Saya Amat Mencintaimu Filem Arahan Pertama Syafiq Yusoff

on Saturday 23 June 2012

shafiq yusof haslam pengarah filem sam
Kami rasa mesti ramai yang tidak mengenali siapakah Syafiq Yusoff ni bukan? Untuk pengetahuan anda semua Syafiq Yusoff merupakan anak kepada pengarah dan penerbit terkenal di Malaysia, iaitu Dato’ Yusoff Haslam. Selepas ini Malaysia akan digegarkan lagi dengan filem hasil buah tangan pengarah muda seperti abangnya iaitu Syamsul Yusoff.
Walaupun filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) sudah lama di siapkan, namun baru-baru trailer dipertontonkan kepada umum untuk tujuan promosi yang di buat oleh pihak Skop Production ini. Apa yang menariknya Syafiq mula menghasilkan filem ini ketika dia berumur 18 tahun. Wow!
Kami dapat merasakan filem ini menelan sekurang-kurangnya hampir sejuta ringgit apabila di lihat dari segi pengambilan pelakon dan jalan ceritanya.
syafiq yusoff
Wah! Memang bertuah betul Syafiq yang dilahirkan di dalam empayar Yusoff Haslam ni bukan? Muda-muda lagi dah boleh bergiat dalam industri perfileman secara serius apatah lagi dengan adanya tunjuk ajar daripada Ayahnya yang juga pengarah dan penerbit terkenal dan juga abangnya Syamsul Yusoff yang bakatnya dalam mengarah filem diakui oleh semua orang.
Sebelum kita menyerbu ke pawagam untuk menonton filem ini, rasanya eloklah sekiranya kita ambil tahu beberapa maklumat berkaitan dengan filem ini.
Trailer Saya Amat Mencintaimu
Barisan Pelakon Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM)
Para pelakon dalam filem ni ialah
Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Nasir Bilal Khan, Lydiawati, Harun Salim Bachik, Mubarak Majid dan Fimie Don.
Sinopsis Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM)
SAM terbitan Skop Productions mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan mencintai Lisa yg jugak rakan sekerjanya. Sementara tu Lisa sering diganggu oleh Haikal dan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara Sam dan Haikal. Dalam pada tu muncul pulak lelaki hensem bernama Jefri yang menaruh hati kepada Lisa. Nak tahu lebih lanjut? Kenalah tunggu bila tayangan di pawagam pada 19 Ogos 2012 untuk tayangan aidilfitri nanti ya.
Untuk ketahui perkembangan mengenai Syafiq Yusoff ini anda bolehlah layari laman blognya iaitu – http://syafiqrevolution.blogspot.com/ atau channel Youtube –http://www.youtube.com/user/fiq000s
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved