Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunanPasseriformes . Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia , New Guinea dantenggara Australia . Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies , yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan .
Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor , sayap atau kepala . Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah , dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif .
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea , termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar , Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan.
Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka , yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka . Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - (tanpa kaki).
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit , dengan spesiesParadisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek . Yang lain , seperti spesiesCicinnurus dan Parotia , mempunyai tarian mengawan yang khusus , dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo .
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment