Liu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terkena gigitan ular yang telah pun diawet selama tiga bulan.
Peristiwa ini terjadi ketika Liu hendak membuka botol wain yang telah diisi dengan seekor ular. Ular tersebut memang sengaja dimasukkan untuk membuat ramuan wain yang dipercayai dapat mengubati penyakit rematik.
Awalnya, Liu bercadang untuk menambah alkohol ke dalam botol minuman itu. Malangnya, ular yang dibeli dan dimasukkan ke dalam botol tersebut sejak Jun lalu rupa-rupanya masih hidup.
Akibatnya sebaik sahaja botol dibuka, ular itu langsung melompat dan menggigit tangan Liu.
Ini bukan kali pertama kes sebegini terjadi di China melibatkan ular yang menjadi ramuan wain.
Pada 2009, seorang penduduk di Daerah Hubei digigit ular dalam kejadian serupa manakala pada 2001, seorang penduduk kampung Guangxi Zhuang menemui ajal disebabkan hal ini. – REM RAMZI / MynewsHub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment