Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Datuk Jadi Sensasi Internet Kerana Pakai Pakaian Cucu Perempuan (4 Gambar)

on Tuesday, 30 July 2013

Seorang datuk yang berusia 72 tahun, Liu Xianping telah tolong cucu perempuannyauntuk menjadi model pakaian. Semua pakaian yang Liu pakai adalah dari kedai cucunya sendiri. Setiap gambar modelling Liu yang diambil telah disebarkan luas dalam Weibo dan kini telah menjadi sensasi di internet. Selain itu, sambutan di kedai pakaian cucunya bertambah baik dan diakaun diberikan untuk mereka yang membeli pakaian pilihan Liu.





Van Penjual Susu Segar Yang Kreatif Bergerak Di China (3 Gambar)

Van Penjual Susu Segar Yang Kreatif Bergerak Di China. Ini adalah salah satu cara orang China menjual susu segar..



Proses Menjadikan Anjing Sebagai Makanan Di China (10 Gambar)

on Tuesday, 7 May 2013


Di China, tidak pelik jika anjing dijadikan sebagai makanan kerana permintaannya cukup tinggi. Mungkin rasa dagingnya sangat sedap? 


Anjing yang masih hidup dipukul sehingga mati kemudian direndam di dalam air panas untuk memudahkan proses membuang bulu. Setelah bulu habis dibuang, sekali lagi ianya direndam untuk dibersihkan. Sesudah itu, anjing dipotong untuk mengeluarkan segala kandungan yang ada di dalam badan. Selesai semuanya, anjing tersebut akan dijemur dan dikeringkan. Jadilah ia Ikan kering versi CHINA.



Lagi gambar after the break~


Seorang Gadis di China Jual Pelukan Demi iPhone 5 (Video)

on Monday, 7 January 2013



Kaum muda di China termasuk penggila produk Apple, mereka bersedia melakukan apa saja untuk memilikinya. Jika sebelum ini seorang pemuda di China rela menjual ginjal demi mendapatkan iPad dan iPhone, maka kali ini seorang gadis mungkin menggunakan cara yang lebih bijak?

Di Xiamen, sebuah kota besar di tenggara China, seorang gadis berpakaian gaun hitam dan mengenakan sepasang kacamata hitam sedang berdiri di jalan yang penuh dengan orang ramai. Ia memegang tanda yang bertulis “10 yuan untuk pelukan, untuk mengumpulkan wang demi iPhone 5”.

Gadis itu berjaya menarik perhatian dan dengan cepat dikelilingi pejalan kaki di situ. Dalam waktu sekitar 10 minit ia kelihatan memeluk tiga orang dan seorang pemuda yang mengambil gambar dengannya, kerana ia merasa malu untuk memberinya pelukan.

Berapa lama ia akan mengumpulkan Wang tersebut? kelihatan seperti agak lama, harga yang ditawarkan oleh Apple untuk iPhone di China dimulai pada harga 5.288 yuan (US $849). Ini bermakna dia masih perlu 529 pelukan lagi untuk mencapai tujuannya.

Peristiwa ini menjadi topik pembicaraan yang hangat di jejaring sosial China. Netizen mengutuk gadis itu kerana terlalu materialistik, perlakuannya mungkin akan menjadi contoh buruk bagi anak-anak muda. Tidak peduli apa yang diperlukan, tentu ada cara yang lebih baik dan lebih bagus untuk mengumpulkan wang demi membeli iPhone, daripada menjual organ tubuh, menjajakan seks dan aksi tidak bermoral lainnya.


Pameran Lukisan 3D Yang Hebat Dunia Di China (15 Gambar)

Bagi peminat lukisan 3D, anda pasti tak nak lepaskan peluang untuk melawat pameran 3D di sebuah shopping mall sekitar Tianjin China. Semua lukisan di Tianjin ini menggunakan teknik yang dipanggil anamorphosis. Ramai orang melawat ke pameran ini begitu tertarik dan menyatakan pameran ini bukan sahaja kreatif tetapi juga menghiburkan mereka.



Cara Untuk Tanggalkan Pelekat Iklan yang Berkeliaran di China (11 Gambar)

Cara Untuk Tanggalkan Pelakat Iklan yang Bekeliaran di China
Teknik ini digunakan di China, rasanya di Malaysia kita patut buat benda yang sama. Memang tidak dinafikan pelekat iklan sebegini telah mencacatkan permandangan bandar kita terutamanya di lampu isyarat atau tepi jalan.



[Video] Orang Makan Orang... Serangan 'Zombie' Dalam Komuter!

on Monday, 12 November 2012



Serangan 'zombie' di China semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah rakaman seorang lelaki menggigit penumpang yang berada di sebelahnya di dalam komuter. Mangsa yang sudah berdarah cuma diperhatikan sahaja oleh penumpang2 komuter lain kerana takut mereka juga diserang oleh 'zombie' tersebut!

Saksikan video di bawah...

Isteri Disaman Suami Kerana Melahirkan Anak Hodoh

on Sunday, 11 November 2012




Seorang suami telah bercerai dan menyaman isterinya kerana melahirkan anaknya yang hodoh.

Pasangan tersebut telah dijodohkan atas dasar cinta. Namun sejurus selepas kelahiran bayi mereka, Jian Feng, si suami menyedari bahawa anaknya yang baru dilahirkan benar-benar hodoh. Dia segera menuduh pasanganya itu curang kerana melihat daripada rupa bayi tersebut, memang tiada serupa dengan muka dia dan pasangan.

Lalu isterinya menegaskan bahawa bayi tersebut kelihatan seperti dia ketika sebelum melakukan pembedahan muka. Dia mengaku telah melakukan pembedahan plastik berjumlah $ 100,00 ribu sebelum berkahwin dengan Feng.

Rupa bekas isterinya sebelum dan selepas melakukan pembedahan. Menurut sumber, Feng menyaman isterinya kerana berbohong. Dan keputusannya, mahkamah menjatuhkan hukuman denda terhadap tertuduh sebanyak $ 120,000 ribu.

500 Ekor Kucing Hampir Dijadikan Hidangan!!

on Saturday, 3 November 2012


XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam.

Polis mengarahkan lori terlibat supaya berhenti apabila menyedari kenderaan tersebut memiliki nombor plat luar wilayah.

Mereka kemudian menyoal pemandu lori tentang haiwan yang dibawa selepas terdengar bunyi mengiau dari bawah plastik penutup kargo tersebut.

"Arnab," jawab pemandu tersebut.

Namun, kenderaan itu sebenarnya membawa beratus-ratus ekor kucing yang diletakkan di dalam puluhan sangkar besi.

Sejak beberapa tahun lalu, permintaan daging kucing di selatan China meningkat dengan bekalan haiwan itu diperoleh dari seluruh China.

Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan.

Undang-undang China tidak melarang rakyatnya menjual kucing kerana haiwan itu tidak dianggap sebagai harta benda milik keluarga.

Pencuri kucing biasanya memperoleh bayaran 10 yuan (RM4.90) untuk seekor kucing yang dijual kepada orang tengah.

Berikutan pemandu lori berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, pihak polis membeli kargo tersebut pada harga 3,500 yuan (RM1,723) selepas berunding selama tiga jam dengan pemandu terlibat. - Agensi

Artis WanitaHot!!!! Guna Dress Transparent Di Malam Anugerah China!!!

on Monday, 29 October 2012


Sumber menyatakan artis ini cuba mengambil perhatian orang ramai dan mungkin juga ingin mendapat publisiti.








 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved