"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala.
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat," ujar Leina yang dipetik daripada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Leina juga mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi.
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik."
Selain itu, Leina juga masih meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
{ 2 comments... read them below or add one }
ALHAMDULLILLAH..Tiada siapa yg sempurna,tp menyedari kejahilan ,kemudian berubah kerana ALLAH,menuju kejayaan hidup dunia dan akhirat..
17 September 2013 at 05:59
Tahniah serta syukur pada Allah kerana membuat pilihan yg tepat dalam mencari redha Allah.
17 September 2013 at 21:03
Post a Comment