Ketahui 10 Makanan Yang Baik Untuk Gigi Anda!

on Monday, 6 May 2013





Gigi adalah organ tubuh yang sangat penting bagi kita, tanpanya semuanya tidak akan sama lagi. Bayangkan jika senyum anda tidak lagi dihias gigi-gigi yang putih dan indah. Tetapi tahukah anda menjaga gigi agar tetap utuh dan sihat bukan hanya dengan berus gigi saja? Anda perlu mengambil beberapa makanan dan minuman yang akan membuat gigi dan gusi tetap sihat.

1. Teh Hijau
Teh hijau mempunyai kompaun yang sangat bermanfaat bagi gigi, antioksidan alaminya mencegah plak terkumpul sehingga mengurangkan risiko gigi berlubang dan bau mulut. Beberapa jenis teh hijau bahkan mengandung fluoride yang dapat melindungi gigi daripada kerosakan.

2. Produk susu dan yogurt rendah lemak dan gula
Susu dan yogurt selain minuman sihat boleh membantu mengurangkan risiko hakisan pada gigi kerana kaya kalsium.

3. Keju
Keju adalah produk terbitan daripada susu yang mempunyai manfaat yang signifikan kerana ia mengandungi fosfat dan kalsium. Selain itu keju membantu mengimbangi tahap keasidan atau pH dalam mulut, menghasilkan air liur yang lebih banyak dan membina kembali enamel gigi, serta membunuh bakteria penyebab gigi berlubang dan penyakit gusi.

4.Buah-buahan
Buah yang dimakan mentah boleh mengurangkan plak dan mengurut gusi anda. Pilihlah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, kerana jika anda kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gigi dan gusi lebih terdedah kepada penyakit.

5. Sayur-sayuran
Sayuran seperti brokoli, lobak merah, ubi jalar, dan labu kaya akan vitamin A yang baik untuk membina enamel gigi. Akan sangat baik jika memakannya mentah.

6. Bawang merah
Bawang merupakan anti bakteria yang kuat, boleh membunuh bakteria yang membahayakan gigi dan gusi. Namun memakan bawang mentah memberi kesan sampingan, iaitu bau.

7. Saderi
Saderi adalah teman bagi para doktor gigi, mengapa? Kerana makan saderi mentah akan membantu membersihkan gigi anda dan membuat mulut menghasilkan banyak air liur yang meneutralkan bakteria penyebab gigi berlubang.

8. Biji bijan
Biji bijan yang digabungkan dengan roti boleh mengurangkan plak pada gigi serta membantu menjaga enamel gigi. Biji bijan yang lazat ini juga kaya kalsium yang menjaga gigi dan rahang tetap sihat.

9. Protein
Protein haiwan seperti daging lembu, ayam, telur dan ayam belanda kaya akan fosforus, kalsium dan vitamin D. Pastikan anda mengambil protein yang cukup setiap hari.

10. Air
Apabila anda berkumur , air membersihkan mulit sehingga air liur dapat memelihara gusi dan gigi dengan baik.

Itulah 10 makanan dan minuman yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan mulut. Pastikan anda mengambilnya dengan seimbang supaya anda boleh terus tersenyum dengan indah.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved