Showing posts with label Artis Melayu. Show all posts
Showing posts with label Artis Melayu. Show all posts

"KENAPA ISU INI DIPERBESARKAN? BUKAN GAMBAR BOGEL PUN..." - Erin Malek

on Saturday, 13 October 2012

NAMA pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."


Erin ketika dihubungi berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.

Erin atau nama sebenarnya Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.

Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya."

Erin sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia mengakui membuat tatu serta bertindik pada lidah tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang menjalani penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama.

Eksklusif !!!! Aksi gebu melentik Neelofa atas tilam barunya

on Monday, 1 October 2012





Sepanjang minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu Neelofa. Walaupun kontravesi yang melanda diri beliau, namun rezeki yang diterima anak seni ini begitu memberangsangkan. Heh!

Buat julung kalinya, King Koil jenama tilam tersohor di Malaysia mengambil seorang selebriti sebagai duta jenama tilam King Koil. Secara tidak langsung, Neelofa merupakan duta pertama yang dilantik oleh King Koil.

Perjalanan hidup seni Neelofa yang sedang meningkat naik ini menarik minat King Koil untuk melantik beliau sebagai duta jenama ini. Pihak King Koil begitu tertarik dengan gaya beliau yang versatil, bertenaga & punyai personaliti yang dinamik.

Lamaran dari pihak King Koil untuk melantik Neelofa sebagai duta telah dibincangkan sejak Mei 2012 & dalam kesibukan beliau menjalani penggambaran, ia’nya telah membuahkan hasil melalui kontrak selama tiga tahun sebagai duta King Koil.

Bercakap ketika sidang media, Neelofa begitu teruja menerima tawaran ini. Neelofa turut berkongsi bahawa beliau sedang bercuti rehat selama sebulan dari bidang lakonan ketika ini.

Sebagai salah satu langkah promosi produk daripada King Koil, satu sesi ramah mesra bertemu peminat bakal diadakan pada 2 November 2012 sehingga 4 November 2012 di Viva Furniture Mall, Cheras, Kuala Lumpur. Jom ramai-ramai memeriahkan acara ini kelak. Enjoice!






Sisi Berbeza Aaron Aziz Dalam Filem Terbarunya "Ngorat"





Jika sebelum ini dirinya lebih sinonim dengan watak romantis dan aksi, kali ini pelakon terkenal, Aaron Aziz cuba mencari kelainan dengan menonjolkan sisi komedi yang ada dalam dirinya.

Melalui filem terbaru lakonannya, Ngorat arahan Prof Madya Razak Mohaideen, Aaron, 36, memegang watak sebagai Arjuna Kasih yang merupakan seorang guru cinta yang menjanjikan jodoh dalam tempoh 30 hari sekiranya Ijam (Iedil) menurut segala petua-petua yang diberikannya.

“Saya cuba mencari kelainan melalui filem ini kerana bukan selalu saya dapat tawaran filem bergenre komedi sebegini.

“Tetapi saya tidak terlalu taksub dengan watak ini, maksudnya di sini, saya tidak terlalu ‘try so hard to make people laugh’, cumanya saya berikan lakonan secara semulajadi menerusi filem ini.

“Takdelah orang ingat saya ini hanya nak lakonan yang control macho saja, tetapi ini bukan bermaksud saya hendak menjadi pelawak sebaliknya saya hanya nak menghiburkan penonton dengan karekter sebegini,” katanya ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Ngorat di Cathay Cinexplex, Mutiara Damansara, semalam.

Melalui watak sebagai Arjuna Kasih, Aaron muncul dalam beberapa adegan yang mampu mengeletak hati penonton seperti ketika dia menari ala K-Pop serta beberapa dialognya dalam filem itu.

“Antara adegan yang saya agak segan nak beri ‘all out’ adalah ketika menari lagu K-Pop itu, walaupun pengarah suruh beri lebih lagi ketika menjayakan adegan itu,” katanya berseloroh.


Ketika ditanya adakah Aaron akan membawakan watak komedi sebegini pada filem akan datang, Aaron menyatakan, “kalau ada peluang lain untuk berlakon filem bergenre sebegini, saya akan cuba lagi tetapi tengok kesesuaian watak juga lah.”

Selain itu, Aaron turut menjemput kelab peminatnya yang dikenali sebagai Aaronators, hadir semasa sesi tayangan perdana itu dan menyatakan, “walaupun saya bukan memegang watak utama dalam filem ini tetapi saya mahu peminat saya juga memberi sokongan kepada filem arahan Prof Razak serta Iedilputra yang memegang watak utama dalam filem Ngorat.”

Ngorat yang turut dibarisi pelakon Erra Fazira, Nas-T, Zain Hamid dan Tania Hudson bakal menemui penonton mulai 4 Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal terbang ke Cape Town, Afrika Selatan pada awal bulan untuk menjalani penggambaran rancangan realiti yang melibatkan 30 selebriti tempatan, ‘Fear Factor Malaysia’ di mana dia mengalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program francais popular daripada Amerika Syarikat itu.

Konsert Solo Di DFP Semakin Hampir Jadi Kenyataan - Siti

on Sunday, 30 September 2012





Datuk Siti Nurhaliza mengakui wujudnya usaha untuk melaksanakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi syarikat produksi miliknya Siti Nurhaliza Productions.

Jelas Siti, perbincangan dengan pihak DFP masih berlangsung dan hampir mencapai kata putus. Konsert solo Siti bersama Malaysian Philharmonic Orkestra itu dijangka berlangsung selama dua malam dan dijadual diadakan pada Julai tahun hadapan.

"Buat masa sekarang kami masih belum menandatangani sebarang perjanjian, namun perbincangan yang berlangsung semakin hampir mencapai kata putus. Memang Siti berharap konsert solo di dewan berprestij itu akan menjadi kenyataan kerana peluang untuk menyanyi bersama Malaysian Philharmonic Orchestra bukannya datang selalu," jelas Siti yang ditemui sewaktu sesi ramah mesra bersama media di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam tadi.

Siti Nurhaliza merupakan artis tempatan keempat yang berpeluang untuk mengadakan konsert solo di dewan berprestij itu selepas Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan Datuk M.Nasir.

Penyanyi nombor satu negara itu pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di Konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim pada tahun 2001.

CUTI DI PHUKET BERSAMA HANS ISAAC... "ITU KEBETULAN!"



DiI PREBIU filem 'Hantu Kapcai' baru-baru ini, kami berkesempatan bertemu Neelofa untuk mengetahui kebenaran di sebalik cerita bahawa dia telah bercuti bersama Hans Isaac di sebuah pulau popular di negara Thailand.

“Terus terang saya katakan, saya bercuti di Phuket manakala Hans di Koh Samui. Dan buat pengetahuan semua, saya bertolak pada hari Ahad dan pulang ke Malaysia pada hari Isnin. Sementara, Hans masih bercuti dan mungkin balik pada Rabu atau Khamis ini.

“Saya pergi pun dengan kawan baik saya setelah penat bekerja dan ingin berehat buat sementara waktu sebelum kembali ke set penggambaran. Tetapi, apabila timbul isu dan balik ke sini, dah berserabut kepala,” ujarnya sambil berseloroh.

Lofa turut menjelaskan bahawa aktor kacak yang membintangi drama, “Kau Terindah”, Nazim Othman turut bercuti ke Phuket tetapi mereka tidak pernah bertemu semasa berada di sana, berikutan mereka ke sana bersama kumpulan masing-masing.

Selain itu, mengenai gambarnya bersama Hans Isaac, Neelofa melihatnya sebagai salah satu cara untuk menjatuhkannya.

“Benda ini berlaku secara kebetulan kerana saya bercuti di negara yang sama dengan Hans. Kalau betullah, baik saya 'upload' terus gambar saya dengan dia semasa berada di sana.” ujarnya.

Mengenai perkembangan terbarunya, Neelofa akan membintangi filem arahan Osman Ali yang berjudul 'Pilot Café' dan akan memulakan penggambaran sekitar Oktober ini.

PRU13: Selebriti Malaysia Sudah Tidak Sabar Untuk Mengundi

on Friday, 28 September 2012


PILIHAN RAYA UMUM (PRU-13) merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat di Malaysia baik parti kerajaan mahupun pembangkang.

Malah ada desas-desus yang mengatakan PRU-13 mungkin diadakan pada tahun ini.

Kini, pelbagai medium digunakan termasuk media cetak dan elektronik dalam menggesa rakyat untuk mengundi.

Begitu juga di kalangan selebriti, mereka juga harus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan membuang undi.

Jom kita tinjau, siapakah di antara selebriti kesayangan ramai ini yang turut menyahut seruan kerajaan untuk mengundi...

"Memandangkan ini adalah tahun pertama saya mengundi, saya akan membuat pilihan yang terbaik dalam memilih calon yang berhak. Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang, saya akan turun mengundi di peti pos, Lembah Keramat." -Ana Raffali-

"Tahun ini adalah tahun kedua saya turun mengundi. Sebelum ini, saya membuang undi di peti pos, Jalan Klang Lama. Kini, saya sudah berpindah alamat dan lokasi buang undi masih belum diketahui. Saya akan cek semula lokasi tersebut apabila tarikh PRU-13 diumumkan nanti." -Attilia-

"Sama seperti empat tahun lalu, saya akan membuang undi di peti pos, Keramat AU2, Gombak mengikut alamat yang telah ditetapkan. Tahun ini adalah tahun kedua untuk saya menentukan pilihan yang terbaik dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Saya turut berharap agar kesemua artis dan penggiat seni turut membuang undi dan menentukan pilihan yang tepat. Setiap undian anda berupaya mengubah segalanya" -Zed Zaidi-

“Tahun ini adalah kali pertama saya layak mengundi. Namun, undi saya adalah rahsia dan keluarga saya amat menitik beratkan hal ini kerana satu undi mampu mengubah segalanya. Sebagai selebriti, kita harus menjadi penggerak kepada masyarakat. Tidak salah sekiranya golongan artis terlibat dalam politik kerana ia adalah hak asasi sebagai seorang warganegara, terpulang kepada individu itu sendiri." -Shila Amzah-

Gambar Seksi Najwa Latif



Najwa Latif Seksi? Gambar Najwa Latif Seksi? Peh,macam-macam la yang korang dok google yek. Lagi-lagi time cuti sekolah sempena Deepavali aritu, keyword yang bukan-bukan je masuk blog aku ni. Hipotesis aku, makin lama budak-budak sekolah bercuti..semakin banyaklah keyword gambar seksi dan lucah yang masuk disearch oleh mereka. Tak percaya? meh tengok bukti sikit meh.
analytics daripada akaun Nuffanng aku, top search - Najwa Latif Seksi

Gambar Najwa Latif Seksi? Ada ke? Setahu aku, najwa latif ni sejak dulu lagi memang dah dikenali sebagai seorang YouTubers bertudung. Bukannya sebagai najwa latif yang seksi macam apa yang mereka-mereka dok google tu ye.

Gila sangap betul la orang kita ni kan? Agak-agak la kalau nak mengGoogle sekalipun, cubalah google benda yang bermanfaat sikit. Ni tak...najwa latif seksi jugak yang korang type.Adess..

Seriously, gambar najwa latif seksi memang takde dalam blog aku ni tapi kalau gambar najwa latif bertudung tu ada laa...nak tengok? Ni dia aku tepek satu. Nak lagi? Korang boleh usha sendiri kat fanpage Carta Hati-NajwaLatif ni okeh.

Okay,malas aku nak cerita banyak-banyak. Pengajarannya kat sini, gunakan lah Google tu sebaik-baiknya. Tak perlu kot nak search benda yang bukan-bukan. Dan kalau dah tak tahan sangat kan, google je la gambar seksi artis Hollywood nun, mesti melambak-lambak korang dapat daripada korang dok kecoh nak google Gambar Najwa Latif Seksi....tak berbaloi langsung. Lain la korang search tu untuk memalukan dan menjatuhkan dia...

KEEP ON SMILING:)

kredit : azri.my 

Shahiezy Sam Rancang Tamat Zaman Bujang

on Wednesday, 26 September 2012



PASTI ramai yang perasan apabila melihat poster yang diiklan di kebanyakkan panggung wayang tidak lagi dipenuhi dengan wajah pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam.

Memang sengaja mahu berehat di dalam bidang lakonan, Shaheizy Sam menyatakan niatnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2014 jika dipertemukan jodoh.

"Saya memang sengaja mengambil cuti untuk berehat seketika. Takut peminat bosan pula jika acapkali melihat muka saya di layar perak."

Dipetik dari laporan Sinar Harian, Shaheizy memberitahu dia mensasarkan bakal menamatkan zaman bujang untuk tempoh dua tahun lagi iaitu sekitar tahun 2014.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 30, hanya tersenyum memberi 1001 persoalan ketika ditanya sama ada dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam kini sudah memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Cats and Kids Entertainment dan bukan dikongsi bersama kakaknya.

"Ini merupakan syarikat produksi saya sendiri dan bukan dikongsi bersama kakak saya, Zizie yang turut mempunyai syarikat produksinya sendiri, 2121 Vision Pictures.

Diana Amir Rahsiakan Pertunangan, Ikut Syariat Islam

on Tuesday, 25 September 2012



PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata keputusan merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkannya untuk ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih.

“Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.

“Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Difahamkan, Habib yang berusia 20-an itu bertugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana.

Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.


.

Pelakon filem Salam Cinta itu berkata, dia enggan mencanangkan mengenai hubungannya dengan Habib demi menghormati keselesaan tunangnya itu yang tidak biasa dengan selok-belok dunia hiburan.

“Saya kasihan kepada dia kerana latar belakang dan profesion dalam bidang pendidikan adalah bertentangan dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi ini.

“Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami.

“Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini,” luahnya.

Diana berkata, dia dan Habib masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkahwinan kerana mereka mahu mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

“Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu,” jelasnya.

Mengenai kerjaya, Diana berkata, jadualnya kini terisi dengan komitmen sebagai penceramah motivasi untuk para pelajar di merata sekolah dan mengacarakan majlis-majlis korporat.

“Tumpuan sekarang adalah pada komitmen sebagai penceramah motivasi dan pengacara.

“Insya-Allah pada awal Oktober depan, saya akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem untuk Astro Oasis,” kongsinya.

Syamsul Yusof Tidak Kekok Berlakon Bawah Arahan Adik

on Sunday, 23 September 2012


SITUASI berlakon di bawah arahan adik sendiri kadangkala boleh menimbulkan perasaan kekok bagi seseorang pelakon, tapi perkara itu tidak terjadi kepada pelakon dan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

Dia terlibat memegang watak utama sebagai Zek dalam drama bersiri terbaru terbitan Skop Productions, Evolusi KL Drift: The Series, arahan adiknya, Syafiq serta seorang lagi pengarah muda berbakat, Rizal Ashreff.

“Saya tiada sebarang masalah untuk berlakon di bawah arahan adik sendiri, malah saya sebagai abangnya berasa yakin akan kebolehannya untuk mengarahkan drama bersiri walaupun Syafiq tiada pengalaman mengarahkan drama bersiri sebelum ini.

“Selain itu, Syafiq juga merupakan seorang pengarah yang teliti dan rajin dengan kerja yang dihasilkan sementara Rizal juga mempunyai pengalaman serta tahu konsep serta tempo untuk pengarahan drama Evolusi KL Drift ini,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri itu di Perbadanan Filem Malaysia (Finas), semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penerbit, Datuk Yusof Haslam, Pengarah Program RTM, Suhaimi Jamelin dan barisan pelakon drama itu seperti Puteri Sarah Liyana, Norman Hakim, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zach (X-Factor) dan Ridzuan Hashim.

Drama terbabit merupakan adaptasi daripada filem Evolusi KL Drift 1 dan 2 yang pernah diarahkan Syamsul sebelum ini bakal menemui penonton pada setiap hari Khamis bermula 4 Oktober ini di TV2.

Drama 26 episod ini turut diserikan dengan penampilan khas pelakon Aaron Aziz yang membawakan watak antagonis bersama Norman Hakim.

Ia berkisarkan perjalanan hidup Zek yang lahir dalam sebuah keluarga berada dan jiwanya memberontak apabila disuruhnya ayahnya untuk menyambung perniagaan keluarganya kerana minatnya lebih terarah kepada untuk membuka bengkel sendiri dan menjadi seorang mekanik walaupun dia mempunyai kelulusan yang tinggi.

Pelbagai konflik muncul apabila Zek bertemu dengan seorang gadis bernama Tasha (Puteri Sarah Liyana) yang turut berminat dengan sukan permotoran 'drift' selain kemunculan satu kumpulan haram yang diketuai Dino yang sering membuat kacau dalam hidup Zek dan rakan-rakannya.

Fasha Sandha di China menemani Jejai (4 gambar)

on Friday, 21 September 2012





Jejai atau nama penuhnye Rizal Ramli, suami kepada Fasha Sandha telah memenangi perlumbaan kereta
Lamborghini yang berlangsung pada 16 September di GuanDong International Circuit di China

Alyah Kian Pulih Dari Kecederaan Ditimpa Lampu


PENYANYI Alyah yang mengalami kemalangan ketika menghadiri rumah terbuka Hot FM pada 14 September yang lalu selepas ditimpa lampu 'spotlight', kini sudah pulih sebanyak 50 peratus.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, menurut pengurus peribadi Alyah, Shuib, dia yang sedang dirawat di Hospital KPJ Damansara, sudah pun berada di dalam keadaan yang stabil.

"Alhamdulillah, Alyah berada dalam keadaan yang stabil dan tiada apa yang serius. Cuma dia perlukan rawatan selanjutnya untuk tisu otot di bahagian belakangnya yang ditimpa lampu.

"Malah, doktor telah memberitahu bahawa Alyah sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisioterapi," kata Shuib.

Dalam pada itu, Shuib yang ditanya lebih terperinci mengenai keadaan Alyah enggan memberikan maklumat lanjut kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas membuat perjanjian dengan pihak Media Prima.

[Video] Tahniah! Shila Amzah Juara Asian Wave 2012!

on Thursday, 20 September 2012



SHILA AMZAH mengharumkan nama negara bila menjuarai pertandingan nyanyian yang melibatkan penyanyi-penyanyi popular dari negara-negara Asia seperti Jepun, China, Thailand, India, Korea dan banyak lagi.

Penampilan bertudung tidak menghalang langkah Shila untuk memukau juri dan ribuan hadirin dalam pertandingan yang diadakan di Shanghai, China tersebut. Shila mengalahkan da peserta lain pada peringkat akhir pertandingan itu.

Jom saksikan persembahan-persembahan Shila Amzah di Asian Wave 2012 sehingga pengumuman kemenangan untuk penyanyi cantik dan berbakat dari Malaysia itu.





SHAHEIZY SAM SASAR KAHWIN TAHUN 2004

on Wednesday, 19 September 2012


KELIBAT pelakon terkenal, Shaheizy Sam sejak kebelakangan ini jarang muncul di layar perak tidak seperti tahun lepas di mana wajahnya sentiasa menghiasi filem-filem tempatan.

Sam menyatakan memang dia sengaja mengambil cuti yang panjang untuk merehatkan dirinya buat sementara.

“Saya memang ambil cuti untuk berehat dan kalau terlalu kerap muncul di layar perak pun peminat akan bosan juga,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Mega Raya dan Pelancaran MySeniman di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Selain itu, pelakon yang pernah meraih Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 itu juga sudah menetapkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga seawal-awalnya dalam tempoh dua tahun lagi.

Dia ditanya demikian memandangkan pelakon seangkatan dengannya, Farid Kamil sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Diana Danielle awal bulan ini.

“Saya meletakkan sasar (tarikh) kahwin seawal-awalnya dua tahun lagi ketika saya berumur 32 tahun dan selewat-lewatnya sehingga ke akhir hayat," katanya.

“Tunggu saja dan doakan yang terbaik buat saya,” katanya yang juga merupakan adik kepada pelakon Zizie Ezette.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 30, hanya tersenyum memberi 1001 persoalan ketika ditanya Sinar Harian Online sama ada dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam diam-diam merehatkan diri, Sam sudah menubuhkan syarikat produksinya sendiri yang diberi nama Cats and Kids Entertainment.

“Ini merupakan syarikat produksi saya sendiri dan bukan dikongsi bersama kakak saya, Zizie yang turut mempunyai syarikat produksinya sendiri, 2121 Vision Pictures.

“Drama pertama menerusi syarikat milik saya ini akan dikeluarkan hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Sam turut menyatakan dia sudah kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram sejak bulan Ramadan lalu.

“Berat badan saya kini 62 kilogram dan saya merupakan individu yang cepat naik dan cepat turun berat badannya,” katanya.

Ketika ditanya rahsia, Sam berkata, dia hanya menjaga pemakanannya dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat.

AWEERA (MOJO) JAWAB ISU TAK BERDISIPLIN?!!



BARU-BARU ini, Media Prima Berhad telah mengadakan satu Majlis Rumah Terbuka untuk meraikan para pekerjanya di Sri Pentas, Bandar Utama. Nak dijadikan cerita, vokalis Mojo, Aweera yang dijadualkan membuat persembahan pada majlis tersebut tidak muncul pada petang itu.

Ramai pihak cuba menghubungi penyanyi kelahiran Perlis itu namun Aweera dikatakan tidak menjawab sebarang panggilan sehingga menjejaskan aturcara majlis serta membuatkan pihak penganjur mengalami kesukaran untuk mencari pengganti lain di saat-saat akhir.

Rasanya ini bukan kali pertama mendengar mengenai sikap tidak berdisiplin bekas finalis One In A Million ini. Berpeluang bertemu dengan Aweera pada Majlis Rumah Terbuka Star Radio Group di Hotel Swiss-Garden Residences, petang Selasa, digunakan untuk bertanyakan mengenai isu tersebut.

"Terus-terang saya cakap, saya demam, sakit mata dan sakit tekak waktu itu. Suara pun tak boleh nak keluar. Pada masa yang sama, keluarga saya terlibat dengan kemalangan pada hari itu," jelas Aweera mengenai isu yang timbul.

"Pasal isu tak jawab panggilan telefon, saya tak boleh fokus dan risau sebenarnya sebab semua perkara jadi serentak pada hari itu. Jika orang cakap saya tipu, saya ada bukti gambar kereta abang saya kemalangan. Sewaktu kejadian, emak, abang, kakak ipar dan adik saya dalam perjalanan untuk menonton filem pertama lakonan saya, Leftwings.

"Mujur emak saya hanya mengalami lebam-lebam, cuma enjin kereta saja yang hancur. Sebab itulah saya tak datang dan saya minta maaf jika saya menyusahkan ramai pihak. Tidak timbul isu tak berdisiplin sebab semuanya kerana faktor kesihatan. Sebelum ini pun saya dimasukkan ke wad selama 10 hari sebab disyaki terkena jangkitan kencing tikus."

Dalam perkembangan lain, Aweera kini sedang sibuk dengan proses merakamkan single keduanya bersama Mojo. Pada 29 September ini pula, Aweera bakal membuat persembahan di Konsert Kemuncak Suria FM di Putrajaya.

ERRA FAZIRA BAKAL MUNCUL DALAM TALK SHOW SENDIRI

on Tuesday, 18 September 2012



BAKAT lakonan yang dimiliki bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira sememangnya dikagumi peminat seni tempatan. Malah, Erra juga berjaya memikat hati peminatnya dengan suaranya yang gemersik menerusi lagu popularnya seperti Pasrah dan Jendela Hati.

Pun begitu, selain menyanyi dan berlakon, Erra juga sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan selepas berjaya menjadi hos dalam beberapa buah program TV sebelum ini.

Erra boleh diklasifikasikan sebagai artis wanita cantik yang telah membuktikan bahawa kejayaan yang dimiliki yang bukan bersandarkan pada wajah saja.

Bakat Erra dalam bidang pengacaraan akan diteruskan lagi apabila dia bakal muncul dengan sebuah program bual bicara dalam masa terdekat ini.

Dengarnya, menerusi program yang diberi nama Primadona itu nanti, Erra akan menyelami hati wanita dan mengorek rahsia beberapa lelaki terkenal tentang isu melibatkan wanita. Wah, kelas gitu.

Lebih menarik lagi, Erra tidak keseorang dalam program tersebut kerana Raja Azura, Ziela Jalil dan Rozita Che Wan akan turut sama bergandingan dengan Erra selaku hos.

Sungguhpun waktu tayangan program berkenaan belum diketahui, tetapi program yang dijadualkan berdurasi selama sejam itu akan disiarkan di Astro Warna.

Merisik lebih dalam lagi, idea untuk menerbitkan rancangan ini timbul berikutan kejayaan rancangan raya khas Erra yang telah disiarkan baru-baru ini. Kalau tidak silap, nama rancangan itu adalah Eh, Eh, Raya Erra.

Yang menariknya, penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dikhabarkan antara tetamu yang bakal dijemput oleh program ini.

Jika benarlah perkhabaran ini, bagaimana agaknya aksi si Apex apabila di apit oleh empat wanita cantik yang berstatus ibu ini.

Apapun, diucapkan syabas buat Erra. Walaupun hatinya diguris dengan gosip rumahtangga goyang, rezeki tetap memihak kepadanya.

ShilaAmzah Berjaya Ke Peringkat Akhir Pertandingan Asian Wave



TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi cantik, Shila Amzah atau nama sebenar Nur Shahila binti Amir Amzah diatas kejayaan meletakkan namanya di dalam senarai pendek peringkat akhir bagi pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai baru – baru ini.

Pertandingan yang cukup sengit ini turut disertai penyanyi dari seluruh Asia seperti Thailand, China, Jepun dan juga Korea.

Daripada 30 peserta hanya 12 finalis dipilih. Boleh dikira Shila Amzah antara penyanyi yang berbakat di dalam bidang nyanyian apabila suaranya diiktiraf pihak luar.

Gadis yang berusia 22 tahun ini turut dilihat antara penyanyi kegemaran pihak juri di sepanjang pertandingan apabila menyanyikan lagu kegemarannya "Set Fire To The Rain" nyanyian asal dari Adele. Shila menerima tepukan gemuruh dari juri dan juga penonton yang nyata amat meminatnya.

Pertandingan akhir bermula pada 20 September ini, semoga berjaya diucapkan kepada Shila Amzah yang kini tampak manis apabila bertudung.

Jom vote Shila Amzah di sini -------------> KLIK!!

Saksikan video-video persembahan Shila di Asian Wave...







WOW!! YUNA DICALONKAN DALAM MTV EUROPEAN MUSIC AWARD 2012




KALAU mahu diikutkan, sepatutnya Yuna sudah layak dianugerahkan dengan darjah-darjah kehormat ataupun gelaran Dato’. Apa tidaknya, sedangkan Shah Rukh Khan yang hanya mengadakan penggambaran di Melaka boleh, kenapa Yuna tidak pula, kan?
Bukan sekali, tapi ini merupakan kali ketiga Yuna dicalonkan dalam anugerah yang bertaraf antarabangsa apabila sebelum ini pernah tercalon dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards dan juga MTV Iggy’s Best New Bands in the World.
Kali ini, untuk seorang anak seni yang terus maju dan membawa nama Malaysia, Yuna telah mendapat peluang yang lebih membanggakan apabila dia tercalon dalam MTV European Music Award (EMA) 2012 untuk kategori “Best Asian Act”. Bukan alang-alang saingan Yuna, anugerah yang akan diadakan di Frankfurt, German, akan turut menyaksikan penyanyi kelahiran Alor Setar ini bersaing bersama Super Junior, EXILE, Han Geng & Jolin Tsai.
OHBULAN! rasa, satu Malaysia sudah kenal siapa Yuna ataupun Yunalis Zarai ini kan? Jadi apa tunggu lagi, anda boleh klik laman web rasmi MTV EMA 2012, dan undi bermula dari sekarang sehingga 9 November 2012. Undilah seberapa banyak kali pun. Kalau bukan kita, siapa lagi, kan? -oh!bulan

VANIDA SUKAR BERCINTA DENGAN SUAMI SENDIRI DALAM FILEM?!!



BIARPUN teruja apabila berlakon sebagai pasangan kekasih bersama suaminya Rashidi Ishak di dalam filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki buat pertama kalinya, namun aktres berkaliber Vanidah Imran akui tugas itu bukanlah semudah yang disangka.

Ketika Afdlin memberitahu saya dia mahu mengambil Rashidi untuk digandingkan dengan saya ssebagai pasangan kekasih di dalam filem ini, saya terkejut juga. Mungkin ramai yang ingat status kami sebagai suami isteri akan memudahkan lagi perjalanan penggambaran filem ini.

"Sebenarnya ia lagi sukar kerana walaupun kami ini suami isteri, namun saya dan Shidi tidak boleh terlalu selesa sangat bercinta di dalam filem ini. Sebab kami perlu tonjolkan perasaan cinta sebagai kekasih bukan sebagai suami isteri.

"Sebenarnya pemilihan Shidi bukanlah disebab dia itu suami saya, tetapi memang Afdlin mahukan dia menjayakan watak Affin, sementara saya pula sebagai Ujie. Mainan emosi merupakan perkara penting dalam filem ini.

"Nak wujudkan mood bercinta pula bukannya senang, dan kemesraannya juga berbeza bukan macam pasangan yang dah berkahwin. Tetapi apa yang boleh katakan, Afdlin punya sebab tersendiri memilih kami berdua dan bukan disebabkan status saya dan Rashidi,"jelas Vanidah mengenai cabarannya bercinta semula dengan suami dalam Untuk Tiga Hari.

Bercerita mengenai dunia lakonan, Vanidah akui masih belum puas menjadi anak wayang. Setelah 19 tahun mendambakan diri dalam dunia seni, dia masih menantikan tawaran untuk melakonkan watak dalam filem aksi.

"Antara watak yang saya belum pernah saya jayakan sepanjang bergelar pelakon adalah berlakon dalam filem aksi. Mungkin kerana imej yang sering dilakonkan lebih terarah kepada kewanitaan, tapi sebenarnya saya ini bukanlah terlalu sangat mahu 'kontrol' ayu.

"Tetapi tidak dinafikan, setelah 19 tahun berlakon ada ketikanya saya akan memilih watak-watak yang ditawarkan. Semua ini dilakukan demi mencari kepuasan untuk menjayakan sesebuah watak. Bukan kerana saya sudah lama berlakon.

"Namun begitu kejayaan sebuah filem atau produksi itu bukan hanya terletak di bahu pelakon semata-mata tetapi pengarah dan juga skrip memainkan peranan yang sangat besar. Dapat dilihat gabungan mantap seperti ini sering mencipta kejayaan kepada sesebuah filem dan produksi itu,"jelas aktres yang terkenal dengan lakonan mantapnya itu.

Selain Rashidi dan dirinya, filem Untuk Tiga Hari yang diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akasha ini turut dijayakan pelakon lain seperti Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Ainul Aishah, Zizan Nin serta Afdlin Shauki sendiri.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 20 September ini.

ANAK ANGKAT KEDUA MISHA OMAR??

on Monday, 17 September 2012

MENURUT Misha Omar, baby ini adalah 'orang baru'. Mungkinkah apa yang dimaksudkan oleh Misha ialah anak angkat terbarunya? Jika benar begitu, maka kini sudah dua oranglah anak angkat penyanyi yang bertunang dengan Firos Ezzwan Rossly, 30, pada Februari lalu.


Untuk info, Misha sebelum ini mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Tahniah diucapkan..! -myartis
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved