Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Perdana Menteri Yakin Harimau Malaya Mampu Bangkit!!

on Friday, 23 November 2012


PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin skuad Harimau Malaya mampu bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan pada siri perlawanan persahabatan bagi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012, bermula Ahad ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting, setiap pemain perlu memberi komitmen seratus peratus dan percaya kepada kebolehan masing-masing.

"Saya yakin dengan pemain dan jurulatih."

"Bila kita jatuh kita kena bangun semula. Kalau kita berjaya kita lipat gandakan usaha," katanya ketika memberi amanat kepada Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, Rabu.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan skuad negara dan mendengar penerangan daripada pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Najib berkata ia merupakan satu kehormatan kepada pemain yang dipilih menyarung jersi Harimau Malaya pada kejohanan itu kerana mereka membawa imej negara.

Beliau juga menyifatkan peranan setiap pemain ada persamaan dengan tanggungjawab sebagai perdana menteri.


"Bila kita berjaya kita akan disanjung, bila gagal akan dikritik hebat oleh orang ramai,"

"Itu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemain," katanya.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri beliau mewakili kerajaan untuk terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam saingan kejohanan berkenaan.

Beliau percaya rakyat dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad negara pada kejohanan berprestij di rantau Asean itu.

Beliau berkata jika skuad Harimau Malaya melakar kejayaan pada kejohanan tersebut kerajaan akan memberi insentif kepada mereka.

Beliau mendoakan agar skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan pada saingan tersebut.

Perdana Menteri kemudian menerima jersi baru skuad Harimau Malaya daripada ketua pasukan Safiq Rahim yang tertera nama Najib dan Nombor 11. - BERNAMA

Nilai Mat Yo RM1 juta?

on Thursday, 1 November 2012




PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) perlu membayar RM1 juta sekiranya masih berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bagi memperkuatkan pasukan tersebut musim hadapan.

Senarai Nama Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013


Setelah tamatnya saingan Piala Malaysia 2012 baru-baru ini, seperti kebiasaannya akan ada perpindahan pemain ke kelab baru mereka. Berikut antara senarai nama pemain dalam saingan Liga Malaysia 2013 yang bakal berpindah ke kelab lain.







Sah Berpindah

—–> Johor

Aidil Zaquan (ATM)

Zaquan Adha (ATM)

Azmi Muslim (ATM)

Safiq Rahim (Selangor)


—–> Selangor

S.Kunalan (Negeri Sembilan)

Mahali Jasuli (Harimau Muda A)


—–> Terengganu

Effa Owana (Negeri Sembilan)


—–> Perak


Farizal Marlis (Negeri Sembilan)

Abdul Hadi (Terengganu)


—–> ATM

Shukor Adan (Negeri Sembilan)


Khabar Angin

Amirulhadi (Selangor) —> ATM/Pahang

Faderin Kadir (Felda) —> ATM

Safee Sali (Pelita Jaya) —> Johor

Kubala (Perak) —> Kelantan

Daudsu (Kelantan) —> Johor

Nurul Azwan Roya (Kelantan) —> Johor

Francis Forkey Doe (Terengganu) —> Selangor

Le Cong Vinh (Hanoi) —> Selangor

Nuno Gomes (Blackburn) —> Johor

Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) —> Johor

Ismail Faruqi (Terengganu) —> Kelantan

Muslim Ahmad (Terengganu) —> Selangor/ Kelantan

Fadhli Shas (Harimau Muda) —> Selangor

S. Chanturu (Kelantan) —> Perak

Subramaniam (Kelantan) —> Perak

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) —> Johor

10 Terbaik Bakal Saksi Majlis Recepsi Lee Chong Wei

on Saturday, 27 October 2012


PUCHONG - Mulai 28 Okt ini, para peminat pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei boleh menyertai peraduan melalui laman sosial Facebook bagi merebut peluang menghadiri majlis perkahwinan pemain nombor satu dunia itu.

Pengarah Pemasaran Jenama Chong Wei Bina Jaya Sdn Bhd Sachi Choo berkata para peminat hanya perlu klik 'Like' kepada 'Lee Chong Wei Official Fans Club' dan mengemukakan komen mereka dengan 'I wish to participate Lee Chong Wei and Wong Mew Choo's wedding because...' , untuk dipilih sebagai pemenang.

"Peminat boleh mengemukakan komen mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Nov.

"Bagaimanapun, 10 komen terbaik akan dipilih oleh Datuk Lee dan (bakal pengantin) Wong Mew Choo berdasarkan kreativiti bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka," katanya kepada pemberita pada persidangan media bagi mengumumkan perkembangan perkahwinan itu, di Bandar Puteri di Puchong, hari ini.

Katanya, keputusan peraduan akan diumumkan sehari selepas tarikh tutup penyertaan iaitu pada 6 Nov melalui laman web kelab peminat itu.- BERNAMA

Chong Wei Juara Terbuka Denmark

on Sunday, 21 October 2012


KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah hari jadi ke-30 paling istimewa apabila menjuarai Kejohanan Yonex Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense, Denmark Ahad malam waktu Malaysia.

Pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan menundukkan cabaran pemain China Du Pengyu yang memberi tentangan sengit sebelum akur 15-21, 21-12, 21-19.

Chong Wei membawa pulang wang tunai US$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.-BERNAMA

Datuk Lee Chong Wei Berhasrat Bantu Anak Yatim

on Monday, 20 August 2012


Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei
KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berhasrat menubuhkan sebuah yayasan kebajikan bagi membantu anak yatim dan golongan yang memerlukan.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012 London itu berkata yayasan sempena namanya akan didaftarkan dalam masa terdekat. Bercakap kepada Bernama TV di majlis rumah terbuka bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar di sini Ahad, Chong Wei berkata: "Saya memang berhasrat menubuhkan yayasan itu sejak sebelum Olimpik lagi.

"Namun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan buat seketika bagi memberi lalulan kepada temasya sukan Olimpik agar fokus untuk mendapatkan pingat emas tidak terganggu."

Tambah Chong Wei, penubuhan sebuah yayasan bukan satu perkara mudah kerana memerlukan khidmat ramai tenaga kerja.

"Ini adalah impian saya sejak dulu lagi. Ini memerlukan perancangan yang rapi dan bantuan dari ramai orang. Abang dan kawan-kawan saya akan membantu saya melaksanakan hasrat saya," katanya.

Pemain kelahiran Bukit Mertajam itu berkata kini merupakan masa yang paling sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya bagi meringankan beban anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan bantuan.

"Yayasan ini adalah cara saya untuk kembali berjasa kepada masyarakat yang sentiasa mendoakan kejayaan saya serta menyokong saya di pentas badminton dunia," kata Chong Wei.

Walaupun serius di gelanggang badminton, aktiviti kebajikan bukanlah satu perkara baru untuk pemain badminton yang berjiwa rakyat ini.

Sebelum ini, Chong Wei pernah terlibat dalam mengumpul dana amal 'Hope and Smile' bagi membantu mangsa tsunami dan gempa bumi Jepun melalui perlawanan kebajikan tahun lalu

Pemain Remaja Kebangsaan Dilamar Kelab dari Itali

on Thursday, 16 August 2012

Pemain remaja kebangsaan berdarah cmpuran
Malaysia-Itali, Sean Gan Giannelli
KUALA LUMPUR -  Pemain remaja negara, Sean Gan Giannelli, 15 tahun bakal menyertai kelab Itali Atletico Arrezo Serie D bawah 17 tahun, 20 Ogos ini. Sean dipanggil kelab dari Itali itu kerana berjaya memikat jurulatih dari kelab tersebut. 

Sean yang berdarah Itali-Malaysia, merupakan pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil sekarang ini berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan.

Dipetik daripada BERNAMA, Bapanya Sean, Massimo berkata "beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani percubaan pada Jun."

“Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya,” katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona.

Balbo menyumbat 150 gol ketika bermain dalam Serie A dan pernah bermain untuk kelab AS Roma, Udinese, Fiorentina, Parma dan Boca Juniors.

Kejayaan Sean menambat hati kelab dari Itali itu telah menambahkan bilangan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara selain Safee Sali, Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal dan Wan Zahrulnizam.

Van Persie Sertai Manchester United!!





MANCHESTER - Pengurus United, Sir Alex Ferguson telah berjaya mendapatkan kapten Arsenal, Robin Van Persie ke United dalam satu perpindahan musim panas.

Pada mulanya beliau gagal mendapatkan khidmat pemain kelahiran Belanda itu dengan nilai  £ 15 juta dan merasakan ragu-ragu untuk meningkatkan tawaran itu.

Selepas gagal mendapatkan bintang kecil Sao Paulo, Lucas Moura minggu lalu, Furguson dilihat begitu komited untuk mendapatkan khidmat Van Persie selepas mengetahui pemain itu enggan menyambung kontrak bersama Arsenal yang akan tamat tidak lama lagi.

Persie telah menyatakan kepada Arsenal bahawa dia ingin menyertai United dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Arsenal.

The Gunners kekal dengan keputusan mereka untuk tidak menjual Persie dengan nilai kurang daripada £ 25 juta dan menjangkakan United akan menawarkan satu nilai yang hampir dalam tempoh 24 jam selepas seminggu rundingan.

Persetujuan membeli pemain itu tercapai apabila Furguson telah menemui Wenger sendiri dalam satu pertemuan.

United dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak £20 juta dan ditambah dengan £2 juta lagi dalam bentuk bonus dan kemudian menyerahkan kepada Arsenal sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu.

Van Persie menjaringkan 30 gol daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas dan memenangi anugerah pemain domestik tahunan sebanyak dua kali










Usain Bolt Serius Ingin Sertai Manchester United??

on Friday, 10 August 2012


PEMAIN pertahan Manchester United (MU), Rio Ferdinand, menawarkan bantuan jika pelari pecut Jamaika, Usain Bolt, secara serius ingin bergabung dengan kelab EPL ulung tersebut.

Melalui akaun Twitternya, Ferdinand mengatakan akan berbincang dengan pengurus kelab, Sir Alex Ferguson. "@usainbolt jika ingin mencuba bermain di Manchester United, hubungi saya. Saya kan berbincang dengan bos! Hebat di 100 meter, menunggu penampilan di 200 meter!"


Bolt tertarik dengan MU dan berkenalan dengan para pemain setelah sempat berlatih bersama mereka dan secara khusus melatih bekas pemain MU, Cristiano Ronaldo.

Bolt mengutarakan keinginan tersebut setelah memenangi pingat emas 100 meter Sukan Olimpik London beberapa hari lalu. "Ramai orang menganggap saya bergurau bila mengatakan ingin menyertai Manchester United," kata Bolt.

"Namun jika Sir Alex Ferguson menjemput dan ingin melihat kemampuan saya, saya tidak akan menolak," kata Bolt yang memburu emas 200 meter.

"Saya tidak akan menerima cabaran ini jika merasa tidak mampu. Saya dapat membezakan olahraga dan bolasepak. Setidaknya saya akan menjadi pemain terpantas dalam pasukan MU."

Usain membalas tweet Ferdinand. "Selepas Olimpik, kita bincangkan hal ini."

Basikal Great Britain terlalu ringan???

on Wednesday, 8 August 2012





LONDON – Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.
Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram.
Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.
Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki.
Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.
“Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari,” kata Hoy.
Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu.
Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.
Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester.
Tayar basikal itu dikatakan diperbuat daripada sutera.
– Agensi

Jangan pandang negatif kejatuhan ranking Chong Wei: Ahmad Shabery

on Sunday, 24 June 2012

KUALA LUMPUR: Tergelincirnya Datuk Lee Chong Wei daripada takhta pemain nombor satu dunia bukan alasan kepada semua pihak memandang negatif terhadap jaguh badminton negara itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, naik turun ranking adalah sesuatu senario yang biasa dalam sukan peringkat dunia dan percaya Chong Wei mampu merampas kembali takhta itu apabila kembali pulih daripada kecederaan nanti.
“Kita tidak boleh terlalu obses atau ghairah bila turun (ranking) Chong Wei habislah kita dan sebagainya. Kita perlu memperi sokongan kepada beliau ‘to come out from it stronger than before’.
“Sudah tentu perkara ini adalah satu perkara yang perlu dilihat kementerian dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia),” katanya selepas menghadiri acara Maraton Standard Chartered KL 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Lebih 28,000 peserta menyertai acara yang dilepaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang acara itu.
Dalam ranking terkini Persekutuan Badminton Antarabangsa dikeluarkan pada Khamis lalu, Chong Wei terpaksa menyerahkan takhta itu kepada pemain handalan China, Lin Dan, selepas kira-kira empat tahun bertakhta sebagai pemain nombor satu dunia.
Chong Wei gagal mempertahankan takhta itu kerana tidak menyertai kejohanan antarabangsa berikutan kecederaan pergelangan kaki yang dialami beliau di kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China pada 22 Mei lalu.
Ahmad Shabery berkata, tergelincirnya Chong Wei ke tangga kedua dunia itu bakal membakar semangat perseorangan pertama negara itu untuk memberi tentangan sengit kepada Lin Dan bagi merampas kembali takhtanya itu.
Ditanya adakah perkara itu menjejaskan peluang Chong Wei meraih emas pertama negara pada Sukan Olimpik London bulan depan, beliau berkata, ia akan membuatkan perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan menjadi sengit dan ditunggu-tunggu pada temasya tersebut.
“Tiada apa boleh diramalkan sekarang…tidak tahu apa perkara akan terjadi. Orang ramai perlu beri sokongan bagi menjadikan sukan itu lebih menarik pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved