Awesome. Pertama kali mendengar lagu You Came To Me dendangan Sami Yusuf dan Datuk Siti Nurhaliza, Abang Nara terus terpaku. Gabungan suara yang sangat padu, lirik yang amat bermakna dan melodi yang menenangkan jiwa. Memang lagu ini sangat best!!!
Pendapat Abang Nara, Datuk Siti sudah pastinya memikirkan perkara ini masak-masak dan itu adalah keputusan yang terbaik dari dirinya. Walaupun memang sangat molek sekiranya Datuk Siti bertudung lengkap ketika menyanyikan lagu ini, namun perkara yang lebih penting ialah mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu You Came To Me ini. Penampilan Datuk Siti hanyalah satu perkara kecil berbanding mesej yang boleh kita terima dengan mendengar lagu ini. Apa kata anda?
UPDATE: Terima kasih di atas feedback anda. Abang Nara tak pernah bermaksud untuk menyatakan aurat itu satu perkara yang kecil. Namun untuk kes Datuk Siti, kita semua sedia maklum yang dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menutup aurat sepenuhnya. Jadi rasanya Datuk Siti pun mahu kita mendalami mesej yang cuba disampaikan berbanding bergaduh mengenai penampilannya di dalam video ini. Terima kasih.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment