PUSAT TUISYEN EDAR GAMBAR HINA SAHABAT NABI SAW

on Sunday 29 July 2012





Tangkak:Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama!Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen disini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek  sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Kadi Dearah Ledang,Sulaiman Maidin berkata,dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan yang tidak baik.

Katanya,nota tingkatan empat,bab lima,kerajaan Islam di  Madinah  memaparkan karikatur 16 sahabat Nabi dan paling menyedihkan,watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir.
Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iatu Syaidina Uthman Affan dihina dengan karikatur dan digambar sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkhawinan umat Islam.

Gambaran dilakukan  guru sejarah pusat tuisyen itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana rasa terhina atas perbuatan yang dianggap melampau batas itu.
Zubir Al-Awwam antara 10 sahabat nabi yang dijamin  masuk syurga dan pengiktirafan itu menggambarkan kedudukan tinggi Zubir Al-Awwam di sisi Allah

Jadi adalah tidak wajar sahabat nabi itu digambarkan dengan karikatur haiwan haram berkenaan,”katanya ketika ditemui dipejabat agama Dearah,disini semalam.

Menurutnya,pejabat menerima aduan berbentuk nota yang diserahkan oleh seorang lelaki pada 4 julai lalu.
Katanya,nota itu ditemui di tepi longkang sebuah sekolah menengah Tangkak oleh pelajar sekolah itu.

Ia kemudian diserah kepada guru agama sekolah berkenaan sebelum diserahkan kepada anggota kami.

Berikutan penemuan itu kami mambuat laporan  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya,”katanya.

Selain itu katanya,kementerian dalam negeri(KDN) perlu menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas.

Katanya sebagai pusat tuisyen yang bertanggungjawab,pengurusan premis  itu perlu meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan itu menyinggung umat Islam Negara ini.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Ledang,Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

-Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved