Iqram Dinzly Gemar Beraksi Di Lensa Kamera

on Friday 22 June 2012

Iqram Dinzly
Nama pelakon lelaki, Iqram Dinzly semakin hari semakin mendapat tempat di hati peminat-peminatnya.

Melihatkan lakonannya yang pelbagai watak dalam drama atau pun filem, ramai penonton yang cair melihatkan kebolehan dirinya lebih-lebih lagi apabila memegang watak yang romantik.
Malah, ada juga peminat-peminat wanita yang mungkin tergila-gilakan pelakon lelaki itu memandangkan Iqram juga memiliki wajah yang sangat tampan.
Di sebalik umum mengenali Iqram hanyalah sebagai pelakon sahaja, mungkin tidak ramai yang mengetahui Iqram sebenarnya gemar beraksi di depan lensa kamera.
Malah, boleh dikatakan dia juga mempunyai bakat untuk menjadi seorang model.
Di profil instagramnya sahaja, sudah banyak gambar-gambar menarik yang di muat naik oleh Iqram untuk tatapan peminat-peminatnya.
Iqram juga sebenarnya gemar makan apabila dia juga banyak memuat naik gambar-gambar makanan yang menarik dan lazat.
Layaklah buat diri Iqram yang bakal menjadi pengacara baru dalam Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) untuk musim ke-19 bermula 1 Julai depan.
Jadi, memang berbakatlah Iqram dan perkara itu tidak boleh disangkal lagi.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved