Cikgu dibuang kerja kerana menyiram murid yang sedang berasmara

on Friday, 30 March 2012

Seorang guru di sebuah Sekolah Menengah, di Amerika Syarikat (AS), dibuang kerja kerana menyiram dua muridnya yang tengah bermesraan, dengan sebaldi air. Guru yang namanya dirahsiakan itu, diberi cuti, sementara pihak berwajib menyelidiki insiden di Sekolah Tinggi Overton, Nashville, Tennessee, AS, tersebut.

Menurut sebuah akhbar, guru itu menyiram kedua pelajarnya ketika mereka tengah berciuman dan berpelukan di koridor sekolah. Di akaun Facebooknya, guru itu nampaknya tidak menyesal atas perbuatannya. Menurutnya perbuatan itu berhasil membuat kedua pelajar itu untuk memutuskan hubungan mereka.

"Saya mendapat masalah di sekolah hari ini. Saya melemparkan sebaldi air di dua anak h *****g di lorong sekolah tinggi, di mana saya merancang untuk menyekolahkan anak tua saya kesana tahun depan. (Perbuatan saya) rasanya berhasil, dan mereka berhenti," katanya.

Tapi ibu dari salah seorang remaja itu, yang masih berusia 16 tahun, mengecam tindakan guru itu. Maggie Tiefenthal, ibu dari remaja lelaki itu, menilai perbuatan guru itu terhadap anaknya dengan seorang murid perempuan tidak boleh diterima.

"Mereka bukan anjing. Itulah yang anda lakukan untuk anjing dan mereka bukanlah binatang, anak saya berasa sangat malu. Dia kesal, dia mengamuk," ujarnya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved