Zain Saidin Akhirnya Merisik Rozita Che Wan

on Sunday 29 September 2013



Gambar yang dihantar oleh sumber kepada mStar Online



PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.

"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Gambar cincin tanda merisik Rozita yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.

mStar Online turut menerima gambar kiriman individu yang hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media.
Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Terdahulu pada Jumaat lalu Zain memberitahu mStar Online dia terkejut apabila timbulnya khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut.

Credit to: mstar online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved