Semalam Abang Nara telah menerima sekeping email yang berkongsikan maklumat bahawa Nabila Huda sudah pun mempunyai kekasih baru selepas kegagalan percintaannya dengan Nas T. Tidak dapat dipastikan kesahihan info ini, namun daripada apa yang diberitahu, kekasih baru Nabila adalah seorang deejay yang berasal dari Singapura.
Menurut si pemberi maklumat, hari raya yang lalu Nabila telah pun ke Singapura untuk berhari raya bersama keluarga kekasih barunya ini. Nabila nampak bahagia di samping lelaki ini. Adakah ini sememangnya cinta baru Nabila atau hanya sekadar kawan rapat sahaja?
Si pengirim email juga turut memberikan sedikit kata-kata nasihat untuk Nabila agar lebih mementingkan keluarga dan anaknya. Kata si pengirim email, dia adalah kenalan rapat Nabila satu ketika dahulu namun kini menjauhkan diri kerana tidak boleh masuk dengan gaya hidup Nabila. Pastinya anda dapat meneka gaya hidup apa yang dimaksudkan oleh si pengirim email ini.
Rasanya Nabila Huda pun bukanlah seorang budak kecil. Dah pernah berkahwin, sudah ada anak dan sudah pasti pandai membuat keputusan sendiri. Mungkin Nabila mahukan seorang lelaki yang boleh dijadikan suami untuk membimbing dirinya dan anak. Semoga satu hari nanti akan ketemu jua. Sama-samalah kita doakan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment