Bunuh kenalan Facebook, 2 lelaki dihukum penjara 200 tahun

on Sunday, 20 October 2013


GUATEMALA CITY - Mahkamah Guatemala , Sabtu ( 12/10/2013 ) , menjatuhkan hukuman penjara 200 tahun untuk dua orang lelaki yang terbukti membunuh dua orang remaja perempuan yang mereka hubungi melalui Facebook .

Kedua-dua lelaki itu , Eduardo Chen dan Saul Garcia Arriaza , terbukti bersalah membunuh Heydi Motufar Lorenzana (16) dan Heiser Alexandra Mercado Santos ( 18).

Namun keputusan mahkamah ini jauh lebih ringan dari tuntutan pendakwa yang menginginkan hakim menjatuhkan hukuman 308 tahun penjara.

Dalam sidang pendakwa mengatakan, kedua tertuduh sebelumnya berkenalan dengan kedua-dua gadis remaja itu . Setelah semakin akrab mereka kemudian merancang janji pertemuan.

Dari hasil siasatan diketahui kedua-dua gadis remaja itu dibunuh pada 22 Ogos 2011 , setelah diperkosa terlebih dahulu oleh kedua tertuduh .

Mayat kedua-dua gadis ini ditemukan enam hari selepas dibunuh di bandar Amatitlan , di wilayah selatan Guatemala.

Kes pembunuhan berkaitan Facebook ini menjadi kes pertama di Guatemala yang telah mendapat keputusan undang-undang.

DAVID TEO TIDAK BERDENDAM DENGAN WAWA ZAINAL

Wawa Zainal

PETALING JAYA: Kontroversi isu status perkahwinan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang pernah menuduh Metrowealth International Group (MIG) menjadi salah satu punca utamanya hubungan itu dirahsiakan tidak pernah melunturkan semangat Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo, untuk menaikkan nama Wawa kembali.

David berkata, dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap artis naungannya itu kerana yakin Wawa, 22, masih kurang matang dalam isu-isu pengurusan kerjaya terutamanya.

"Saya alu-alukan kedatangan Wawa apabila dia sudah bersedia untuk kembali aktif di bidang lakonan. Ini kerana kami masih sayangkan dia sebagai anak didik, seperti artis-artis naungan lain.

"Dalam perkara sebegini, saya dalam MIG sering menjadi bapa kepada artis-artis saya dan biasalah kalau ada 'anak' yang memberontak. Pihak MIG langsung tidak berdendam dengannya, malah mahu menaikkan namanya semula selepas kontroversi yang pernah berlaku," katanya.

Terdahulu, Aeril dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap dan hasil perkahwinan itu, mereka mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Perkahwinan itu pada mulanya dirahsiakan gara-gara Wawa takut dimarahi David kerana berasa sudah melanggar kontrak yang dianggap artis naungan MIG tidak boleh bercinta atau berkahwin jika status hubungan mereka diketahui.
David Teo

Dan kerana itu mereka bercadang akan memberitahu perkara status mereka sebagai suami isteri pada tahun 2015, selepas kontrak aktres itu tamat.

Sementara itu, David berkata, selepas kontroversi tersebut, Wawa telah menghubunginya pada pagi Jumaat lalu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya.

"Wawa telah menghubungi saya dan sebagai seorang 'ayah' saya sudah memaafkan dia. Cuma sekarang ini pihak MIG menantikan kehadirannya ke pejabat.

"Sebelum ini 'kehilangan' Wawa selama hampir setahun telah banyak meninggalkan kesan terhadap kerjayanya apabila banyak tawaran lakonan termasuklah projek sebagai duta beberapa produk terpaksa ditolak begitu sahaja.

"Tidak kisahlah imej macam mana sekalipun dia bakal tampilkan (bertudung atau tidak), pihak MIG akan kembali menaikkan namanya semula. Kerana saya percaya Wawa boleh berjaya pada masa depan nanti," tegas David.-mStar

LELAKI UMUR 100 TAHUN SERTAI MARATHON


FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.


Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.



Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.

Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.

Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.



Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.

Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.

Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.

Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.

"Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.


Luar biasa

Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.

"Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.

"Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki."

Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.

Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.

Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.

Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.

"Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway.

Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.

"Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.

"Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.

Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.

Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.


memang sempoi la cik Singh..haha.. contohi dia.

Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas


Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas | Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Baharu, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.



“Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik,” katanya.

Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.


“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. – BERNAMA

BEKAS TUNANG WAWA ZAINAL PECAH RAHSIA PERHUBUNGAN MEREKA

on Friday, 18 October 2013






Menurut laporan eksklusif dari BPop Berita Harian pada hari ini, Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan pertunangannya dengan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah bernama Abdul Rashid.


Kami pun sebenarnya tak sangka episod pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit Wawa Zainal dan Aeril Zafrel belum habis setakat itu. Nampaknya, banyak lagi isu lain yang timbul. Sangat efisien kerja-kerja kewartawanan dari Team Berita Harian. Syabas diucapkan.


Menurut BPop, Wawa Zainal sebenarnya sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular. Wawa didakwa bertunang dengan jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Ketika itu, Wawa Zainal belum terbabit dengan mana-mana projek filem.

Menurut bekas tunang Wawa, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa. Majlis tunang Wawa dan Rashid berlangsung di Lahad Datu yang dibuat antara keluarga sahaja. Sementara mereka berdua berada di KL pada masa itu. Pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja. Orang luar tak tahu pasal perkara ini.

Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan di akhbar minggu lalu.

Tunang Wawa Zainal Buka Mulut

Menurut BPop, bekas tunang Wawa Zainal yang kini bergelar guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah itu enggan membuka rahsia peribadinya bersama Wawa.

Beliau tahu berita Wawa dan Aeril berkahwin pada Selasa lalu selepas mendapat tahu tapi beliau tak pedulikan pasal berita itu sehinggalah Wawa Zainal sendiri yang menghubungi Wawa pada pagi Rabu lalu. Ternyata, bekas tunang Wawa sangat terkejut.


“Sebenarnya, tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya berhenti menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur.”

Pengakuan Wawa, Berkahwin Dengan Aeril Tak Pulang Cincin Tunang


“Saya tanya dia, adakah betul dia dah kahwin dengan Aeril Zafrel dan mempunyai anak? Dia cakap, ya betul. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”

“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.”

“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan. ”

“Saya terkejut bagaimana wartawan boleh menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan.”


Pernah Tak Suka Aeril


“Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya pada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang berlakon dalam drama Klik bersama saya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril Zafrel.”

“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaku yang dibenci, dia hanya menangis saja. Bapa Wawa ada menghubungi saya pada Rabu lalu. Dia mohon maaf pada saya. Saya tanya, kenapa tak bagi tau pasal Wawa dah kahwin? Dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya orang di Lahad Datu, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangannya setiap bulan.”


Pertunangan Diatur Keluarga

Majlis pertunangan Wawa Zainal & Rashid diatur oleh keluarga, selepas bapa Wawa Zainal mendesak Rashid supaya bertunang dengan Wawa.


“Wawa pula tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami ada ikatan pertunangan. Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam blog hiburan, kami mula takut.”

“MIG tak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MIG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat lima waktu tak pernah tinggal. Saya tak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang sebab saya fikir Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon.”

“Sebelum ini, jika orang bertanya kepada saya, Wawa akan mengatakan kami ada tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog hiburan bersama gambar kami. Tapi, hakikat yang sebenarnya, Wawa adalah tuanng saya.”

“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekolah rendah di Tawau sehingga hari ini.”


Rashid juga mengakui dia sekarang masih bujang sehingga sekarang.

Kami rasalah kan, berita Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel ketika bergelar tunangan orang ni akan menjadi topik hangat di pagi Ahad ini.

Maka benarlah gossip yang mengatakan Wawa Zainal dah bertunang yang disiarkan pada beberapa tahun lepas? Tapi Wawa tak nak mengaku dan kata, lelaki tu adalah saudaranya. Apa komen anda tentang perkara ini?

Sumber: thefaceblog

[Gambar] Aksi Terlampau Pelakon Awan Dania Qila Wan Hisham

on Thursday, 17 October 2013

Nama Qila Wan Hisham mungkin asing bagi anda yang tidak menonton rancangan pelakon ini, tapi tidak bagi penggemar cerita Awan Dania. Meskipun hanya membawakan watak tempelan atau sebagai pembantu sahaja, aktress ini boleh dikatakan sebaris dengan Scha Al-Yahya dan Nasha Aziz dalam cerita Awan Dania itu. Dikatakan aktress ini dikatakan agak ‘sosial’ juga. Kami juga mendapat gambar yang panas yang dikirimkan kepada kami.

Gambar-gambar yang dikirimkan sangat ‘hot’ dan agak ‘terlampau’ dan hanya sedikit sahaja yang akan kami paparkan. Jika selepas ini tersebar dan keluar ke media-media lain, atau mungkin juga segmen panas ‘Melodi’ atau segmen ‘Terjah’, apakah anda semua dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari mulut artis ini? Apa-apa pun, layankan gambar di bawah ini yang mungkin akan membuatkan anda berkata ‘Wow’! Bagi kami, ‘sendiri mau ingatlah’


















Pesan kami kepada anda yang agak sosial atau berniat mahu menjadi artis, jaga la privasi anda sendiri. Jika dah keluar sampai macam ini, apa yang ingin anda katakan? Psst : Bagi i, ‘sangat sosial

Sumber: leypark[dot]com

Kisah Sedih...Hargailah Orang Yang Tersayang Selagi Anda Berpeluang Melakukannya...

Kisah Sedih...



Isteri: Abang, jemput saya malam ini boleh?
Suami: Kenapa nak berjemput pula?. Selalunyakan awk naik bas kan??
Isteri: Saya ada "SUPRISE" untuk abang. Saya tunggu abang dekat bus stop depan office ok?

Suami: Saya banyak kerja, menyusahkan betul. Lagi 45 minit baru saya sampai! (Suami terus matikan telefon) 2 JAM kemudian, suami sampai, lihat isterinya TIADA ditempat yang dijanjikan. Tanpa fikir panjang, dia terus pulang. Setibanya di rumah, dia melihat ramai orang di rumahnya. 

Ibu mertuanya terus melulu ke arahnya.“Kau pergi mana ha?!? Isteri kau diROGOL & diBUNUH! Dia minta kau jemput dia. Tapi keMATIan yang menjemputnya!”

Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia membuka telefon bimbitnya. Terdapat 3 SMS daripada isterinya.

9:55 - Abang LAMBAT lagi ke?
10.05 - Sy sebenarnya nak buat kejutan ULANG TAHUN PERKAHWINAN kita . . . 
10:15 - Ada org perhatikan saya abang, Saya takut~.

Suami menangis semahu-mahunya. MENYESAL sebab mengabaikn isterinya. Dia terkilan tidak menjemput cepat isterinya. Kini dia hanya boleh berharap dpt menjemput isterinya menjadi bidadarinya di SYURGA kelak.


P/s: Hargailah sesiapa pun yang ada dalam hidup anda selagi dia masih ada ~

Wawa Zainal Dakwa Belum Hijrah SEPENUHNYA, Akan Buka Tudung Jika Ada Tawaran Berlakon



SETELAH menghilangkan diri dalam tempoh yang agak panjang, kami kira tidak ada salahnya untuk terus menghidangkan cerita mengenai pelakon jelita, Wawa Zainal yang kini sudah mengesahkan statusnya sebagai isteri kepada Aeril Zafril.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, ramai yang bertanya, adakah Wawa sudah berhijrah kerana dilihat memakai tudung dan berbaju kurung pada waktu itu?

Jawapannya, belum sepenuhnya.

Memetik kenyataan Wawa melalui akhbar Sinar Harian, dia berkata yang dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan sedang berusaha mendekatkan diri dalam agama.

“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

“Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,”
ujar pelakon 99 Kali Rindu itu.

Dengan penjelasan itu, diharap peminat dan sesiapa sahaja yang tertanya-tanya mengenai ‘penghijrahan’ Wawa sudah jelas dengan isu ini.

Tak mengapalah. Kami yakin suatu hari nanti, ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar ini akan berhijrah sepenuhnya. Sama-sama kita doakan ya.


Sumber: http://mynewshub.my/

ZED ZAIDI KRITIK SYARAT KETAT MIG





Isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel kini dalam perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan berkata pasangan itu mangsa kepada kontrak syarikat produksi yang melanggar hak individu untuk bercinta.


Bercakap melalui Berita Harian hari ini, Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden SENIMAN berkata syarat melarang artis bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai perlu dipandang serius kerana ia membabitkan hak individu.


“Jika dalam sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak asasi manusia.

“Saya tidak nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran,” jelasnya.

Sebagai tindakan terhadap isu ini, Zed Zaidi berkata yang pihaknya akan mengkaji semula terma kontrak Wawa Zainal sebelum memberi kepastian adakah ianya menyalahi Akta Kontrak Malaysia 1950 — jika ya, kontrak tersebut sekaligus tidak sah.

“Kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit & meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi manusia serta undang-undang negara,” tambahnya. (5502)

BLOGGER PEMBANGKANG MAHU MAT YO DIGUGURKAN

ISU KALIMAH ALLAH – BLOGGER PRO PEMBANGKANG (PAKATAN RAKYAT) MAHU MAT YO DIGUGURKAN DARI SKUAD HARIMAU MALAYA SELEPAS MEMPAMERKAN BAJU “ALLAH ALWAYS WITH ME” KETIKA MERAIKAN JARINGAN GOL MENENTANG BAHRAIN PADA 15 OKTOBER 2013 DI STADIUM SHAH ALAM SELANGOR

MAT YO DIPOLITIKKAN KERANA ISU “ALLAH ALWAYS WITH ME”
– Kita semua tahu isu “penggunaan kalimah ALLAH” yang kini telah diharamkan penggunaanya oleh penganut kristian atas arahan mahkamah. Isu ini dikatakan masih belum berakhir apabila dikatakan pihak Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk rayuan.

Kenyataan yang dikeluarkan melalui blog negarapakatanrakyat.blogspot.com jelas mengutuk tindakan Mat Yo yang mempamerkan kalimah ALLAH pada baju dalamnya ketika meraikan gol penyamaan pada minit ke 71 ketika menentang bahrain tempoh hari.

BERIKUT ADALAH TULISAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU INI. IA BUKAN DARI PIHAK KAMI (ILLUSTRASIAKU.COM)
________________________________________________________________

Kalimah Allah: Mat Yo Perlu Dibuang Dari Pasukan Kebangsaan

Kurang ajar!!!

Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan “Allah Always With Me” – seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.

Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan. Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA.

Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.

Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim.

Malah Selangor adalah antara tiga negeri selain Pulau Pinang dan Kelantan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (termasuk di dalam Bible versi Melayu) dan kebebasan beragama yang lebih menyeluruh, termasuk di kalangan orang Islam – pedulilah apa keputusan Mahkamah sekalipun.

Kalau boleh aku nak minta supaya Mat Yo diharamkan dari masuk ke Selangor tapi dikatakan, ikut undang-undang negeri, hanya Sultan Selangor saja yang ada kuasa tersebut.

Aku difahamkan Mat Yo terdesak nak membersihkan imejnya yang tercalar teruk berikut insiden isterinya bergaduh dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark September lepas.



Insiden memalukan yang tersebar secara meluas di laman Youtube itu, mengundang pelbagai hinaan, makian dan kejian dari rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima sikap kurang ajar isteri Mat Yo terhadap pakcik pengawal keselamatan berkenaan.

Tapi kalau ia pun nak mengembalikan semula imej sendiri yang terjejas teruk, kenapa mesti nak menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian dengan menunjukkan kalimah Allah tersebut?

Itu namanya nak cari pasal.

Maka itu tindakan yang sewajarnya harus diambil ke atas pemain tersebut atau Pakatan Rakyat sendiri tidak akan teragak-agak membawa isu ini ke Mahkamah kerana ia boleh disifatkan sebagai menghina Mahkamah berikutan proses perundangan berkaitan perkara tersebut yang masih berjalan.

Difahamkan pihak Gereja akan mengemukakan permohonan supaya perkara ini dirayu di Mahkamah Persekutuan pada bila-bila masa dari sekarang dengan bantuan para peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor sendiri.

Lagipun Mat Yo ini tidaklah sehebat mana, harap gaji saja besar. Kawan memaklumkan kepada aku, pasukan yang diwakili Mat Yo dalam Liga Malaysia, JDT, tidak pun berjaya menjulang apa-apa piala dalam musim bolasepak tahun ini.

Oh ya, Johor adalah negeri yang diperintah UMNO, padanlah.


INI KOMEN DARI PEMBACA BLOG TERSEBUT YANG RATA-RATA MENGUTUK TULISAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT BERKENAAN


Sumber - ilustrasiku.com

One Million Dollar Bentley buried

One Million Dollar Bentley buried
Sumber - badasslol.com

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali

on Friday, 11 October 2013

Suasana sidang media penjelasan Aeril (dua dari kiri) mengenai statusnya dengan Wawa Zainal (bertudung).


PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Aeril Zafrel

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

(Sumber: mStar Online)


Apa pun, tahniah kepada Aeril Zafrel dan Wawa kerana berani mengaku mereka sudah berkahwin, walaupun selepas setahun lebih perkahwinan berlangsung. Ramai artis lain yang malu nak mendedahkan status perkahwinan mereka walaupun anak dah berderet, kononnya untuk kekalkan populariti.

Ingin Melihat Jin Di Sekitar Kita



Saya ingin berkongsi salah satu pengalaman saya dalam melihat jin di sekitar kita. Cara ini berhasil bagi saya, mungkin ada sahabat-sahabat di luar sana ingin mencuba cara ini. Cara ini tidak perlu puasa, tidak pakai mantera @ wirid pelik-pelik. Bagi mereka yang tidak mempunyai mata batin@ mata ketiga, anda boleh mencubanya.

Caranya:

1.) Sediakan satu lilin,nyalakan...
2.) Titiskan lelehan lilin tersebut ke dalam mangkuk yang berisi air
3.) Setelah itu cuba lihat pada rekahan @ cantuman lilin di dalam air tersebut, pasti wajah jin @ mahkluk halus @ roh ada.


Mengapa lilin?
Lilin menghasilkan cahaya, syaitan pula dijadikan daripada api.
Apabila lilin dinyalakan, maka ia memberikan kesan cahaya pada mahkluk halus, mereka tidak suka kerana akan menampakkan susuk tubuh mereka.


"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Sumber dari kuasamistik

SHARIFAH SAKINAH MALUKAN LELAKI - VIDEO

Video Sharifah Sakinah malukan lelaki pekerja baiki jalan yang meminta nombor telefonnya...video dari YouTube...


Noni AF5 Nafi Jalin Hubungan Dengan Fauzi Nawawi

on Thursday, 10 October 2013

Pelakon Fauzi Nawawi mendidik ramai pelakon baru dalam bidang lakonan, namun baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin.

Hari ini Harian Metro melaporkan yang Noni mendakwa ianya sekadar hubungan profesional.

Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak diidk’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?

Menurut Noni, dia mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya.

Tambah Noni lagi Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.

Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.

Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja ‘tidak’, bukan? Mudah saja.

Gambar cantik Zara Zya, Heroin Love You Mr. Arrogant


Gambar cantik Zara Zya, Heroin Love You Mr. Arrogant - Umum mengetahui pelakon wanita yang memegang watak heroin dalam drama bersiri Love You Mr. Arrogant ialah Zara Zya. Memang amat cantik dan jelita orangnya.


Nama sebenar pelakon ini ialah Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin, berusia 28 tahun dan pernah membintangi beberapa drama dan telefilem sebelum ini.


Walaupun hanya memiliki ketinggian 153cm dan berat badan 42kg, bentuk badan dan penampilan Zara yang sering seksi membuat dirinya jadi rebutan ramai jejaka, malah perhatian lelaki-lelaki berusia yang kaya.


Antara drama yang pernah dibintanginya ialah Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalali tamplom.


Selain drama, Zara juga membintangi banyak telefilem seperti Sumayyah, Haryati-Haryati, Ais Krim, Roti dan Gol, Kitab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis Yang Calar, Bilik No.13, Gila, dan Now And Forever. Berikut ialah 16 keping gambar cantik Zara Zya yang cukup seksi dan menawan.

AL-FATIHAH : BAPA ANIS ANEESA ‘MENINGGAL DUNIA’, DALAM KERETA!


Penyanyi Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, tidak dapat melupakan detik-detik terakhir apabila bapanya, Mushidi Desa, 52, meninggal dunia di dalam kereta tanpa disedari ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital Selayang pada 1 September lalu.

Tambah Anis , sebelum kematian, Allahyarham meminta Anis membawanya ke hospital untuk menambah darah dalam badan kerana masalah penyakit gout yang dihidapi.


“Ayah saya memang sudah lima tahun menghidapi penyakit gout tetapi tidaklah begitu serius. Permintaannya untuk ke hospital bagi menambah darah juga adalah perkara normal yang sering dibuat”

“Ketika dalam perjalanan saya duduk di hadapan dan ibu yang memandu, dan ketika itu tidak terdetik pun nak menjenguk ke belakang sepanjang perjalanan kami sehingga kami tidak sedar ayah sudah tiada”

“Ketika sampai di hospital, badan ayah dah ‘kejung’ dan jururawat mengesahkan ayah dah meninggal dunia,”

Tambah Anis, kematian itu membuatkan dia dan ibunya, Sharifah Yunus, 49, benar-benar terkejut malah ibunya juga masih sukar menerima kenyataan kehilangan itu.Bagaimanapun selepas beberapa minggu, kata Anis, dia dan ibunya kembali tenang dan reda atas dugaan yang berlaku.

Tahziah buat Anis dan keluarga,semoga roh arwah aman disana.

AL-FATIHAH

Aeril Zafrel Cintakan Izara, Bukan Wawa Zainal?


Umum tahu bahawa kebelakangan ini nama Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi perbualan hangat gara-gara kontroversi yang mengatakan mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki.

Ianya masih menjadi teka-teki selagi mereka tidak memberikan penjelasan yang sebenar di sebalik gosip ini.

Namun macam mana kalau kami katakan Aeril Zafrel sebenarnya bercinta dengan Izara Aishah dan bukannya Wawa Zainal seperti yang digembar-gemburkan?



Pastinya ramai terkejut kerana tiba-tiba sahaja nama Izara terkait dengan Aeril yang kebetulan sedang dilanda kontroversi panas. Jangan cepat melatah, kerana kisah cinta mereka hanyalah di dalam lakonan sahaja.

Untuk makluman anda, Aeril dan Izara diberi tanggungjawab untuk membawa watak pasangan bercinta dalam sebuah telemovie berjudul Cinta Mat Semperit.


Selain daripada mereka berdua, telemovie istimewa bersempena Hari Raya Aidil Adha itu turut dibintangi oleh Fasha Sandha dan Roy Azman.

Cinta Mat Semperit mengisahkan tentang Kak Lola (Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya.

Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman). Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit.

Disebabkan itu, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani (Izara Aishah) untuk menjadi perisik dan mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola.


Ariani mula berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola, Ariel (Aeril Zafril). Dalam masa sama, Ariani meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya.

Ariel yang telah lama meminati Ariani sanggup mempelajari cara-cara membuat kuih semperit dari ibunya demi memenangi hati gadis itu.

Pelbagai adegan lucu dan menarik terjadi sepanjang Ariani dan Chef Kamus cuba mendapatkan resepi istimewa kuih semperit Kak Lola.

Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ariel dan Ariani?

Kalau anda nak tahu apa yang terjadi, jangan lupa saksikan tayangannya di TV3 pada 15 Oktober 2013 (Selasa) jam 10 malam.

Penjelasan Pemilik Restoran Selera Daun Pisang Mengenai Bil Makanan RM6000

Penjelasan oleh pemilik Restoran Selera Daun Pisang mengenai dakwaan yang digembar-gemburkan dan serbuan PDNKK ke atas kedainya setelah dilaporkan mengenakan caj RM6000 kepada sekumpulan VVIP yang bersarapan di kedainya 6 Oktober lepas.

Saksikan videonya



Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan, kumpulan K-pop tiada penaja

on Monday, 7 October 2013







Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.


Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.


Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya.

Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.

Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.

“Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu,” katanya.

Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.

Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.

Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.

Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.

“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.

“Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya. – 8 Oktober, 2013.

Nora Danish Nafi Terima Hadiah Rumah Mewah, Ferrari Dari Kekasih



Nora Nafi Terima Hadiah Rumah Mewah, Ferrari Dari Kekasih | Nora Danish sekali lagi memberi kenyataan tidak mengiyakan hubungan cinta antara beliau dan Nedim Nazri selain terbuka dengan apa apa persepsi orang ramai terhadap hubungan mereka berdua yang rapat ketika ini.

Ketika hubungan Nora Danish & Nedim Nazri menjadi perhatian ramai, timbul khabar angin yang mengatakan anak lelaki seorang VVIP itu telah membeli rumah mewah bernilai RM7.2 juta untuk di’hadiahkan kepada Nora Danish selain sebuah Ferrari.

Bercakap kepada GUA baru baru ini, Nora Danish menafikan ada menerima hadiah semewah itu dari Nedim Nazri & tidak merasakan yang lelaki itu sanggup membelikan hadiah semahal itu untuk dirinya selain menganggap semua ini hanya fitnah.


“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia hendak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora Danish.

“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata”-rotikaya-

Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri




Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).

Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.


Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan jaminan yang dibuat Hasan pada pertengahan September lalu apabila mendakwa pengeluar gula dan tepung memberi jaminan harga kedua-dua bahan asas itu tidak akan dinaikkan.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka,” kata Hassan seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 September.

Selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kenaikan harga bagi barangan dan berlaku seperti harga bahan bakar RON95 dan rokok.

Kerajaan jugakan dikatakan bakal menaikkan tarif elektrik dan berkemungkinan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014. – 8 Oktober, 2013

Video Sahkan Mr Bean Masuk Islam

                     

Video Siasatan Sahkan Mr Bean Masuk Islam | Berita tentang kebenaran masuk Islamnya Rowan Atkinson-atau lebih dikenali sebagai Mr Bean mencuri perhatian dunia. Bukan saja di Indonesia, Malaysia dan negara-negara Arab yang mempunyai ikatan emosional yang mendalam berhubung dengan sentimen ideologi yang boleh jadi seakan sama.

Portal berita Islampos sendiri yang pertama kali menyiarkan ini dari hasil media berbahasa Arab dan satu media anti-Israel berusaha terus melakukan laporan susulan. Salah satunya adalah menghantar surat pengesahan kepada hampir semua media rasmi yang berkaitan dengan Rowan atau Mr Bean. Di antaranya melalui official fanpage Facebook Rowan Atkinson sendiri.

Berikut adalah surat pengesahan yang dihantar oleh Islampos

Dear Mr Bean.,

We are indonesia-based islamic news site, and due to the rumors that Mr Bean, as this case Mr Rowan Atkinson, has converted to Islam, we like to hear direct confirmation whether this is correct or not.

Some Arab media have been spreading this news, and it has been heating million both Muslims and non-Muslims all over the world.

Your official confirmation will be very immense to this topic as we also have thousand daily readers and waiting to fix the rumors.


We are looking forward to hearing from you.



Best Regard,

ISLAMPOS
www.islampos.com

Sehingga tulisan ini ditulis masih belum ada pengesahan apapun darinya. Yang menarik adalah salah satu pernyataan dari Edy Effendy, bekas wartawan Metro Indonesia yg optimis. “Seperti biasa, berita seperti ini, kelak terbukti kebenarannya. Kita tunggu saja. Mike Tyson, Cat Stevens, Janet Jackson, Michael Jackson dan ramai lagi pada awal kemasukan mereka juga sunyi senyap. Lambat laun merambat jadi berita benar.
 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved