad dan iPhone, maka kali ini seorang gadis mungkin menggunakan cara yang lebih bijak?

Di Xiamen, sebuah kota besar di tenggara China, seorang gadis berpakaian gaun hitam dan mengenakan sepasang kacamata hitam sedang berdiri di jalan yang penuh dengan orang ramai. Ia memegang tanda yang bertulis “10 yuan untuk pelukan, untuk mengumpulkan wang demi iPhone 5”.

Gadis itu berjaya menarik perhatian dan dengan cepat dikelilingi pejalan kaki di situ. Dalam waktu sekitar 10 minit ia kelihatan memeluk tiga orang dan seorang pemuda yang mengambil gambar dengannya, kerana ia merasa malu untuk memberinya pelukan.

Berapa lama ia akan mengumpulkan Wang tersebut? kelihatan seperti agak lama, harga yang ditawarkan oleh Apple untuk iPhone di China dimulai pada harga 5.288 yuan (US $849). Ini bermakna dia masih perlu 529 pelukan lagi untuk mencapai tujuannya.

Peristiwa ini menjadi topik pembicaraan yang hangat di jejaring sosial China. Netizen mengutuk gadis itu kerana terlalu materialistik, perlakuannya mungkin akan menjadi contoh buruk bagi anak-anak muda. Tidak peduli apa yang diperlukan, tentu ada cara yang lebih baik dan lebih bagus untuk mengumpulkan wang demi membeli iPhone, daripada menjual organ tubuh, menjajakan seks dan aksi tidak bermoral lainnya.


Penampilan Neelofa Yang Baru 2013

NEELOFA

NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan ‘klise’ itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai.

“Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki,” katanya tersenyum.

Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana.

Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.

Mahu atau tidak, hakikatnya, anak kacukan Melayu, Pakistan dan Arab juga pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang mesra disapa Lofa ini paling laris dan sensasi sepanjang 2012.

Bagai merampas serta-merta daripada ramai pemiliknya sebelum ini, dua tahun berdiri sebagai anak seni sejak awal pembabitannya dalam filem Azura, Lofa tidak sekali-kali lekang terpalit kisah sensasi.

Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian.

“Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghubungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling ‘panas’ tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis.

“Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya,” katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti.

Jelasnya lagi: “Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna.



“Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya.

“Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan,” katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway.

Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah ‘merampas’ cinta pelakon lebih senior daripadanya.

Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan.

“Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!”

Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: “Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat.”

Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman.

“Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini,” katanya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih.

Trivia gosip Lofa
Mulanya pada 2011 Lofa dikatakan merampas aktor Shahz Jaszle daripada Maria Farida selepas hampir setahun menjalin kasih.
Konflik dengan aktres Nur Fazura yang dikatakan bermula dengan hubungan seorang kerabat diraja juga berlanjutan dari tahun lalu hingga adegan sindir menyindir dalam laman sosial twitter.

April 2012 pula, Lofa dikatakan mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 selepas tewas dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Tidak lama selepas itu, Lofa terbabit pula dengan salah faham bersama salah seorang finalis Dewi Remaja juga pelakon, Anzalna Nasir. Bukan saja mendapat liputan meluas media, malah perselisihan faham itu berlanjutan hingga kes saman menyaman dan sesi mohon maaf terbuka.

Lofa sekali lagi dikatakan tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan Anzalna dan tidak mahu bergambar bersama.

Menegur kru produksi Nona yang lambat lebih sejam menerusi twitter dan sekali lagi mempersoalkan pakaian untuk program yang sama turut disalah tafsir hingga ada yang beranggapan kononnya Lofa sudah besar kepala.

Kisah cintanya dengan aktor juga pengarah dan penerbit, Hans Isaac sudah menjadi bualan harian dan terbaru, mereka dikatakan bercuti bersama di Koh Sa Mui, Thailand namun dinafikan kedua-duanya.

Isu seksi di ABPBH, pembedahan hilangkan parut di dahi, kisah kelakar betisnya juga diambil serius dan terbaru, konflik dengan seorang pereka fesyen yang mendakwa serik bekerja dengannya menambah lagi ‘panas’ pada nama Lofa.

Pencapaian Lofa

Rangkaian perniagaan milik keluarganya, Bella Vita makin maju apabila Lofa mengesahkan ingin menambah cawangannya tidak lama lagi.

Selain menjadi jurucakap Avon dan King Koil, Lofa turut terpilih menjadi wajah rasmi jenama jam U2.



2012 turut menyaksikan wajahnya mewarnai banyak papan iklan di sekitar pantai timur apabila menjadi wajah rasmi siri jelajah Petronas.

Gadis yang peramah dan rendah diri ini menerima pula tawaran Tune Records milik AirAsia untuk menjadi penyanyi di bawah naungan mereka pula.

Pernah membintangi drama Kasih Najihah, Kitab Cinta, Jiwa dan Lara, Lofa turut akan tampil dalam beberapa projek khas dan filem pada 2013 termasuk Lemak Kampung Santan.

Kontraknya bersama program Nona disambung setahun lagi dan kini wajahnya pula muncul di Astro dengan mengendalikan program gosip hiburan, MeleTOP.
Tahun ini Lofa akan mengikat dua lagi kontrak dengan produk antarabangsa, beberapa filem dan drama siri, namun semuanya masih dalam perbincangan.

sumber: http://www.blogzaim.com

YOGA VERSI YAHUDI : HALAKHAH COMPLIANT (12 GAMBAR)

Di Malaysia, terdapat fatwa yang mengharamkan Yoga dilakukan oleh muslim. Ini adalah kerana Yoga dikatakan mampu merosakkan akidah umat Islam. Di Ramat Beit, Jurusalem terdapat sebuah studio yoga khas untuk penganut Yahudi ortodoks. Di sini Yoga yang dilakukan memenuhi kehdendak hukum syara' Yahudi yang dikenali sebagai Halakhah. Tidak ada percampuran diantara lelaki dan wanita disini dan elemen-elemen Hindu yang boleh merosakkan akidah Yahudi dan mencintai Yahweh tidak damalkan.



Rumah di jadikan Kandang Babi (8 Gambar)

Pepatah inggeris ada berkata "bilik kau kotor macam kandang babi".  Kewujudan babi ini hanya disedari selepas jiran tetangga menyedari rumah babi ini berbau busuk sangat. Pihak perbandaran melakukan pemeriksaan dan terkejut dengan apa yang mereka temui.

Selain seekor babi rumah ini juga dipenuhi dengan barangan lusuh. Pihak perbandaran yang juga merupakan tuan tanah kini mencari penyewa yang sudah melarikan diri ini. Mereka mahu beliau menanggung kos baik pulih yang mungkin mencecah GBP 15 000.


Pameran Lukisan 3D Yang Hebat Dunia Di China (15 Gambar)

Bagi peminat lukisan 3D, anda pasti tak nak lepaskan peluang untuk melawat pameran 3D di sebuah shopping mall sekitar Tianjin China. Semua lukisan di Tianjin ini menggunakan teknik yang dipanggil anamorphosis. Ramai orang melawat ke pameran ini begitu tertarik dan menyatakan pameran ini bukan sahaja kreatif tetapi juga menghiburkan mereka.



Cara Untuk Tanggalkan Pelekat Iklan yang Berkeliaran di China (11 Gambar)

Cara Untuk Tanggalkan Pelakat Iklan yang Bekeliaran di China
Teknik ini digunakan di China, rasanya di Malaysia kita patut buat benda yang sama. Memang tidak dinafikan pelekat iklan sebegini telah mencacatkan permandangan bandar kita terutamanya di lampu isyarat atau tepi jalan.



5 Negara Paling Bahaya Untuk Wanita



Afghanistan

Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India

Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

Siapakah Lelaki Di Sebalik Maskot ALONG? (4 Gambar)

Bagi mereka yang lahir tahun 80an dan 90an. pasti familiar dengan rancangan kucing yang boleh bercakap iaitu ALONG. Along ni ada adik dua orang adik iaitu Angah dan Achik. Kalau dulu setiap kali rancangan ni nak start mesti dah ready awal-awal depan TV tunggu Siti Sifir keluar.. Memang legend la rancangan nih... Tapi kali ni nak cerita siapakah yang mamakai maskot Along nih?

Mungkin ada yang dah tau dan mungkin ramai jugak yang tak tahu. Lelaki disebalik maskot Along ni tak lian tak bukan ialah pelakon yang famous dgn filem Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy.








6 Tempat Yang Dilarang Untuk Menyimpan Telefon Bimbit Anda



Contohnya telefon bimbit anda hilang, rosak dan bahkan boleh saja menganggu kesihatan anda. Sebaiknya juga anda mengetahui di manakah tempat yang tidak sesuai diletakan telefon bimbit anda. Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat yang kurang sesuai jika anda ingin menyimpan telefon bimbit anda.

1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar
Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.

2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.

3. Dilarang Dekat Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.

4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer
Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.

5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.

6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci
Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.

KERETA KABEL DENGAN HIASAN DALAMAN BMW 7 SERIES

Syarikat pengeluar kereta kabel Leitner bekerjasama dengan BMW bagi menghasilkan kereta kabel Sigma Diamond yang mempunyai hiasan dalam sebuah BMW 7-series. Sigma Diamond mampu memuatkan dua penumpang dengan selesa serta mewah dengan kerusi kulit, sistem audio BMW serta gelas champagne berjenama BMW. Buat masa ini Sigma Diamond hanya digunakan di resort ski Hochzillertal Austria.



Jutawan Boring Hidup Mewah Jadi Tukang Sapu

on Sunday, 6 January 2013


Seorang jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang sapu semata-mata untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai 17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China. 

Namun begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang sibuk di bandar Wuhan, China.

"Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada," kata Yu.

Tegasnya, dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anak-anaknya bahawa menjadi orang kaya dan tidak perlu berbuat apa-apa adalah perkara yang mudah. "Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka masa yang panjang."

Kedua-dua anak Yu memperoleh pendapatan bergaji. Anak lelakinya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan bulanan kira-kira RM987 manakala anak perempuannya memperoleh gaji kira-kira RM1,480 dengan pekerjaan yang tidak menentu. Yu sendiri memperoleh pendapat bulanan kira-kira RM641 sahaja. Yu mula bekerja sebagai tukang cuci kira-kira satu dekad dahulu selepas bosan dengan gaya hidup yang penuh dengan kemewahan .

Video Lelaki Curi Galaxy Tab Di Johor





Klip video di bawah menunjukkan betapa ‘mudahnya’ seorang lelaki melarikan komputer tablet Samsung Galaxy Tab dari sebuah pasar raya di Johor Bahru, Johor.

Pada mulanya dia berlagak seolah-olah hendak melihat gajet yang dimaksudkan.

Ketika dia merasakan yang jurujual wanita itu terleka, dia mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan peralatan tersebut.
Mudah bukan?
Ini menunjukkan yang penjenayah adakalanya tidak memerlukan sebarang peralatan canggih untuk melakukan perbuatan mereka, hanya memerlukan sedikit RUANG DAN PELUANG sebelum melaksanakan ‘misi’ yang diharapkan.

Apa yang kita boleh belajar daripada kejadian ini?


MAKAN API DAN KACA DENGAN MUKA SELAMBA

benda nie berlaku di Haiti..mungkin ini salah satu cara bro nie mendapatkan duit dengan melakukan persembahan yang brutal nii...













sunber: http://cahayaair.blogspot.com
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved