Showing posts with label Info Pelik. Show all posts
Showing posts with label Info Pelik. Show all posts

Wanita Digigit Ular Diperap 3 Bulan Dalam Wain

on Tuesday, 17 September 2013

Nasib malang dialami wanita bernama Liu di Shuangcheng, wilayah Heilongjiang, China Utara.
Liu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terkena gigitan ular yang telah pun diawet selama tiga bulan.

Peristiwa ini terjadi ketika Liu hendak membuka botol wain yang telah diisi dengan seekor ular. Ular tersebut memang sengaja dimasukkan untuk membuat ramuan wain yang dipercayai dapat mengubati penyakit rematik.

Awalnya, Liu bercadang untuk menambah alkohol ke dalam botol minuman itu. Malangnya, ular yang dibeli dan dimasukkan ke dalam botol tersebut sejak Jun lalu rupa-rupanya masih hidup.

Akibatnya sebaik sahaja botol dibuka, ular itu langsung melompat dan menggigit tangan Liu.
Ini bukan kali pertama kes sebegini terjadi di China melibatkan ular yang menjadi ramuan wain.

Pada 2009, seorang penduduk di Daerah Hubei digigit ular dalam kejadian serupa manakala pada 2001, seorang penduduk kampung Guangxi Zhuang menemui ajal disebabkan hal ini. – REM RAMZI / MynewsHub

Cara Ekstrem Jurulatih China Mengajar Altlit Gimnastik (4 Gambar)

Memang teruk cara mereka sehingga ada budak yang menangis. Admin rasa ramai daripada budak ini dipaksa oleh ibu bapa mereka. 

Gadis Cantik Ini Yang Terpaksa Menjadi Pemungut Sampah Di China

on Sunday, 15 September 2013

Sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, maka persaingan untuk mendapatkan tenaga kerja di China amat sangat kuat dan sukar. Rupa yang cantik dan menawan belum tentu menjamin seseorang mendapat pekerjaan yang layak di China.

Seperti yang terjadi pada gadis cantik yang tidak mahu disebutkan namanya ketika ditemui oleh seorang kawan di Nanjing. Dia terpaksa menjadi pengutip sisa kerana tidak mendapatkan pekerjaan walaupun dia lulusan sekolah menengah atas

Gambar Wanita Garu Punggung Ini Terjual 2 Juta !

Fotografer Martin Elliot, yang mengambil gambar pemain tenis cewek seksi pada tahun 1976 dan gambar itu telah terjual sebanyak dua juta salinan, telah meninggal dunia di rumahnya, dekat Truro, Cornwall, England.

Dia menderita kanser dan meninggal dalam usia 63 tahun. Isterinya, Noelle, yang bertemu Elliot tahun 1987, menggambarkan awal kehidupan mereka sebagai "gila" kerana mendapat pengiktirafan sdunia berkat gambar tersebut.

"Martin menjual foto itu ke Athena yang kemudian membuatnya dalam bentuk poster, tetapi Martin tetap memegang hak ciptanya. Saya masih mendapatkan royaltinya sampai sekarang," kata Noelle.

Elliot belajar fotografi di Birmingham School of Photography, kemudian bekerja dalam bidang periklanan di Birmingham's Jewellery Quarter. Elliot bersara 11 tahun lalu. "Martin punya selera humor yang menakjubkan dan pelawak yang luar biasa," katanya.

Wanita Ini Menjadi Tumpuan Satu Dunia Kerana Sikap/Pakaian Peliknya

Sesuatu yang pelik jelas kelihatan pada badan wanita ini. Lantaran itu, beliau sentiasa menjadi perhatian setiap kali beliau keluar dari rumah. 

Polis Wanita comel tetap menjalan tugas walaupun hujan lebat

on Friday, 13 September 2013

tengok la polis wanita cantik nih walau pun hujan tetap menjalankan tugas dia..nihh kat china 

Pelajar Dipaksa Cium Cikgu Atau Dicium Cikgu Untuk Lulus Di China (7 Gambar)

on Wednesday, 4 September 2013

Pelajar Dipaksa Cium Cikgu Atau Dicium Cikgu Untuk Lulus Di China.
Seorang cikgu bernama Zhang Runhua dari Sekolah Menengah Tuqiao sekitar Linxia County telah meminta pelajar untuk sama ada menciumnya atau dia menciumnya sebelum mereka boleh lulus. Ramai cikgu lain terkejut dengan insiden itu kerana selama ini mereka tahu yang keputusan dari kelas Cikgu Zhang adalah sangat baik sehingga insiden ini berlaku. Selain itu, pengetua sekolah telah memastikan yang cikgu ini telah digantung kerja sehingga tindakan sewajarnya diambil. 

p/s : admin harap perkara sebegini tidak berlaku di negara kita walaupun admin khuatir ianya juga berlaku...


Duit RM10 Bernilai RM 10K, Ada Dua Wajah Agong

on Tuesday, 3 September 2013

Agak mengejutkan juga bila seorang lelaki dilaporkan menjumpai sekeping duit 10 ringgit dengan dua gambar agong tercetak pada salah satu muka duit kertas itu. Duit RM10 yang unik tersebut dijumpai oleh seorang pensyarah di Institut Perguruan Tawau (IPG), Lim Chee Kah.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan bagaimana note RM10 itu menjadi begitu, mungkin kerana kesilapan akibat percetakan ataupun angkara perbuatan pengguna sendiri.

Timbul juga persoalan sama ada ianya masih sah di perlakukan dengan nilai atau tidak?

SERIUS LOL - OBJEK PALING TAK DISANGKA MENYEBABKAN TAYAR PANCIT

on Monday, 2 September 2013

What?

How the hell did this happened?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Laporan asal Twitter Fa_Fa_Fanadya

[12 Foto] Teka Pekerjaan Harian Gadis Ini

on Wednesday, 28 August 2013

Michaela Weeks (24) bekerja sebagai pengajuk Britney Spears sepenuh masa. Beliau mengenakan bayaran di antara USD 500-5500 untuk berlakon sebagai Britney Spear. Kareer pengajuk selebriti ini mewah dan beliau mampu mempunyai sebuah kerata sports dan dua buah rumah hasil dari kerjaya beliau. Tahun lalu beliau mampu mengumpul USD 500 000 hanya dengan mengajuk. Kareer sebegini ada tak di Malaysia? Kami nak mengajuk jadi Mazidul Akmal sepanjang masa. KAKAKA
Laporan asal Izismile

Manusia Bersayap Dijumpai, Menggemparkan Dunia Maya (FOTO)

on Tuesday, 27 August 2013

Beberapa waktu yang lalu dunia maya Guangzhou (China) di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa.

Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya sosok misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahwa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Begitu cepatnya cerita tersebut beredar, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidiki kebenaran foto yang ramai dibicarakan oleh para pengguna Internet. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahwa Foto ini di buat dengan teknik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanya "SAYAP AYAM"


pandai betul diorang edit..kepak ayam KFC manalah diorang 'belasah' nih....


'Werewolf' Manusia Sebenar Dalam Dunia Realiti

Dia kelihatan seperti ingin bertukar menjadi seekor 'werewolf' tetapi sebenarnya bukan. Bulu lebat pada tubuhnya adalah 'birthmark' lelaki China ini.

#Gillette anyone?

[Video] Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China

Seorang pemuda dari Fuzhou China timur, Daerah Jiangxi mendakwa telah mengambil gambar naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil gambar tersebut semasa dia sedang memandu kereta.

Dia berkata “Saya sedang memandu dan saya melihat orang-orang melihat ke atas, jadi saya berhentikan kereta saya dan melihatnya”

Guan berkata dia melihat naga terbang diatas awan “ia kelihatan seperti 2 ekor naga berenang-renang di langit, atau seperti seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan”

Guan menambah kejadian itu berlaku selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang.

Lihat Video Amatur Yang Sempat Dirakam . . .

Pasangan Kekasih Ini Nyaris Maut Kerana Terlalu Asyik Berhubungan Intim Di Dalam Kereta

on Monday, 26 August 2013

Bagi anda yang mempunyai kebiasaan bercinta di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir kehilangan nyawa kerana kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi
Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk bermadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang. Setelah parkir, mereka pun bermesraan. enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan seperti menyewa di hotel. Ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana tersenggol, butang sudah berpindah ke gear mundur.

Dan sialnya lagi, ketika suasana romantis tersebut pedal tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok. beruntunglah mereka dapat segera mengendalikan kereta dengan menginjak rem, sebelum kereta tersebut jatuh dari bangunan setinggi 18 meter tersebut.

Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, keadaan itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, siperempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta. Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup, ungkap seorang saksi.
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved