10 Terbaik Bakal Saksi Majlis Recepsi Lee Chong Wei

on Saturday 27 October 2012


PUCHONG - Mulai 28 Okt ini, para peminat pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei boleh menyertai peraduan melalui laman sosial Facebook bagi merebut peluang menghadiri majlis perkahwinan pemain nombor satu dunia itu.

Pengarah Pemasaran Jenama Chong Wei Bina Jaya Sdn Bhd Sachi Choo berkata para peminat hanya perlu klik 'Like' kepada 'Lee Chong Wei Official Fans Club' dan mengemukakan komen mereka dengan 'I wish to participate Lee Chong Wei and Wong Mew Choo's wedding because...' , untuk dipilih sebagai pemenang.

"Peminat boleh mengemukakan komen mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Nov.

"Bagaimanapun, 10 komen terbaik akan dipilih oleh Datuk Lee dan (bakal pengantin) Wong Mew Choo berdasarkan kreativiti bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka," katanya kepada pemberita pada persidangan media bagi mengumumkan perkembangan perkahwinan itu, di Bandar Puteri di Puchong, hari ini.

Katanya, keputusan peraduan akan diumumkan sehari selepas tarikh tutup penyertaan iaitu pada 6 Nov melalui laman web kelab peminat itu.- BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved