Syazwan Zulkifli Mohon Maaf Kepada Bekas Suami Nabila Huda

on Sunday, 8 September 2013

Mungkin ada yang keliru dengan artikel yang Abang Nara keluarkan sebelum ini. Abang Nara pun secara jujur keliru dengan apa yang terjadi. Rupa-rupanya pemandu kereta Nabila Huda yang terlibat dengan kemalangan di Karak semalam ialah Syazwan Zulkifli.
Luahan kemarahan dan tidak puas hati bekas suami Nabila menerusi akaun Twitter juga ditujukan kepada Syazwan Zulkifli. Namun begitu, Syazwan juga telah memohon maaf kerana tidak menegur bekas suami Nabila Huda di hospital.
Apa pun, Nabila Huda hanya dirawat sebagai pesakit luar akibat kemalangan ini. Tiada kecederaan serius yang dialami olehnya. Sementara itu Keisha pula disahkan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman menerusi imabasan otak. Malah Keisha juga hanya mengalami retak pada bahagian tangan kiri dan bukan patah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Alhamdulillah kesemua yang terlibat di dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederaan serius walaupun kereta sampai tunggang terbalik. Panjatkanlah kesyukuran kepadaNya kerana dipanjangkan umur. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Baru sikit Allah jentik tu... Adalah maksudnya tu... Selamat beramal...


9 September 2013 at 06:54

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved