JAWAPAN YASMIN HANI – ISU TAYANG PERUT BERLUKISAN POKOK?

on Thursday, 19 September 2013



Menerusi laporan malaysiandigest, “Gambar tersebut adalah untuk koleksi peribadi saya,” ujar pelakon serta pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kontroversi miliknya yang kini menjadi bualan hangat di laman-laman blog tempatan.

Gambar yang menampakkan bahagian perut Hani yang kini sedang hamil 32 minggu itu mendapat kecaman serta kritikan teruk daripada peminat, di mana rata-rata mereka mempersoalkan mengenai tindakan pelakon filem ‘Duyung’ itu yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.

Luahan Yasmin Hani : Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini.

Dalam pada itu , Yasmin berkata, kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan? Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini.

Tambah Yasmin, saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri. Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved