Lupakan Viagra, ada cara yang lebih menyeronokkan bagi meningkatkan stamina seks anda

on Saturday, 30 June 2012

Ubat-ubatan seperti viagra boleh mengatasi susah ereksi dan kurang stamina ketika berhubungan seks. Namun jika anda tidak ingin memakan ubat-ubat yang mahal dan terdapat kesan sampingan, ada cara yang lebih murah dan menyeronokkan. 
Menurut kajian terbaru di Univeristy of Washington, lelaki yang baru saja bermain bola sepak mengalami peningkatan hormon testosteron yang rata-rata 30 peratus. Hormon seks lelaki ini salah satu fungsinya adalah meningkatkan ghairah dan stamina ketika anda menjalinkan hubungan suami isteri.
Peningkatan ini bersifat sementara, namun cukup lama untuk memberi waktu bagi lelaki untuk menemui pasangannya di rumah masing-masing. Hingga kurang lebih 1 jam selepas Permainan, kadar hormon testosteron rata-rata masih 15 peratus lebih tinggi dari normal.
Fakta lain yang istimewanya, kesan ini paling dirasakan oleh lelaki yang bermain di posisi sebagai striker dalam permainan bola sepak. Dibandingkan lelaki yang bermain posisi lain seperti pertahanan dan penjaga gol, striker mengalami peningkatan hormon testosteron yang paling ketara.
Peningkatan kadar testosteron ketika bermain bola sepak berlaku sebagai mekanisme semulajadi tubuh untuk mempertahankan diri dari risiko jangkitan. Gerakan yang penuh tenaga disertai hubungan fizikal dengan pemain lain merupakan isyarat bagi tubuh untuk menjangka kemungkinan kecederaan dan jangkitan.
“Menjaga kadar testosteron tetap tinggi boleh menjaga sistem kekebalan tubuh,” seperti dipetik dari Dailymail, Isnin (2/4/2012).
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved