Hattan Rujuk Bekas Isteri

on Thursday, 1 November 2012


PENYANYI rock terkenal tanah air, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin telah menyatakan kein ginannya untuk merujuk kembali dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin.

"Saya tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa agar jodoh kami bertaut semula andai diizinkan Tuhan, jadi tidak mustahil jika kami berkahwin dalam masa terdekat," ujarnya seperti dipetik dari Metro Ahad.

Penyanyi rock berusia 48 tahun ini mengakui dia memerlukan Arianie di sisi kerana hidupnya tidak lengkap, malahan tidak sanggup melukakan hati anak lelaki tunggal mereka, Adam Eiman yang sentiasa berharap hubungan ibu bapa mereka bertaut kembali.

"Saya pernah menyuarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan berikan masa. Kini saya nampak kesungguhannya untuk kembali membina keluarga kami," ujar penyanyi yang terkenal dengan lagu "Mahligai Syahdu" itu.

Hattan dan Arianie telah berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai talak satu pada 10 Mac 2006 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Selepas bercerai, Hattan telah mengahwini Farah Asyikin Othman pada 11 November 2011 dan bercerai pada 12 Januari awal tahun ini. Manakala Arianie tidak pernah berkahwin lain sejak itu.

Sementara itu, Hattan memberitahu, anaknya tidak boleh menerima jika dia atau ibunya keluar dengan orang lain.

"Rasa tidak senang hati Adam saya hanya ketahui ketika kami menunaikan umrah. Saya bertanya apakah doa dia di depan Kaabah. Dia meminta agar mak dan ayah tak jadi berkahwin dengan pasangan masing-masing.

"Ia membuat saya sedar dan sebagai seorang bapa, saya sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaannya."

Tambahnya, kesilapan dahulu ketika berumah tangga telah membuka mata dan mindanya untuk melakukan perubahan ke arah lebih baik.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved