TAHNIAH : NURUL WAHAB SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA

on Thursday, 3 October 2013


Tahniah buat,Penyanyi Nurul Wahab Isteri kepada Eric Danial Depp, telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 10 pagi semalam. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Nurul menerusi blognya.

Tambah Nurul,pangkal nama bayinya bermula dengan huruf ‘Z’.Namun tidak mengumumkan nama anaknya.

Luahan Nurul menerusi blognya http://nurulwahabdepp.wordpress.com/ :-


Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay. Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3 pagi langsung ke hospital. Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..


Di kala ini, keletihan melanda dan aku masih di computer riba menulis entry ini untuk memberitahu semua yang sememangnya menunggu kehadiran baby kedua aku, dan pertama bagi Eric. Aku tak sempat siapkan semuanya sebelum ini utnuk mengumumkan berita gembira ini. Aku tak tahu wajah siapa… baru dua jam.. tapi yang nyata kami sangat gembira dengan kelahiran ini. Ayu di Johor akan mendapat berita ini selepas waktu sekolah nanti. Hari ini hari kurang stress Ayu kerana paper PMR agak senang padanya iaitu English & Geografi. Namun tetap juga aku risau kerana bimbang dia buat salah dek terasa mudah. Ayu bakal pulang 11 Oktober dan aku pasti dia tak sabar nak habiskan PMR dan pulang ke KL!

Penuh emosi pagi ni especially dari ibu bapa mertua. Maklumlah kali pertama mendapat cucu. Roland & Germaine sangat bangga menjadi grandy! Soon aku akan letakkan gambar ya. Not today! Baby is here & I have to go.

Terima kasih sekali lagi di atas doa kalian. Aku amat hargainya. Semoga Allah rahmati semua peminat ku! Amin..


Nurul dan Eric bernikah pada tanggal 6 Jun 2012. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Duchess Places Ampang, Kuala Lumpur.Tahniah sekali lagi , kami ucapkan kepada Nurul dan suami atas kehadiran insan baru ini dalam hidup mereka
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved