GAMBAR: Peserta Konvoi Motorsikal Digelek Pacuan Empat Roda, Lima Cedera

on Sunday 15 September 2013


KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.

Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal. (Foto FB AdminRF)
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

mak aii minyak yang baru naik harga 20 sen seliter tu tumpah banyak liter kat atas jalan tu.. ini boleh menyebabkan pembaziran dahlah minyak mahal


16 September 2013 at 01:06

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved