Sanggup Labur RM50k, Soo Wincci Jatuh Cinta Pada Akim

on Friday 20 September 2013




KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2013: Setelah popular dengan lagu single, Musim Aswara yang sedang dimainkan dicorong-corong radio, penyanyi , Soo Wincci kini muncul dengan muzik video untuk lagu tersebut.

Demi menghasilkan sebuah klip video yang berkualiti tinggi setaraf klip video penyanyi antarabangsa, Soo Wincci akui dia telah melaburkan wangnya sebanyak RM50,000 demi merealisasikan impiannya itu.

"Saya boleh katakan, ini adalah MTV paling mahal saya di Malaysia. Kosnya yang tinggi kerana rakaman video ini menggunakan kamera yang setanding dengan kamera untuk penggambaran filem. Hasilnya, sinematografi dalam video ini sangat menarik.

"Terus-terang, saya tak kisah membelanjakan sehingga RM50 ribu kerana video ini juga sebagai hadiah saya kepada peminat-peminat saya di sini yang sentiasa menyokong saya. Saya juga berharap sasaran di Youtube nanti boleh mencecah seramai 1 juta tontonan dan diharap dapat memasuki program klip video popular MTV Asia.

"Malah, video ini juga akan saya promosikan di Taiwan nanti, jadi bolehlah peminat-peminat saya di Taiwan lihat yang Malaysia juga boleh hasilkan klip video yang bertaraf antarabangsa," katanya di majlis pelancaran muzik video tersebut di Redbox, Sogo, petang kelmarin.

Soo Wincci memberitahu istimewanya muzik video itu, adalah penampilan khas daripada Akim. Dia akui teruja apabila penyanyi, Akim sudi menjadi kekasihnya di dalam muzik video yang dirakamkan di sebuah rumah lama itu.

Pun begitu, bekas Ratu Cantik Dunia 2008/2009 itu sempat berseleroh memberitahu takut untuk mendekati Akim kerana mengetahui jejaka itu sedang bercinta dengan penyanyi Stacy.

"Sebenarnya saya dah lama dengar lagu-lagu yang Akim nyanyikan. Saya suka imej dia. Saya lihat dia ada pakej. Bila dilihat wajah Akim ianya ada iras seperti bekas kekasih saya. Tak sangka, Akim terima tawaran ini kerana sebelum ini kami hanya bertegur sapa ketika bertemu di beberapa acara-hiburan.

"Seronok bekerjasama dengan Akim. Sepanjang penggambaran kami tidak sukar untuk mewujudkan keserasian walaupun pada awalnya bila pengarah meminta untuk kami berpandangan sesama sendiri, kami pasti tidak dapat menahan gelak.

"Kemudian saya katakan padanya, anggaplah saya sebagai kekasihnya untuk satu hari (penggambaran). Saya ada lah jatuh cinta sikit dengan Akim tapi sayangnya dia dah ada teman wanita. Takut pula nanti Stacy marah," katanya berseleroh.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved