Betapa biadap & agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .
Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH”
Al-Baqarah: 120
Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini oleh pages ANALISIS POLITIK TERKINI yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .
Jika anda perhatikan banner "Allah Maha Pengasih " , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ?
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak cucu kita akan mengucapkan “La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH”; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada ALLAH sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai ALLAH Maha Esa?Atau dia sedang merujuk kepada ALLAH Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari kristian – ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Roh Kudus!
GPB mohon pihak berkuasa iaitu POLIS menyiasat NGO ini kerana perbuatan mereka ini salah kerana Mahkamah Rayuan hari ini belum membuat keputusan berhubung rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.
Individu daripada NGO yang menganjur kursus haram iniadalah macai tegar pembangkang
yangcukup menyokong kuat Kalimah Allah digunakan Kristian
Kalau banner tajuk kursus ini tertera Kursus Allah Roh Kudus , pasti
berpuluh laporan polis dibuat & kursus ini akan disiasat
pihak polis
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment