Gambar Peserta Program Realiti ‘BERAKSI PANAS’ Dibongkar Kembali!

on Monday, 30 September 2013


MURAI Batu tak tahu nak cakap apa lagi pasal isu yang melibatkan aksi-aksi panas kat dalam online ni.
Rasa, bukan sekali dua benda ni berlaku pada bintang-bintang realiti yang baru nak naik dalam industri ni.
Tapi dah banyak kali dah. Tapi, masih ada jugak insan-insan yang tidak guna akal yang tetap nak lakukan benda-benda macam ni.

Lepas tu, bila mula nak ceburkan diri dalam bidang ini, aksi-aksi panas yang melibatkan bintang realiti ini terus diselongkar, didedahkan dan dipanas semula oleh pihak-pihak tertentu.

Siapa yang kena tanggung malu?

Macam yang berlaku kat seorang bintang realiti ni!

Program realiti yang melibatkan penyertaannya baru saja mula ditayangkan di skrin televisyen, tapi gambar panas masa lampaunya sudah pun tersebar meluas di serata alam.

Padahal gambar itu sudah lama diambil sejak beberapa tahun dulu.

Agaknya masa buat tu si bintang realiti ni tak fikir panjang.

Nak glamor punya pasal, dia sanggup beraksi panas.

Sampai, ianya jadi isu besarlah di dalam akhbar.

Tapi, bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya, terlajak perbuatan, diri binasa!

Sekarang ni, nak buat apa-apa pun tak guna. Sebab, benda dah berlaku. Nasi dah jadik bubur. Damage has been done.

Jadi, mahu tak mahu, si bintang realiti ni kenalah terima hasil dan kesan daripada perbuatan masa lampaunya.

Takpelah, kalau tak jadi bintang realiti pun tidak mengapa. Sebab dia ini pun sudah ada pekerjaan yang tetap. - Murai

GEMPAR …. Aaron Aziz Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Ski Di Switzerland?




September 30, 2013

Sebuah laman web yang dikenali dengan nama Global Associated News melaporkan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ‘snow board’ di satu kawasan dikenali sebagai Zermatt Ski Resort di Switzerland.

Menurut laman web berkenaan, Aaron diterbangkan menggunakan helokopter untuk mendapat rawatan perubatan tetapi dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan.


Aktor berkenaan dikatakan memakai topi keledar keselamatan dan tidak terbabit dengan dadah atau alkohol ketika kejadian.

Ok…sebelum meneruskan lagi…biar kami beritahu bahawa berita itu adalah PALSU.

Alhamdulillah Aaron Aziz masih sihat dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT.


Penulis tak tahulah ini apa punya laman web nama Global Associated News ni…etika kewartawanan di tahap 0 peratus.

Selepas mewujudkan keriuhan dan menakutkan orang – di bawah berita itu ada disclaimer yang mengatakan berita ini 100 peratus palsu dan ini adalah laman web hiburan (klik pada imej untuk diperbesarkan).



Kononnya berita berkenaan ditulis sebagai hiburan semata-mata.
Buat lawak dengan kebenaran nyawa orang semata-mata untuk hiburan.
Aaron nampaknya menjadi mangsa ‘internet death hoax’.

Sayangnya setakat ini masih ramai yang percaya bahawa Aaron benar-benar telah meninggal dunia dan ia trending di Twitter.

“Is it true that aaron aziz died?!”

“For real ah Aaron Aziz died?!”

“Is aaron aziz really dead?!”

“Aaron Aziz dead?! Nooooooooo D’:”

Ok… tolong sebarkan bahawa ia tidak benar dan Global Associated News hanya menipu. Aaron Aziz boleh pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas laman web itu yang penulis rasa beroperasi di luar negara

Apabila Leuniey Natasha tayang perut, isteri Khairul Fahmi (5 Gambar)


Sejak Leuniey dan Khairul Fahmi umum isterinya mengandung, amat jarang kami lihat Leuniey memuat naik gambar perot-nye. Namun selepas lebih kurang 6 bulan mengandung, Leuniey telah memuat naik gambar terkini perot-nye yang mengandung. Gambar penuh selepas ini.






Zain Saidin Akhirnya Merisik Rozita Che Wan

on Sunday, 29 September 2013



Gambar yang dihantar oleh sumber kepada mStar Online



PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.

"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Gambar cincin tanda merisik Rozita yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.


Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.

mStar Online turut menerima gambar kiriman individu yang hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media.
Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Terdahulu pada Jumaat lalu Zain memberitahu mStar Online dia terkejut apabila timbulnya khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut.

Credit to: mstar online

Isi kandungan laporan polis isteri Mat Yo




Isi kandungan laporan polis isteri Matyo - Jika video isteri Matyo hanya mula tersebar empat hari lalu, laporan polis yang dibuat oleh Siti Aisya Adam pula dibuat lebih awal daripada masa itu. Yang menariknya, terdapat percanggahan ketara antara agenda dalam video berkenaan dengan isi kandungan laporan polis itu.





"PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA."


Adakah laporan polis yang dibuat isteri Matyo hanya palsu semata-mata? Jika tidak, kenapa jauh sangat menyimpang daripada isi kandungan dalam video rakaman asal? Pelik bin Ajaib. Ataukah video tersebut yang direka-reka untuk menjahanamkan pengawal keselamatan !!!


Sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan




KUALA LUMPUR, 5 FEB 2013: Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.

Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.

"Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.

"Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.

"Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya," katanya kepada murai.com.my.

Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.

"Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.

"Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.

"Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini," jelasnya.

Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.

"Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.

"Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.

"Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya," jelasnya.

Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu.

Sumber: murai.com.my

ISTERI MAT YO MOHON MAAF – INSIDEN KEKECOHAN DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN,KEBENARAN AKAN TERBONGKAR?

on Saturday, 28 September 2013



Menerusi laporan portal Berita Harian, Siti Aisya (nama isteri Mat Yo), memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.


Aisya berkata , Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

Tambah Aisya, Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Aisya berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis.

Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul.

Semoga dengan permohonan maaf ini, dapat menjernihkan kembali keadaan, “kita manusia semestinya tidak boleh lari dari membuat kesilapan”…Enjoice!!!

Masih Dara? Pertanyaan Kepada Emma Maembong (VIDEO)


Pertanyaan kepada Emma Maembong....Saksikan videonya...

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya


Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

(TAHNIAH)Adam AF Sah Suami Fiza Elite Dengan Sekali Lafaz

on Wednesday, 25 September 2013

Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, sebentar tadi Adam AF dan Fiza Elite telah pun bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua.


Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anda berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



JAWAPAN AERIL ZAFREL – DAKWAAN WAWA ZAINAL KINI HAMIL DAN SUDAH BERNIKAH?


Pelakon drama bersiri ‘Cinta Jannah’ slot akasia tv3, Aeril Zafrel , menjawab dakwaan yang beliau telah bernikah dengan pelakon,Wawa Zainal dan Wawa kini dikatakan telah hamil.Dan mungkin dakwaan ini timbul kerana pelakon wanita yang didakwa menjadi isterinya itu kebetulan sedang berehat di kampung halamannya di Sabah sejak empat bulan lalu kerana berubat akibat penyakit misteri atau bahasa mudahnya penyakit berkaitan makhluk halus.

Jawapan Aeril Zafrel : Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”.

Dalam laporan sama Aeril juga menyatakan dia dan Wawa hanyalah sahabat baik dan mengesahkan yang temannya itu sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat. Dia juga memohon pada mana-mana pihak supaya berhenti daripada membuat spekulasi kononnya Wawa kini sedang hamil.

Tambah Aeril Zafrel, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa”.

Semoga Wawa cepat sembuh dan kembali bergiat dalam dunia seni tanah air.

Kereta One Forteen Kena Pecah!


One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifudin terkejut apabila melihat cermin keretanya telah dipecahkan setibanya dia di tempat letak kereta.

Kejadian ini berlaku di tempat letak kereta di Subang Parade.

Kejadian tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh One menerusi laman instagram miliknya malam tadi dengan status berbunyi :

“Apa yang kau mahukan? Sampai pecah keta aku. Hai, Sabar…”

Walaubagaimanapun, One memberitahu bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut.

One juga meminta supaya para peminatnya tidak perlu risau kerana dia berada dalam keadaan selamat dan menganggap setiap yang berlaku ada hikmahnya.

VIDEO: ISTERI MAT YO HINA PENGAWAL KESELAMATAN









Video ini mula menjadi perhatian ramai semalam dan ianya menunjukkan perilaku isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.


Akibatnya ramai orang yang membalas perbuatan isteri Mat Yo tersebut dengan kritikan pedas di laman sosial.


Enjoy video WTF ni kat link niIsteri Mat Yo Maki Pak Guard



Adakah isteri Mat Yo punca prestasi bintang JDT tersebut merudum jatuh? Bincangkan…

UPDATE:

Respon seorang pembaca di Facebook,





Lagi UPDATE daripada pembaca di Facebook,

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?


Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI).

Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.
Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,


Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin



3 Gambar Siti Hajar Binti Aladin






P/S : Apa pendapat anda mengenai ulasan yang telah diberikan oleh adik Siti Hajar Binti Aladin ini?

SERIUS : KELUARAN PROTON YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU PADA TAHUN 1994 (3 Gambar)

on Sunday, 22 September 2013

Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wirayang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'.


Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkatfasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah:


Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.
Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.


Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.


Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.
Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.
Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.

Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau "bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira setahun lagi". Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan tentang pemilihannama "Sembilu" itu. Tak mungkin nama itu berdasarkan tajuk filem popularSembilu (hanya mula tayang Ogos 1994), tapi mungkinkah ia berdasarkan tajuk lagu popular Ella, Sembilu (keluaran 1992)?


Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah

Akhirnya, Norish Karman telah mengaku bahawa dia telah lahirkan anak luar nikah. Sebelum ni, kecoh dengan penyebaran gambar Norish Karman berada di hospital swasta di Subang pada tahun 2011. Menurut Norish, anak yang diberi nama Haq Lutfie Alexander itu dilahir pada 24 September 2011.


Kenyataan Dari Norish Karman

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” katanya dipetik sebagai berkata kepada media. Namun bila ditanya tentang status anak tersebut, Norish bagaimanapun masih lagi enggan mendedahkannya. Katanya, biarlah kehadiran anaknya itu menjadi rahsia antara dirinya dengan Allah SWT.


“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita dan ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” tambahnya bersungguh



Sumber: Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah | melvister.com

Kembar Neelofa?



Memang ada rupa..inilah dia Lydia Izzati yang dikatakan kembar pelakon cantik Neelofa.

Bayi Itu Adalah Anak Angkat Saya – Jue Aziz

on Saturday, 21 September 2013

Menghilangkan diri selama satu tahun nampaknya telah menimbulkan beberapa persoalan orang ramai terhadap Jue Aziz. Tambahan pula apabila Jue Aziz muncul dengan seorang bayi. Ramai yang menganggap Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, bayi yang sering dilihat bersama Jue itu adalah anak angkatnya, bukan anak kandung.
Malah Jue Aziz turut mengakui yang dia menyusukan bayi tersebut. Senanglah bila anak angkatnya dah besar nanti. Keputusan untuk mengambil anak angkat ini kerana Jue masih belum menemui jodohnya. Kata Jue kepada Berita Harian:-


Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?

Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat

Hmmm. Mana tahu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Jue Aziz ini, akan ada hati lelaki yang terbuka untuk masuk meminang dirinya. Memang terserlah sisi penyayang Jue ketika bersama anak angkatnya ini. Jue juga turut kecewa apabila keikhlasannya untuk membesarkan anak angkat dipertikai orang ramai.


Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.

Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran


Pedulikanlah kata-kata orang. Bukan semua orang faham dengan pengorbanan yang kita lakukan. Yang penting, Jue bahagia dengan anak angkat tercinta. Mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Jue cepat-cepat bertemu jodoh. Jaga anak berdua dengan suami tentu lebih seronok. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved