Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur..

on Monday, 3 December 2012

Haa..Bagi korang yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan" korang tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni..


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.


3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.


4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.


5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.


6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.


7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.


8. Wajah tidak berseri.


9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.


10. Menimbulkan kebencian.



Sumber: GilerKentang

Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya..


p/s: nak pahala ke nak dosa? Pilihan terletak di tangan korang..

Azhar Idrus TERKEDU ditanya pasal Ubat Kuatkn "Anu".

on Wednesday, 31 October 2012



Kalau korang tengok video kat bawah ni, Azhar Idrus pun pening kepala bila ada sorang pendengar ceramah dia tanya pasal ubat nak bagi kuat Anu..

Dan yang lawaknya, si penyoal tu tak malu pulak mengaku dia cepat tewas ketika 'bertempur' dengan 'musuh' ketika di 'medan perang'.. 2 minit je dah TKO ..


Ustaz Azhar Idrus KUTUK Cikgu Shida.. Panas bebb!!!

on Tuesday, 16 October 2012


Sebelum apa-apa, gua nak clearkan disini.., gua tak ada masalah dengan Ustaz Azhar Idrus.., gua juga terhibur dengar keletah Cikgu Shida.., dan gua suka dengar lagu Yuna..

Tapi walau minat macammanapun, yang salah tetap kena tegur jugak kann.. Jangan lah pulak taksub membuta tuli macam pengikut Nik Aziz..

So.., kali ni gua nak sentuh sikit pasal komen Ustaz Azhar Idrus tentang lakonan 'miming' Cikgu Shida didalam Youtube.. Baca kat bawah ni kenyataan dari Azhar Idrus..



Gua setuju bila Ustaz Azhar Idrus kata sebagai seorang pompuan, mereka kena ada rasa malu.. Tak kiralah artis ke.., lawyer ke.., bini Perdana Menteri ke.., kena ada sifat malu beb..

Kalau pompuna tak reti malu.., lawa macam manapun tak guna baii.. Tambahlah yang huduh banget.. Dah la huduh.., tak reti malu pulak tu.. (Tak ada kena mengena dengan hidup dan mati ye..)

So.. sepatutnya Cikgu Shida tu kenalah terima dengan hati yang terbuka.. Orang kata.., bila ada lagi insan yang sudi nasihatkan kita tu.., tandanya masih ada yang sayang..

Janganlah meroyan sangat bila kena tegur.. Kalau teguran untuk kebaikan, apa salahnya ye takk?

Jadi.., jom kita baca luahan hati Cikgu Shida.. Gua prinstcreen khas untuk bacaan korang..

Renung-renungkannn.., dan selamat tidur... Have a sweet dream Maya Karin.. Hehehehe...






Buta Bukan Penghalang Tunai Ibadah Haji.

on Wednesday, 26 September 2012

MADINAH, 22 Sept - Walaupun mengalami cacat penglihatan, namun ia tidak melemahkan semangat seorang jemaah haji Malaysia, Kamal Majid untuk berusaha mendapat haji yang mabrur.

Malah, bagi Kamal, 47, seorang guru tahfiz al-Quran dari Selayang Baru, Selangor berkata kecacatan yang dialaminya itu tidak membataskan beliau untuk menyempurnakan setiap rukun, semasa menunaikan rukun Islam kelima itu.

"

Banyak orang kata, orang macam saya susah di sana (tanah suci) kerana kesesakan lautan manusia, tetapi saya tidak pernah terfikir macam itu dan kerana keinginan saya, tuhan makbulkan doa dan berikan saya pengiring dan pelbagai kemudahan lain," katanya kepada pemberita Malaysia di tempat penginapannya di sini.

Kamal, mengerjakan haji bersama anak saudaranya Mohd Nursyafiq, 18, yang juga bertindak sebagai pengiringnya.

Katanya dengan diiringi anak saudaranya itu, beliau sudah beberapa kali menziarahi makam Rasulullah s.a.w dalam Masjid Nabawi di sini, dan bersolat di kawasan Raudhah masjid berkenaan.

"Dari segi mata kasar, memang sukar hendak melawat makam Rasulullah s.a.w kerana terlalu ramai orang, selain tubuh orang Arab, Iran dan Turki yang besar... begitu juga kalau nak solat di Raudhah.

"Kita ini bertubuh kecil, tetapi dengan kuasa Allah Taala, kami mudah masuk, dengan kerjasama polis yang menjaga... nampak saya dia beri laluan dan tarik saya masuk ke dalam kawasan Raudhah," katanya.

Guru Tahfiz itu turut berpesan kepada jemaah haji Malaysia supaya membuat persiapan secukupnya kerana perjalanan ibadat mereka di Tanah Suci banyak cabaran dari segi fizikal dan mental.

"Saya juga ingin mencadangkan kepada Tabung Haji supaya golongan kurang upaya diberikan pengiring sukarelawan ketika berada di Tanah Suci jika mereka tidak diiringi sanak saudara," katanya.

Beliau juga memuji kecekapan pengurusan Tabung Haji dan meminta jemaah haji lain agar bersyukur dengan apa yang diberikan kerajaan dan Tabung Haji serta bersabar jika menempuh kesulitan, kerana niat untuk beribadat harus menjadi keutamaan.

-- BERNAMA

Info – Mencukur Sebahagian Daripada Rambut Kepala Adalah Haram

on Monday, 24 September 2012


Sekarang ni, fesyen mengayakan rambut dengan cukuran (seperti pada gambar di bawah) sudah menjadi trend dalam kalangan remaja. Kalau kena pada gayanya, memang nampak cool. Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam. Teruskan membaca~



Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.

Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Ayuh sebarkan dan semoga ianya bermafaat.

Rasulullah SAW & Sebiji Limau

on Friday, 21 September 2012





“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Pemindahan Rahim Tidak Bertentangan Dengan Islam - Mufti Perak

on Thursday, 20 September 2012

IPOH, 19 Sept - Pemindahan rahim daripada seorang wanita kepada wanita lain yang memerlukan menerusi pendermaan organ adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


Tan Sri Harussani berkata Pemindahan Rahim
Bertujuan Mendapatkan Zuriat.
Beliau berkata walaupun ketiadaan organ peranakan itu tidak menjejaskan nyawa seseorang wanita, namun hukum menderma rahim bagi membantunya untuk mendapatkan zuriat adalah harus.

"Bagaimanapun dengan syarat rahim itu daripada wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima organ tersebut pula merupakan wanita yang mempunyai masalah rahim.

"Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran," katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Beliau menjadi panel forum anjuran Pusat Sumber Organ HRPB dan Unit Pendidikan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan Datin Dr Fadzilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor dan Pengurus Klinikal Transplan Kebangsaan Dr Muhammed Anis Abdul Wahab.

Pemindahan rahim pertama yang berjaya telah dilakukan Dr Omer Ozkan dan pasukannya di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, Turki pada Ogos tahun lepas terhadap Derya Sert, 22, yang dilahirkan tanpa rahim.

Bagaimanapun, Harussani berkata pemindahan organ itu tertakluk kepada syarat yang digariskan mengikut Islam, antaranya, penderma mesti disahkan telah meninggal dunia, mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan urusan jual-beli.

Beliau juga berkata pendermaan organ, sama ada kepada orang bukan Islam atau sebaliknya, adalah dibenarkan dan perkara itu tidak sepatutnya menimbulkan sebarang salah faham.

-- BERNAMA

Tidur Meniarap Adalah Dilarang!!

on Wednesday, 19 September 2012

Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting untuk merehatkan badan dengan betul.

Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, meniarap dan sebagainya.. Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a’lam

10 PERMINTAAN SYAITAN!





Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syetan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).


9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong

Info- Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

on Sunday, 9 September 2012


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
penawar.com

Sempurnakah Solat Kita??

on Saturday, 8 September 2012



SOLAT yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan sahaja kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan salih.

Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar. Sebab itu, kadang-kala kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya atau rukun dan gerakan solat tidak sempurna.

Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya (tertib).

Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud:

“Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?” Sahabat bertanya: “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Orang yang mencuri dari solatnya.” Sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?” Sabda Baginda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut: 45).Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.

Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah (SAW).

Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah:

“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.

Romantiknya Cinta Rasulullah SAW (Menarik!)

on Friday, 7 September 2012


Adakah kita sebagai suami mahupun isteri mempunyai sifat romantik kepada pasangan? Ketahanan suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan semestinya berpaksikancinta yang dijulang bersama selain bersandarkan kepada cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Perjanjian setia yang dimahkotakan bersama sebelum lafaz ijab dan qabul adalah bukti keabadian cinta pasangan suami isteri biar pun terpaksa menempuh badai ujian yang semestinya akan dilalui,namun ia tetap utuh berdiri.

Pernahkah kita sedari dalam melayari bahtera rumahtangga , tumpuan suri teladan kita semoleknya terarah kepada denai yang telah direntasi oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , biar pun baginda dikelilingi dengan pelbagai tanggungjawab besar menjadi perantara ummah dengan pencipta-Nya , baginda mampu memberikan ruang selesa kepada pasangan – pasangan hidup baginda. Hebat dan agongnya cinta Rasulullah SAW sebagai suami jauh di luar jangkaan pemikiran kita sebagai ummatnya. Walau pun begitu , tidaklah begitu sukar dan sulit untuk kita menjejaki setiap langkah dan contoh yang telah diamalkan oleh baginda dalam kehidupan rumahtangga.

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri tiada yang lebih indah dan romatiknya bila mana suami dan isteri tidak kekok untuk menikmati makanan dari satu bekas atau pun suami memakan makanan lebihan isteri dan sebaliknya , maka itu sudah cukup untuk membuktikan tiada lagi perasaan ‘tiada selera,jijik dan sebagainya’ disebabkan cinta yang ikhlas dan suci sudah pun mantap berpadu. Memanglah tindakan sedemikian tiadalah hinanya jika diamalkan kerana ia juga merupakan amalan junjungan besar Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan bahawa ”Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut”.

Paparan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”

Masyallah,betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri baginda dan ia tidaklah begitu mustahil buat kita sebagai pengikut baginda untuk melakukan perkara yang sama. Dengan pengamalan sedemikian tidak sedikit pun menjejaskan kemuliaan dan ketinggian martabat dan darjat sebagai pesuruh Allah SWT.

Inilah tujuan dan objektif suci Islam menyeru penganutnya supaya memuliakan pasangan dalam erti kata menghormatinya. Tiada apa yang ruginya jika kita semua melakukan perkara sedemikian malah ianya dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan dalam lingkungan rumahtangga sungguh pun sesebuah perkahwinan itu telah mencecah ke usia yang agak lama. Seandainya amalan sedemikian dapat kita jadikan amalan dalam kehidupan berumahtangga maka ia sudah pasti sedikit sebanyakmembantu memperkukuhkan sesebuah institusi perkahwinan dan sekaligus menutup lubang bencana yang membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Pembaca Bertudung Pertama Di Mesir

on Tuesday, 4 September 2012


Mesir : Fatma Nabil menjadi wanita pertama yang bertudung di Mesir menjadi pembaca berita dengan televisyen Channel 1,selepas pihak berkuasa memansuhkan larangan terhadap wanita bertudung daripada membaca berita sejak berdekad-dekad lalu.
Dia muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung berwarna kuning cair dan mula membaca berita semalam.
Keadaan ini sekali gus menunjukkan perubahan dalam pemerintahan di negara itu selepas tumbangnya bekas Presiden Hosni Mubarak.
Bagi stesyen televisyen di negeri-negeri yang masih mengekalkan polisi yang sama pula, tindakan saman telah diambil oleh pembaca berita, dan mereka berjaya menang dalam proses tersebut.
Dalam pada itu, seorang pegawai di sebuah stesyen televisyen, Mohammed Fathi berkata, penampilan Fatma akan memberikan galakan kepada wanita lain yang bertudung untuk menceburi bidang penyiaran.
Sebelum ini, wanita terbabit tidak dapat membaca berita dengan memakai tudung kerana bimbang kehilangan pekerjaan.
Perubahan itu berlaku selepas rejim Hosni ditumbangkan oleh Presiden Mohamed Mursi.
“Akhirnya revolusi telah menunjukkan perubahan,’’ kata Fatma kepada akhbar harian Ikhwanul Muslimin .
Selain Fatma, empat lagi penyampai berita bertudung telah mendapat kebenaran untuk muncul di kaca televisyen dengan seorang di Channel 1 manakala tiga lagi di Nile News.
Pembaca kelima, yang juga bekerja di Nile News, kini telah menghantar permohonan untuk menjadi penyampai berita selepas memakai tudung baru-baru ini.

HUKUM MEMAKAI CONTACT LENSE!!!



Hukum Memakai Contact Lense | Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;


Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Tidak mengubah ciptaan Allah.
Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
Tidak berlebihan.
Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Otak Mayat 20 Tahun Dalam Kubur Masih Elok!

on Wednesday, 29 August 2012


SEBERANG PRAI – Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.
Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.
“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.
“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.
“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.

Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
Renungan
Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [Surah Al-Ahzab;34]
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Al-Imran; 31]
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [Surah Al-Imran; 32]
Al-Qur’an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat
Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”
Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”
Wallahu’alam…

Ikan Bergerak Seakan Mengelilingi Kaabah Ketika Mendengar “Labbaik Allah”

on Monday, 27 August 2012


Cantik sungguh gambar ikan diatas kan?…seperti membuat bulatan, tetapi… andai anda melihat video di bawah ini, mungkin anda akan terkejut…
Saksikan!

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!

on Saturday, 25 August 2012




Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Wajib Baca!!- 3 Jenis Nafsu Yang Membawa Manusia Ke Syurga Atau Neraka!!!

on Thursday, 23 August 2012



3 Jenis Nafsu Yang Membawa Manusia Ke Syurga Atau Neraka

Secara amnya nafsu terbahagi kepada 3 kategori-

1. Mutmainah. 

Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.
Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!


2. Lawwamah. 

Nafsu pertengahan yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.

Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


3.Ammarah. 
Nafsu yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.

Mereka yang mendalami ilmu tarekat memecahkan kategori nafsu ini sehingga kepada 5 dan 7 bahagian.

Nafsu berada didalam darah dan subur apabila makanan masuk kedalam badan. Syaitan ambil peluang melalui nafsu yang tercetus.

Puasa dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Orang lelaki buta bila nafsunya tegak. selepas reda nafsunya baru nampak dunia dan insaf.

Nabi Yusuf juga kata beliau tidak gerenti dengan ujian nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena!!

Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.


Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.
Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.


Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri.
Itu adalah kisah ingin berhijrah.




Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang.
Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/, terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram.


Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini.


Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung.


Tajuk-tajuknya juga terlalu ‘pedas’ dan menusuk hati kalau dibaca.
Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam.


Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai.
Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara ‘candid’. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang ‘tajam’ seperti itu.


Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini.


Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian.
Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak.


Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri.
Ingat, sebelum terkena! Wallahu’alam.






Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran

on Wednesday, 22 August 2012




Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim. Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu (ada di atas) jelas sekalimempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia bayi itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’ atau mendidiknya.





“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi. Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini” (Surah Al-A’raf: 172).

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah. Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT. Wallahu’alam.
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved