‘Saya masih isteri Zahrin’

on Tuesday, 10 September 2013

Kuala Lumpur: “Saya masih isteri Zahrin yang sah, tapi tergamak dia mengaku sudah menduda dua tahun. Ini betul-betul mengaibkan saya dan keluarga,” kata Siti Mazlinah Chick, 33.

Dia yang mesra dipanggil Delyn mengaku terkilan sebaik dihubungi rakan dan saudara mara mengenai berita perkahwinan suaminya, Penasihat Undang-undang Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zahrin Ishak dengan Gadis Muka 2 (GM2), Tyra Remy dalam sisipan Metro Ahad semalam.

Jelas Delyn, dia sedia maklum dengan perkahwinan pasangan terbabit Ogos lalu dan menerima khabar berkenaan dengan reda.
“Namun saya kecewa sebaik membaca pengakuan Zahrin yang mendakwa dirinya berstatus duda sejak dua tahun lalu. Kalau sudah jodoh itu tak apa, tapi tak payahlah malukan saya dengan cara ini.

“Mak orang paling sedih bila membaca kenyataan Zahrin, sedangkan wanita itu banyak membantu menjaga anak kami, Adrian Zafar Zahrin (13 bulan) ketika sakit baru-baru ini.

Menurut Delyn dia sebenarnya tidak mahu banyak soal mengenai pernikahan Zahrin dengan Tyra kerana sedar perkahwinan yang dibina dengan lelaki terbabit di Songkla, Thailand pada 2011 masih belum didaftarkan di negara ini.

“Memang perkahwinan kami serba kekurangan...majlis resepsi yang dirancang juga tertangguh sehingga kini. Tapi janganlah soal maruah diperjudi.

“Apa tanggapan keluarga dan masyarakat terhadap bayi kami? Anak baru mencecah usia setahun, tapi bapanya menduda dua tahun? “Kalaupun ada perselisihan antara kami sebelum ini, tidak bermakna ikatan perkahwinan boleh putus begitu saja,” katanya yang turut merujuk status pernikahannya dengan suami di mahkamah baru-baru ini.

Cerita Delyn, dia ada menghubungi Tyra sendiri untuk memaklumkan status Zahrin yang masih suaminya sebelum pasangan itu bernikah, namun tidak membawa sebarang perubahan.

“Saya beritahu Tyra, dia keluar dengan suami saya. Tapi Tyra lebih percayakan dakwaan Zahrin yang mengaku duda.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk ke mahkamah untuk mengesahkan status perkahwinan, sebelum dikejutkan dengan berita pernikahan Zahrin dua hari kemudian,” katanya.

Sementara itu, Zahrin ketika dihubungi menjelaskan, dia memang pernah bernikah dengan Siti Mazlinah pada 2011 dan bercerai empat bulan kemudian.

“Kami berpisah kerana tidak sefahaman langsung. Sikapnya memang sukar dikawal serta kuat mendesak. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian saya, malah kerap kali memberontak.

“Sepanjang dua tahun ini, kami memang tidak pernah rujuk dan saya menerima anak yang dikandung sebagai anak sendiri,” katanya.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

bodoh lah kau jantan...dah lah gemuk itam!!!!...si tyra sundal ni satu terhengeh2..wei!!! kau g keje lah cr rezeki tak payah nak mengangkang sgt..sengal...geram aku dgn jantan x gune ni....


11 September 2013 at 00:33

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved