Konsert Solo Di DFP Semakin Hampir Jadi Kenyataan - Siti

on Sunday, 30 September 2012





Datuk Siti Nurhaliza mengakui wujudnya usaha untuk melaksanakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi syarikat produksi miliknya Siti Nurhaliza Productions.

Jelas Siti, perbincangan dengan pihak DFP masih berlangsung dan hampir mencapai kata putus. Konsert solo Siti bersama Malaysian Philharmonic Orkestra itu dijangka berlangsung selama dua malam dan dijadual diadakan pada Julai tahun hadapan.

"Buat masa sekarang kami masih belum menandatangani sebarang perjanjian, namun perbincangan yang berlangsung semakin hampir mencapai kata putus. Memang Siti berharap konsert solo di dewan berprestij itu akan menjadi kenyataan kerana peluang untuk menyanyi bersama Malaysian Philharmonic Orchestra bukannya datang selalu," jelas Siti yang ditemui sewaktu sesi ramah mesra bersama media di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam tadi.

Siti Nurhaliza merupakan artis tempatan keempat yang berpeluang untuk mengadakan konsert solo di dewan berprestij itu selepas Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan Datuk M.Nasir.

Penyanyi nombor satu negara itu pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di Konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim pada tahun 2001.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved