Tabiat Pelik Makan Sotong Kurita Hidup-Hidup

on Tuesday 17 September 2013

Adakah anda sanggup menelan sotong kurita yang masih hidup seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah masyarakat di Korea Selatan ini?

Perbuatan memakan sotong kurita secara mentah-mentah di sebuah festival yang diadakan secara tahunan ini telah berjaya menarik minat sebanyak 70,000 pengunjung untuk mencubanya.

Untuk makluman anda, ada kisah di sebalik penganjuran festival sotong ini.

Festival itu akan diadakan pada tarikh yang sama dalam bulan September pada setiap tahun sempena meraikan pembebasan seorang lelaki yang terlepas daripada tuduhan membunuh teman wanitanya.

Lelaki tersebut mendakwa kekasihnya itu meninggal dunia akibat tercekik selepas menelan sotong kurita hidup-hidup.

Lelaki berusia 32 tahun itu terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup selepas Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskannya daripada tuduhan tersebut.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved