Gadis Reka Hadis Palsu Untuk Kepentingan Sendiri!

on Saturday, 31 March 2012

Hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram disamping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri. Jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.


Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak. Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).

Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved