Thailand lancar perang psikologi??

on Monday 3 December 2012



JURULATIH Thailand, Winfried Schafer melancarkan perang psikologi menjelang aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.


Schafer berkata, kejayaan Thailand menjadi juara Kumpulan A selepas mengutip sembilan mata maksimum mampu memberikan kelebihan kepada pasukannya untuk menempah slot ke final.


Selain itu, beliau juga tanpa berselindung mengakui jentera serangan Harimau Malaya hanya bergantung kepada Mohd. Safee Sali semata-mata.


Meskipun mengakui Malaysia selaku juara bertahan cukup garang ketika beraksi di depan penyokong sendiri, Schafer kekal optimis untuk memburu kemenangan selesa pada pertemuan tersebut sebelum kembali membuat perhitungan di Stadium Supachalasai, Bangkok empat hari kemudian.


“Saya tahu Malaysia cukup kuat bila beraksi di depan penyokong sendiri.


“Mereka telah membuktikannya selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan B. Jadi, sudah tentu ia bukan tugas mudah buat kami untuk mengatasi mereka Ahad ini,” katanya yang dipetik daripada laman rasmi Piala Suzuki AFF 2012 semalam.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved