Mereka mengatakan Tun Abdul Razak Bersekongkol Dengan Jepun

on Wednesday, 18 September 2013







Belum reda bahang isu wajar ataupun tidak jenazah atau abu mendiang setiausaha Parti Komunis Malaya, Chin Peng dibawa pulang sesetengah pihak secara membabi buta menyiarkan foto Tun Abdul Razak semasa menjalani latihan tentera jepun dengan tujuan menghina Tun sebagai pengkhianat. Benarkah kita memahami secara menyeluruh atau lebih tepat dengan jujur sebelum menyerang almarhum secara membabi buta kononnya bersekongkol dengan Jepun?. Kenapa kita tidak secara jujurnya MPAJA juga bersekutu dengan pihak British menentang Jepun bahkan Chin Peng sendiri mendapat pingat daripada pihak British. Bukan disini tujuannya kita mahu mengagung-agungkan sejarah penjajah baik British mahupun Jepun kerana kedua-duanya tetap penjajah.



Jika pihak-pihak tertentu itu jujur membicarakan tentang sejarah kenapa dalam masa yang sama mereka tidak membicarakan soal perjuangan Tun Abdul Razak menentang Jepun?. Buktinya memang ada dalam lipatan sejarah Tun Abdul Razak juga turut sama menyertai gerila Force 136 bahkan almarhum juga pernah menerbitkan akhbar bagi menetang propaganda Jepun.




Barisan kedua paling kanan, Tun Abdul Razak bersama Gerila Force 136

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved