Menurut Linda Hashim, beliau hanya menyedari kemungkinan hamil selepas sering tidak sihat dan mengalami pelbagai simptom-simptom ibu mengandung.
“Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya juga tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan”
“Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah. Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini,” tambah Linda Hashim lagi.
Tahniah kami ucapkan buat keluarga Linda Hashim & Beego.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment