Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Leuniey Natasha Kini Bertudung (4 Gambar)

on Wednesday, 22 May 2013

Sejuk mata memandang bila melihat Leuniey Natasha isteri kepada Apek ini memakai tudung. Walaubagaimanapun belum pasti sama ada Leuniey sudah bertudung sepenuhnya ataupun hanya sekadar mencuba.


Gambar Selebriti Malaysia Keluar Mengundi

on Monday, 6 May 2013



Gambar Selebriti Malaysia Keluar Mengundi – Semalam merupakan hari membuang undi bagu Pilihan Raya Umum ke 13 dan ramai juga selebriti tanah air yang melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.


Dibawah merupakan gambar-gambar artis yang keluar mengundi dan mereka turut berkongsi foto-foto mereka melalui rangkaian media sosial. Antara artis tersebut adalah Datuk Siti Nurhaliza, Zain Saidin dan kekasih hatinya, Rozita Che Wan serta beberapa artis lagi.









Awin Kahwin Izzue Islam Atas Permintaan Keluarga?




Awin Kahwin Izzue Islam Atas Permintaan Keluarga - KUALA LUMPUR : Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Izzue Islam iaitu Awin Nurin akui perkahwinannya dengan ahli kumpulan Forteen itu adalah atas permintaan keluarga selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.

Awin berkata keluarga kedua-dua belah pihak bimbang melihat keakraban mereka yang sentiasa bersama ke mana-mana tanpa ada ikatan yang sah, lebih-lebih lagi sejak dia menjadi pengurus Izzue Islam 3 tahun lalu.

“Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

“Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.

“Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Jelas, dia dengan Izzue iada niat untuk berselindung atau menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada diketahui umum dan media. Tetapi, tindakan itu dilakukan demi menjaga hubungan mereka yang ketika itu masih berdarah manis.

“Yelah, orang kata peringkat ini sangat rapuh bagi sebuah hubungan, jadi kami tidak mahu cerita-cerita yang tidak baik timbul. Tapi, bila kami dah buat keputusan untuk berkahwin, saya kini terbuka untuk menwar-warkannya kerana ianya perkara yang baik.

“Kami tahu peminat pasti faham dengan situasi kami kerana mereka kini lebih berfikiran terbuka,” jelasnya lagi

Pasangan ini akan bernikah dan mengadakan resepsi di dalam sebuah dewan yang terletak di Shah Alam pada hari saya sama iaitu 2 Jun 2013. – Murai

Syamsul Yusof Sindir Ammar Anak Angkat?

on Sunday, 5 May 2013




Syamsul Yusof Sindir Ammar Anak Angkat?

Mengimbau kembali permulaan persengketaan di antara dua anak seni muda ini, ia bertitik tolak dari temubual bekas kekasih Ammar, Puteri Sarah Liyana dengan akhbar Berita Harian, siaran Ahad lalu.

Menyifatkan terputusnya cinta dengan Ammar selepas empat setengah tahun menjalin kasih sebagai satu rahmat, Sarah juga dipetik menyatakan, “Mungkin saya tak dekatkan diri dengan Tuhan, dulu asyik ‘huha-huha’, jadi Allah tak kabulkan hasrat saya untuk membina sebuah perkahwinan.

“Lebih baik saya betulkan diri saya dulu. Dulu ‘huha-huha’ sana sini, pakai skirt pendek, saya dapat orang yang macam Ammar, kini apabila sudah berhijab dan mendalami ilmu agama, insya-Allah saya bakal bertemu dengan pemuda yang lebih baik daripada saya, seterusnya membimbing saya ke jalan yang diredai.”

Di dalam artikel tersebut, Sarah juga menafikan dirinya sedang bercinta dengan seorang aktor dan pengarah popular.


“Ketika kami shooting dulu, saya langsung tak rapat dengan aktor dan pengarah berkenaan. Ketika itu saya masih bersama Ammar, dia pula ada teman wanita. Selepas hari terakhir penggambaran November lalu, kami tak pernah bertemu lagi.

“Ada dakwaan mengatakan kami rapat, itu saya pelik! Sepanjang tahun ini, kami tak pernah berjumpa pun. Orang kata kami sedang mengenali hati budi masing-masing, bercinta, bagi saya itu satu andaian yang mengarut.”

Bila mstar menghubungi Ammar untuk mendapatkan maklum balasnya, pelakon tersebut mengesahkan dakwaan bahawa Sarah memang sedang menyulam kasih dengan Syamsul. Malah menurutnya, Sarah dan Syamsul mula rapat sejak Oktober lalu.

Gambar Panas Neelofa Boleh Tersebar!

on Sunday, 7 April 2013


Siapa sangka gambar seksi Neelofa terlampau boleh tersebar luas di internet? CK! pun hairan mau tak tersentap jantung bila terbaca kat satu blog nih kisah neelofa yang sangat seksi. Memang mantop lah gambar tuhh.. jom kita tengok cerita sebenar di sebalik gambar neelofa yang sangat seksi nih..!!




Glurp!!! Tersentap jantung CK! bila tengok sendiri gambar Neelofa yang seksi terlampau dalam Instagram tu.. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tak dah tentu batal puasa..

Sumber gambar nie datang dari sebuah forum.. Kata dorang, gambar Neelofa tu diambil dalam Instagram.. Tapi CK! nampak macam ada benda yang tak kena je dengan gambar diatas tu.

Walaupun selama ni Neelofa memang selalu berpakaian seksi, tapi CK! tak percaya Neelofa sanggup beraksi terlampau sampai macam dalam gambar tu.. kalau nak publisiti pun takkan sanggup ambil gambar sampai macam ni sekali. Takkan hancur karier Neelofa bina selama ni?

Teringkai segala tanda soal.., rupanya gambar Neelofa tersebut telah diphotoshop oleh individu-individu yang tak bertanggungjawab..

Lihat sendiri gambar sebenar dibawah ni.. Entah awek korea mana punya gambar yang dorang cilok...

Penampilan Neelofa Yang Baru 2013

on Monday, 7 January 2013

NEELOFA

NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan ‘klise’ itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai.

“Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki,” katanya tersenyum.

Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana.

Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.

Mahu atau tidak, hakikatnya, anak kacukan Melayu, Pakistan dan Arab juga pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang mesra disapa Lofa ini paling laris dan sensasi sepanjang 2012.

Bagai merampas serta-merta daripada ramai pemiliknya sebelum ini, dua tahun berdiri sebagai anak seni sejak awal pembabitannya dalam filem Azura, Lofa tidak sekali-kali lekang terpalit kisah sensasi.

Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian.

“Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghubungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling ‘panas’ tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis.

“Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya,” katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti.

Jelasnya lagi: “Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna.



“Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya.

“Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan,” katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway.

Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah ‘merampas’ cinta pelakon lebih senior daripadanya.

Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan.

“Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!”

Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: “Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat.”

Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman.

“Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini,” katanya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih.

Trivia gosip Lofa
Mulanya pada 2011 Lofa dikatakan merampas aktor Shahz Jaszle daripada Maria Farida selepas hampir setahun menjalin kasih.
Konflik dengan aktres Nur Fazura yang dikatakan bermula dengan hubungan seorang kerabat diraja juga berlanjutan dari tahun lalu hingga adegan sindir menyindir dalam laman sosial twitter.

April 2012 pula, Lofa dikatakan mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 selepas tewas dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Tidak lama selepas itu, Lofa terbabit pula dengan salah faham bersama salah seorang finalis Dewi Remaja juga pelakon, Anzalna Nasir. Bukan saja mendapat liputan meluas media, malah perselisihan faham itu berlanjutan hingga kes saman menyaman dan sesi mohon maaf terbuka.

Lofa sekali lagi dikatakan tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan Anzalna dan tidak mahu bergambar bersama.

Menegur kru produksi Nona yang lambat lebih sejam menerusi twitter dan sekali lagi mempersoalkan pakaian untuk program yang sama turut disalah tafsir hingga ada yang beranggapan kononnya Lofa sudah besar kepala.

Kisah cintanya dengan aktor juga pengarah dan penerbit, Hans Isaac sudah menjadi bualan harian dan terbaru, mereka dikatakan bercuti bersama di Koh Sa Mui, Thailand namun dinafikan kedua-duanya.

Isu seksi di ABPBH, pembedahan hilangkan parut di dahi, kisah kelakar betisnya juga diambil serius dan terbaru, konflik dengan seorang pereka fesyen yang mendakwa serik bekerja dengannya menambah lagi ‘panas’ pada nama Lofa.

Pencapaian Lofa

Rangkaian perniagaan milik keluarganya, Bella Vita makin maju apabila Lofa mengesahkan ingin menambah cawangannya tidak lama lagi.

Selain menjadi jurucakap Avon dan King Koil, Lofa turut terpilih menjadi wajah rasmi jenama jam U2.



2012 turut menyaksikan wajahnya mewarnai banyak papan iklan di sekitar pantai timur apabila menjadi wajah rasmi siri jelajah Petronas.

Gadis yang peramah dan rendah diri ini menerima pula tawaran Tune Records milik AirAsia untuk menjadi penyanyi di bawah naungan mereka pula.

Pernah membintangi drama Kasih Najihah, Kitab Cinta, Jiwa dan Lara, Lofa turut akan tampil dalam beberapa projek khas dan filem pada 2013 termasuk Lemak Kampung Santan.

Kontraknya bersama program Nona disambung setahun lagi dan kini wajahnya pula muncul di Astro dengan mengendalikan program gosip hiburan, MeleTOP.
Tahun ini Lofa akan mengikat dua lagi kontrak dengan produk antarabangsa, beberapa filem dan drama siri, namun semuanya masih dalam perbincangan.

sumber: http://www.blogzaim.com

Siapakah Lelaki Di Sebalik Maskot ALONG? (4 Gambar)

Bagi mereka yang lahir tahun 80an dan 90an. pasti familiar dengan rancangan kucing yang boleh bercakap iaitu ALONG. Along ni ada adik dua orang adik iaitu Angah dan Achik. Kalau dulu setiap kali rancangan ni nak start mesti dah ready awal-awal depan TV tunggu Siti Sifir keluar.. Memang legend la rancangan nih... Tapi kali ni nak cerita siapakah yang mamakai maskot Along nih?

Mungkin ada yang dah tau dan mungkin ramai jugak yang tak tahu. Lelaki disebalik maskot Along ni tak lian tak bukan ialah pelakon yang famous dgn filem Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy.








ATM Sound Farid Kamil??

on Wednesday, 12 December 2012

AKTOR popular Farid Kamil bakal diberi surat teguran daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila dia memakai uniform pasukan keselamatan tanpa kebenaran serta pakaian yang dipakainya pula cacamarba pada majlis resepsi perkahwinannya dengan Diana Danielle.

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, menurut Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampur-adukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar."

Oleh yang demikian, pihaknya akan menghantar surat teguran kepada aktor tersebut supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak melambangkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

"Seluar dan topi yang dipakai Farid adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah pangkat mejar jeneral Tentera Darat. Lencana penerbangan di bahu kanan pula melambangkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya lagi.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Farid mungkin bakal berdepan tindakan undang-undang kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsinya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya baru-baru ini.

Ezad (Exist) Kempunan Ke Jinjang Pelamin

on Saturday, 1 December 2012


MASIHKAH anda ingat dengan Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim (Ezad exist) atau kini lebih dikenali sebagai Ezad Lazim? Berita terkini tentang penyanyi solo yang popular dengan lagu 'Renyai di Hati' tidaklah begitu menyenangkan apabila beliau sendiri mengesahkan sudah putus tunang.

Malah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu dengan pembantu peribadi, Asliza Abdullah, tidak kesampaian. Perkenalan selama empat tahun dengan bekas tunangnya itu gagal bertahan lantaran dakwanya pihak perempuan tidak bersungguh mahu ke jinjang pelamin.

Untuk imbasan, pada 1 Jun 2012, Ezad telah mengikat tali pertunangan dengan Asliza yang juga merupakan pengurus beliau sendiri. Majlis pertunangan tersebut telah di adakan di rumah pihak perempuan dalam majlis yang serba ringkas di mana hanya keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja yang hadir.

"Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

"Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

"Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu," ujar Ezad kepada media.

"Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

"Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini," katanya.

"Saya sebenarnya susah untuk menyukai seseorang dan apabila perkara begini berlaku, sukar untuk saya jelaskan apa yang terasa di hati.

"Sampaikan keluarga memberikan cadangan untuk membiarkan mereka mencarikan bakal isteri yang sesuai, tetapi saya tak nak. Serik rasanya. Biarlah, saya serahkan jodoh ini kepada Allah S.W.T.

"Dan saya ingin memberi fokus kembali terhadap karier saya selepas ini," tambah Ezad dengan nada sedih.

Hot!!! Neelofa Ada Hubungan Sulit Dengan Lelaki Itali???

on Thursday, 22 November 2012

BEKERJA dan dalam masa sama ambil kesempatan untuk bercuti. Itu saja cara bagi mereka yang sentiasa sibuk. Dan pelakon jelita, Neelofa atau mesra dipanggil dengan nama Lofa, mengggunakan pendekatan yang sama.

Baru-baru ini dia telah terbang ke Itali bagi menjalani rakaman program Nona, di sekitar beberapa lokasi di sana.

Pastinya bahan yang akan dibawa pulang untuk program wanita nombor saluran TV3 itu, menarik-menarik belaka. Kita nantikan.



Mmm... Sebenarnya ini gambar bersama seorang peminat Neelofa dari Itali
Dalam pada itu, bukan main seronok lagi nampaknya Lofa sepanjang berada di sana. Berkongsi dengan peminat di tanah air, Lofa memuat naik beberapa keping foto sepanjang dia menikmati keindahan negara itu.

Di laman Twitternya , Lofa menulis, “Alhamdulillah, done with work here. Sama banyak buat duit dan habis duit but its all worth” it!”

Selain, sewaktu di Venice, sempat juga ‘dikirimkan’ sekeping fotonya menaiki gondola dan Neelofa menulis “Venice! But where is my other half?” Wah! Lofa berjaya buat kami cemburu. -BS

Jom layan foto-foto menarik Neelofa di Italy...












Aliff Aziz Doakan Anne Ngasri Bahagia

on Wednesday, 21 November 2012

BARU-BARU ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita bertunangan Anne Ngasri, 28, dengan pasangan pilihannya seorang duda berusian 40-an. Ini kerana pelakon berstatus janda ini baru sahaja dikhabarkan putus cinta dengan penyanyi remaja, Aliff Aziz setelah dikatakan mendapat halangan daripada pihak keluarga.

Apabila berita pertunangan ini mula tersebar, pasti yang ramai tahu apa reaksi Aliff Aziz bukan? Biarpun tiada lagi hubungan cinta di antara mereka, tetapi ramai yang percaya Aliff berasa tertampar dengan berita pertunangan itu. Malah, timbul desas-desus mengatakan Alif mengalirkan air mata selepas mendapat tahu tentang perkara itu.

Kesempatan bertemu dengan Aliff di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 pada Rabu membuka ruang kepada pihak media untuk mendapat penjelasan lanjut daripada penyanyi dari Singapura ini.

“Alhamdulillah doa saya dan dimakbulkan Allah. Saya selalu doakan supaya dia (Anne) akan dapat kebahagian yang diidamkan. Biarpun tidak bersama saya, tetapi saya gembira kerana dia dapat apa yang dia mahukan. Semoga jodohnya dengan lelaki itu berkekalan dan majlis perkahwinan mereka nanti berjalan dengan lancar,” luah Aliff yang menafikan dia menangis setelah mendapat tahu tentang perkara itu.



Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga mendedahkan dia sebenarnya tidak diberitahu oleh Anne tentang pertunangan itu. Sebaliknya, khabar itu disampaikan oleh rakan-rakan melalui panggilan telefon.

“Saya dapat tahu pasal pertunangan ini apabila ada kawan-kawan yang telefon beritahu. Mula-mula saya ingat mereka main-main, tetapi setelah saya baca di Twitter dan cari info di internet, barulah saya percaya bahawa perkara itu memang benar. Bohong kalau saya katakan saya langsung tidak rasa apa-apa tentang pertunangan itu. Bagaimanapun, susah hendak saya jelaskan dengan kata-kata tentang perasaan saya itu.

Apa yang pasti perasaan saya itu bukanlah satu perasaan yang orang lain ingin rasakan. Walau apa pun, saya terima ketentuan Allah. Sudah jodoh dia dengan lelaki itu. Saya hanya dapat doakan yang terbaik untuknya. Hidup perlu diteruskan dan saya bersyukur kerana masih punya keluarga, kawan-kawan dan peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap saya,” ujar Aliff lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Aliff sempat memberitahu sehingga kini dia tidak pernah menyesal mengenali Anne Ngasri. Baginya, Anne adalah seorang wanita yang cukup sempurna.


Saya Dah Sedia Nak Kahwini Shila! -Sharnaaz

on Monday, 19 November 2012


“SAYA cukup gembira dan bersyukur dengan kemenangan Shila pada malam ini. Kemenangan Shila ini bukanlah untuk dirinya seorang, tetapi untuk peminat dan semua pihak yang menyokong kariernya selama ini. Ini adalah titik-tolak untuk dia terus maju dalam industri muzik. Saya anggap kemenangan Shila ini sebagai sesuatu yang extraordinary.

Saya akui, saya memang mengharapkan Shila menang pada malam ini kerana saya tahu Shila sudah banyak berusaha untuk mencapai apa yang dia miliki pada hari ini. Namun, saya tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi, sebab bimbang akan kecewa pula nanti seandainya tidak menang,” ujar Sharnaaz yang turut menemani Shila ke malam kemuncak Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu.

Ditanya tentang hadiah yang bakal diberikan kepada buah hatinya itu, Sharnaaz tanpa berselindung mengakui dia belum memikirkan hadiah yang sesuai kerana masih berasa terkejut dengan kejayaan Shila itu. Walaupun begitu, Sharnaaz sempat memberitahu yang dia menganggap detik-detik kejayaan Shila di pentas AIM 19 cukup bermakna kepada dirinya kerana ia turut dikongsi bersama ibunya yang turut hadir.

“Saya rasa cukup seronok kerana pada malam ini bukan hanya saya dan ibu Shila yang ada bersama–sama dia, tetapi ibu saya juga turut hadir. Ini membolehkan kami berkongsi saat-saat gembira ini bersama-sama dan saya anggap detik ini cukup indah bagi kami berdua,” ujar Sharnaaz.

Oleh kerana karier Shila kini berada di puncak, Sharnaaz turut ditanya sama ada dia berasa bimbang atau tidak Shila akan menangguh-nangguhkan rancangan perkahwinan mereka. Jelas jejaka ini, dia tidak melihat kejayaan Shila itu sebagai satu faktor yang akan menghalang perancangan perkahwinan mereka.

“Saya dan Shila sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin. Kemenangan Shila pada malam ini tidak menjadi penentu sama ada kami akan berkahwin cepat atau lambat. Tetapi ia bergantung kepada perancangan kami sendiri. Kalau ikutkan hati memang saya hendak kahwin cepat. Namun, baik saya mahupun Shila perlukan masa untuk buat perancangan bagi melangkah ke alam perkahwinan. Berkahwin ini tanggungjawabnya besar. Jadi, kami tidak mahu terburu-buru. Sebagai orang Melayu, untuk sampai ke alam perkahwinan itu pun, banyak proses yang perlu dilalui sebab mengikut adat,” ujar Sharnaaz.

Diana Danielle Mengandung... Perghhh Hebat Farid Kamil!!


PAGI tadi, Diana Danielle melalui akaun rasmi Twitter beliau berkongsi berita gembira yang mana beliau telah di’sahkan secara tidak rasmi mengandung.


Diana Danielle menulis — “The most precious birthday present, thanks Allah SWT” dan di’sertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan beliau sedang hamil.

Ulangtahun kelahiran Diana Danielle jatuh pada 22 November 2012 ini dan ya, tidak di’sangkal lagi ini merupakan hadiah buat beliau dan Farid Kamil yang teristimewa.

Farid Kamil & Diana Danielle bernikah pada 3 November 2012 yang lalu dalam sebuah majlis ringkas tetapi meriah di tepian tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur.

Tahniah buat pasangan ini & nampaknya tidak lama lagi boleh kita lihat cahayamata comel dari pasangan ini. Jaga kandungan baik baik ya!

Lana Nordin Tak Kisah Tubuhnya Dieksploitasikan!

on Friday, 16 November 2012


PELAKON kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.


Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

"Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

"Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.

"Malah, saya tahu Afdlin tidak mungkin mahu mengaibkan sesiapa dalam filemnya. Saya hormati dia dan saya hanya menyerahkan kepadanya apa juga yang akan berlaku di masa akan datang," katanya kepada selepas Majlis Tayang Eksklusif dan Sidang Media filem Pontianak Vs Orang Minyak di Cathay Cineplex e@Curve, malam semalam.

Dalam filem yang diterajui dua pelawak Johan Raja Lawak dan Nabil Ahmad itu, sebagian buah dada Lana Nordin kelihatan terdedah dan ia telah dijadikan bahan komedi oleh pelakon Khir Rahman apabila dia turut melawak menggunakan bahan longkang (lurah) Lana Nordin di dalam sebuah babak.

Malah, pelakon Sharifah Shahira yang turut membintangi filem iti juga melawak dengan menggelarkan Lana sebagai Hantu Kopek sedangkan watak Lana ketika itu masih seorang manusia.

"Jika imej seksi saya berjaya dijadikan bahan komedi, maknanya saya berjaya membawakan watak komedi dalam filem ini. Saya tidak mahu membataskan bakat lakonan saya kerana saya ingin jadi pelakon yang serba boleh.

"Saya sudah tak hairan dengan apa jua bentuk kontroversi yang dilemparkan kepada saya selepas ini. Malah, saya anggap gelaran Hantu Kopek sebagai joke dan terpulang kepada tafsiran setiap orang," jelasnya lagi.

Sungguh pun begitu, Lana akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kontroversi yang melanda kerana dia terlebih dahulu sudah pun memberitahu ahli keluarganya mengenai penampilannya di dalam filem itu.

"Saya tidak kisah apa orang nak kata kerana saya tahu keluarga saya terlebih dahulu tahu apa yang saya pakai dan lakukan ketika itu kerana saya sendiri sudah menghantara foto saya ketika penggambaran.

"Mak saya ada menegur tetapi saya beritahu dia nak buat bagaimana kerana saya lakukan kerana lakonan. Malah Finas sudah pun melepaskannya, jadi mak saya boleh cakap apa lagi. Lagipun mereka tidak boleh nak bercakap apa-apa atau berbuat apa-apa kerana saya pun sudah besar ," luahnya lagi

Lana yang bakal muncul dalam Pontianak Vs Orang Minyak pada 22 November ini kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Revolusi KL Drift.

Lawak 'KEMALUAN' Oleh Zizan... Apa Komen Fouziah Gous??

on Wednesday, 14 November 2012


BAGI mereka yang menonton malam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu, sudah pasti anda mengetahui mengenai kata-kata Zizan Razak kepada pelakon cantik, Fouziah Gous ketika mereka berada di atas pentas bagi menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Drama.

Kata-kata Zizan iaitu , “Makhluk apakah ini, muka cantik tapi tiada kemaluan”sesungguhnya mengejutkan rata-rata tetamu yang hadir pada malam itu memandangkan perkataan kemaluan adalah satu perkataan yang agak sensitif untuk digunakan.

Mungkin Zizan selaku seorang pelawak menganggap ia sebagai satu gurauan namun tidak bagi penonton yang mendengarnya dan menganggap ia sebagai satu gurauan yang agak kasar dan tidak patut diungkapkan apatah lagi pada majlis penganugerahan berprestij.

Apa pula komen empunya badan, Fouziah Gous mengenai isu ini?

“Saya tak nak ambil perkara ini terlalu mendalam sangat. Mungkin dia hanya melawak saja. Bagi saya, jika serius sangat pun, takut nanti orang akan bosan. Sewaktu dia cakap begitu pun, saya tak terkejut sangat dan menganggap ia sebagai satu jenaka saja,” ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini.

Hanez Suraya Gaduh Lagi Dengan Amy Seach

on Monday, 12 November 2012



INGATKAN sudah habis insiden selisih faham antara pelakon baru Hanez Suraya dengan penyanyi rock tersohor Amy Search. Rupanya isu perang mereka bersambung episod dua.

Perang siri pertama dulu membabitkan mereka pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 baru-baru ini, apabila dia dikatakan berlagak sombong dengan tidak menegur Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman walaupun mereka duduk bersebelahan. Isteri Amy, Nourish turut menemaninya pada ketika itu.

Perang siri kedua Amy dan Hanez pula turut membabitkan Nourish. Kejadian yang berlaku tiga hari lepas itu sebaliknya menimbulkan kontroversi lain antara mereka.

Ia tercetus apabila Nourish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan telah secara tidak sengaja bertemu dengan adik Hanez yang merupakan seorang juruwang di sebuah bank tempat dia berurusan untuk mengeluarkan wang.

Nourish yang mengenali adik Hanez ketika dia turut menemani Hanez pada Anugerah Blokbuster 2011 tempoh hari itu dikatakan ingin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak suaminya.

Ia ekoran kejadian teguran Amy secara terbuka di Twitter yang telah mengkritik Hanez ekoran isu pada majlis anugerah tersebut.

Bagaimanapun, adik Hanez dikatakan telah menolak untuk menyampaikan permohonan maaf kepada kakaknya itu dan Nourish didakwa sehubungan itu telah membuat kecoh di bank berkenaan.

Isu itu berlarutan hingga ke laman sosial bergambar Instagram pula. Amy dan Hanez menerusi intagram tersebut khabarnya berbalas-balas kata, yang mana kata-kata berbaur amarah itu kini sudahpun dihapuskan.

Bagaimanapun bercakap kepada Kosmo! hari ini, pelakon itu enggan mengulas tentang hal tersebut. Dia juga tidak tahu apa masalah yang berlaku sebenarnya. Hanez turut meminta seandainya ada sesiapa yang ingin memberitahunya tentang apa yang berlaku sebenarnya, dia berharap agar pihak tersebut datang terus berjumpanya dan jangan guna pihak ketiga bagi mengelak salah faham.

Pelakon 'Dendam Pencinta' ini juga menegaskan yang dia bukan jenis yang suka cari gaduh.

Maya Karin & Papa Tawan Puncak Tserkori

on Saturday, 10 November 2012




SELAIN mengembara dan meneroka pelbagai tempat menarik di seluruh dunia, aktiviti lasak juga tidak asing dengan aktres handalan, Maya Karin Roeckle.

Sebutlah apa saja aktiviti lasak termasuk mendaki gunung, semuanya ingin dicuba pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman yang menempa nama dalam filem Anak Halal, Ombak Rindu dan Pontianak Harum Sundal Malam ini.

Antara gunung yang pernah didakinya ialah Gunung Kinabalu, gunung di Switzerland dan Peru, Amerika Selatan sebelum ini. Terbaru, Maya menimba pengalaman yang cukup mencabar ketika mendaki Gunung Tserkori di Langtang, Kathmandu, Nepal selama lapan hari pada Oktober lalu.

Maya, 33, akui semuanya bermula apabila ayahnya yang bekerja sementara di Nepal beriya-iya memujuknya untuk turut sama mendaki gunung di sana.

“Papa memang mengajak saya seorang untuk menyertainya dan isteri mendaki gunung di Nepal itu kerana adik perempuan saya berada di New York manakala adik lelaki pula di Mexico ketika itu. Pada mulanya, saya tidak merancang mendaki gunung di Nepal, tapi kerana pujukan papa akhirnya mencairkan hati saya.

“Selepas lapan hari di kawasan pergunungan di Nepal barulah saya berasa kepuasan dan keseronokan mendaki gunung serta teringin untuk kembali lagi ke sini selepas ini. Selepas berjaya mendaki gunung di Nepal barulah saya berminat menjadikan aktiviti mendaki gunung sebagai hobi yang tetap pada masa depan,” katanya.

Bercerita lanjut soal persediaan, kata Maya, dia memang memastikan dirinya sentiasa kekal cergas dengan melakukan aktiviti berkaitan sebelum berlepas ke Nepal.

“Kalau tidak mendaki gunung pun, saya memang selalu bersenam di gimnasium, buat seni Muay Thai dan yoga untuk pastikan diri kekal cergas setiap hari.
Selain itu, saya juga menyediakan peralatan lengkap seperti baju sejuk dan
kasut sesuai untuk mendaki gunung berbekalkan pengalaman sebelum ini.

“Mendaki terutama di lokasi berisiko atau curam di luar negara memerlukan persediaan lengkap dan rapi kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat sambil lewa atau main-main kerana boleh membahayakan keselamatan kita.

“Contohnya, saya dapat tahu ada seorang pendaki wanita warga asing yang mati ketika mendaki gunung di Nepal tahun lalu. Lebih menyedihkan, seorang bekas kawan sekolah saya dari Indonesia juga meninggal dunia ketika mendaki gunung di Switzerland, 10 tahun lalu,” katanya.

Kagumi alam ciptaan Tuhan...

PELBAGAI cabaran dilalui Maya dan bapanya sepanjang pendakian selama lapan hari mendaki gunung di Nepal yang setinggi 5,000 meter itu. Namun, dia dan ayahnya tetap cekal serta tidak berputus asa untuk sampai ke puncak yang membabitkan empat fasa pendakian.

“Saya juga mengalami kecederaan. Lutut saya agak sakit dan luka di kaki dek ‘dimakan’ kasut. Hidung saya juga berdarah dan kulit pecah-pecah kerana berdepan dengan cuaca terlalu sejuk selama tiga hari berturut-turut hingga mencecah 2 darjah Celcius pada waktu malam.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak sangka mampu menawan puncak gunung itu dengan hanya makan telur, sayur dan roti saja sepanjang di sana. Ibu tiri saya pula hanya sampai ke fasa yang ketiga kerana dia tidak larat lagi meneruskan pendakian dan menunggu kami di bawah.

“Sepanjang pendakian, keadaan papa OK cuma apabila hampir sampai ke puncak dia mula penat dan susah hendak bernafas. Mungkin kerana faktor usianya yang sudah lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, selepas mendaki selama empat hari berturut-turut, barulah Maya dan ayahnya sampai ke puncak gunung yang ingin ditawan itu.

“Namun semua penat lelah dan kesakitan yang ditanggung hilang dalam sekelip mata apabila puas melihat keindahan puncak Tserkori yang dilitupi salji dan gunung sekelilingnya yang kini berada depan mata. Saya juga dapat lihat sempadan Tibet dari puncak gunung itu,” katanya.

Menyentuh sisi peribadinya pula, Maya yang baru memegang status solo hampir tiga tahun kini hangat terkena gosip semula dengan aktor kacak Remy Ishak, mengakui masih selesa dengan status sekarang.

“Saya memang selesa berkawan rapat dengan Remy ketika ini, tapi kami sekadar berkawan rapat. Kemungkinan kami kembali bersama pula, saya hanya serahkan semuanya kepada takdir. Setakat ini, status saya masih solo kerana masih belum bertemu calon suami yang berkenan di hati,” kata duta produk Sorella ini.

Ditanya sama ada dia beralih hobi mengembara dan menceburi aktiviti lasak seperti mendaki gunung untuk mengisi kekosongan hidupnya yang sunyi, Maya yang baru selesai penggambaran filem Jwanita arahan Osman Ali ini menafikannya.

“Hidup saya sudah bahagia dikelilingi keluarga tersayang dan teman rapat.

Selepas penat bekerja dan menghabiskan masa di lokasi penggambaran, sesekali saya juga ingin lari dari kesibukan dunia lakonan. Selain berlakon kerana minat yang cukup mendalam, saya juga gunakan duit hasil lakonan untuk mengembara ke luar negara,” katanya.

Kehadiran Zara Adelia Saat Teristimewa Dalam Hidup Adi Putra

on Tuesday, 6 November 2012



"PERTAMA kali mendukungnya, saya tidak terkata. Jiwa saya tersentuh. Saya sudah lama menanti kehadirannya. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya. Ia saat yang istimewa, bila menyedari saya kini seorang ayah," cerita Adi Putra, membuka bicara tentang puteri sulungnya Zara Adelia Haadi yang telah diperkenalkan kepada pengikut-pengikut di Twitter pada 24 Oktober lalu.

Kongsinya, perancangan untuk mengambil anak angkat sudah lama dipertimbangkan. Cuma kata putus itu diberikan baru-baru ini. Tidak kisah sama ada anaknya lelaki atau perempuan, dia juga memberitahu namanya datang secara kebetulan. Zara bermaksud puteri, Adelia, keadilan, dan Haadi pula adalah namanya.

"Perubahan pada diri saya semestinya ada. Tidak bermaksud saya tidak matang sebelum ini tetapi cara pemikiran, rasa tanggungjawab, ciri-ciri kebapaan, ia lebih nyata. Kini, saya perlu cergas dari segi mental untuk bekerja kerana 'when I work it's for her'."


Tambah Adi Putra, seperti bapa-bapa lain dia seorang yang 'hands on', menolong menukar lampin Zara yang berusia 18 hari, menyusukannya serta bergilir-gilir dengan isteri menjaganya bila dia bangun pada pukul 3.30 pagi.






Rosakkan Majlis Perkahwinan Orang... Penjelasan Mamat Sepah!


GOSIPNYA baru-baru ini mengenai kisah ‘attitude’ yang dikatakan telah merosakkan aturcara sebuah majlis perkahwinan kenalannya. Kini kami mendapatkan kesahihan dari tuan empunya badan sendiri tidak lain tidak bukan Mamat, yang ditemui sempena promosi siri jelajah filem ‘Sepah The Movie.’

“Macam ni lah sebenarnya yang kena calit itu adalah abang ipar saya dan juga sepupu saya. Benda ini dah berlaku setahun yang lepas dan ini hanyalah melibatkan ahli keluarga saya sahaja bukan orang luar. Tiada apa yang perlu diisukan lagi, saya pun tahu apa yang perlu saya lakukan dan apa yang tidak patut saya lakukan,”jelas Mamat.

Selain itu, gosip yang timbul bahawa dia dengan selambanya menunggang motosikalnya masuk ke dalam kawasan orang berniaga tanpa menghiraukan kesibukan di kawasan tersebut, dan sehinggakan nyaris dibelasah. Sekali lagi GUA mendapatkan kenyataannya:

‘Saya akui ‘superbike’ itu memang milik saya, tetapi apa yang disampaikan itu tidak benar sama sekali yang mengatakan saya masuk ke kawasan orang berniaga dan ‘park’ dekat situ memang tidak benar sama sekali.”

Pesan Mamat kepada orang yang membuat cerita ini:

‘Sudah-sudahlah membuat cerita tak betul kalau saya buat saya boleh mengaku masalahnya benda itu semua tak betul dan saya tak buat seperti apa yang dihebohkan,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Farid Kamil & Diana Danielle Akan Ke Istanbul


SETELAH sah menjadi suami isteri pada Sabtu lalu, pasangan pelakon popular, Farid Kamil dan Diana Danielle akan berangkat ke Istanbul, Turki untuk berbulan madu di sana.

Destinasi ini dipilih setelah perancangan awal untuk mengerjakan umrah terpaksa ditangguh atas alasan yang tidak boleh dielakkan.

"Memang kalau ikutkan perancangan asal saya mahu membawa Diana menunaikan umrah tapi memandang pada bulan Disember, visa untuk ke Makkah hanya dikeluarkan kepada individu-individu tertentu sahaja, jadi saya ubah perancangan saya.

"Mungkin kami akan ke Istanbul terlebih dahulu, dan dari sana barulah kami akan ke Makkah. Bagaimanapun, tarikh sebenar bulan madu itu masih belum ditetapkan," ujar Farid.

Sebelum ini, pasangan sejoli ini selamat dinikahkan oleh Pegawai Tabir Agama/Pendaftar Kanan Daerah Gombak, Daim Jajuli dalam suasana penuh romantis di Hotel Flamingo By The Lake Ampang, Ampang.

Farid menyediakan lima dulang hantaran termasuk mas kahwin RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan nilai emas, manakala Diana membalas dengan tujuh dulang.

Kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak, rakan media dan rakan artis hadir pada majlis penuh bermakna ini.
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved