Pegang Tangan Wanita Boleh, Buka Baju Tidak – Aeril Zafril

on Sunday, 24 June 2012

Tertarik sebentar dengan artikel dari Gua mengenai Aeril Zafrel yang bertajuk “Aeril Zafrel Enggan Buka Baju, Pegang Tangan OK“.
Hairan juga OHBULAN! setelah habis membaca keseluruhan artikel tersebut. Aeril dalam kenyataannya kepada Gua, selepas filem lakonan terbarunya, ‘Hanya Aku Cinta Kau Seorang’ (HACKS), dia tidak mahu lagi mendedahkan tubuh badannya seperti membuka baju di depan kamera.
“Selepas filem HACKS, saya tidak mahu lagi melakonkan adegan-adegan yang memerlukan saya membuka baju. HACKS adalah yang terakhir. Saya harap pengarah dan pihak penerbit boleh faham dengan pendirian saya ini. Jika ada yang tidak senang, saya tidak akan terima tawaran berlakon daripada mereka. Saya nekad tidak mahu melakukannya lagi.”
Namun, dia tidak pula menolak untuk memegang tangan wanita jika perlu didalam filem lakonannya. Ini menimbulkan komen negatif dari pembaca Gua iaitu Aaron Azwan.
Ada juga pembaca yang gembira dengan keputusan yang diambil oleh Aeril.
Jelas Aeril lagi, dia mengambil pendekatan ini kerana dia tidak mahu membuat perubahan secara mendadak. Biarlah ianya sedikit demi sedikit. Bagi Aeril, memegang tangan wanita dalam filem lakonannya dianggap sebagai tuntutan kerja.
Untuk pengetahuan, Aeril kini sedang giat mempelajari ilmu agama dan sudah masuk 3 bulan semenjak dia mendekatkan diri padaNya. Aeril turut memberitahu dalam masa cuti yang diambil, dia mengambil kesempatan untuk melawat pusat-pusat pembelajaran agama di beberapa buah negara untuk menuntut ilmu.
“Sekarang sudah masuk tiga bulan saya mempelajari ilmu agama atau mengenal diri sendiri. Dalam tempoh itu juga, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mahu berehat seketika,” menurut Aeril dipetik dari Gua. - oh!bulan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved