Hakim, Hamizan Mohd Nor memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Rita dan Aidil semasa prosiding berlangsung.
Aidil dalam keterangannya mengaku menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos lalu bahawa dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu kira2 antara jam 4 hingga 5 petang.
Aidil turut mengaku SMS itu dihantar dalam keadaan waras dan sedar tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Rita dalam keterangannya juga mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan ‘Alhamdulillah’ berserta simbol senyum. (Harian Metro)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment