Biadab! Farahana Jamaluddin - Imej Nik Aziz Sama Dengan Ayah Pin??

on Friday, 30 March 2012

Salam sejahtera... Setelah menyamakan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ayah Pin (pengamal ajaran sesat), hari ini Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin menggesa TG Nik Aziz mencontohi Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatan.


Buat apa nak suruh Nik Aziz letak jawatan? Kerana takut UMNO tak dapat rampas Kelantan? Atau cuba alihkan isu skandal lembu? Shahrizat memang jelas dengan skandal yang tercalit berhubung kes pecah amanah suaminya jadi memang wajar dia letak jawatan. Dan, ulama yang perjuangkan Islam takkan penat untuk berhenti memperjuangkan agamanya, Itu beza TG Nik Aziz dengan Shahrizat Jalil.

Sehingga hari ini, TG Nik Aziz Nik Mat tidak pernah terlibat dengan salah laku sepanjang menjadi Menteri Besar Kelantan. Janganlah hanya pandai ‘berlakon’ mengaburi mata orang ramai wahai Farhana. Insaflah!!!

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Percutian yang mendamaikan said...

pompuan ni...haiii hanya Allah mengahtahui


31 July 2013 at 01:37

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved