Kenyataan Dari Norish Karman
“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” katanya dipetik sebagai berkata kepada media. Namun bila ditanya tentang status anak tersebut, Norish bagaimanapun masih lagi enggan mendedahkannya. Katanya, biarlah kehadiran anaknya itu menjadi rahsia antara dirinya dengan Allah SWT.
“Saya seorang anak, wanita dan ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” tambahnya bersungguh
Sumber: Norish Karman Mengaku Lahir Anak Luar Nikah | melvister.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment